Tarikh : 28 Oktober 2009
Lokasi : Jeti Tenglu
Jarak : 16 km dari maktab
Penyelaras : GHD
Briefing..
Lokasi : Jeti Tenglu
Jarak : 16 km dari maktab
Penyelaras : GHD
Briefing..
Guru & staf pengiring
Ceria sblm bertolakPaya bakau semula jadi..Mersing memang kaya khazanah flora dan fauna
Akar jangkang berfungi memberi sokongan kuat kpd bakau di kawasan lembut dan berlumpur
Pneumatofor (akar udara) -satu lagi ciri unik pohon bakau membolehkan akar bernafas walaupun air pasang
Akar jangkang yang istimewa ini juga memerangkap lumpur dari hulu sungai membolehkan tebing makin tinggi dan akhirnya kawasan makin kering dan tidak ditenggelami air pasang
Tuan HEA, En Aziz rela mengotorkan pakaian kerja semata-mata merasai sendiri kerja lapangan ini. Selepas ini ada perhimpunan khas di maktab. Sokongan tanpa diminta tanpak menambah semangat kami
Dari kiri (Mr Yat makmal), Tuan HEA, Mr Yusri (Penyelaras Mighty) bersamaMr Shahril
Mr Yusri adalah penyelaras Mighty terbaik. Dedikasi, keprihatinan dan kerjasama beliau menghidupkan semua program Mighty (program lepas PMR). Thank You boss !
Keunikan daun bakau yang diselaputi lilin. Mengurangkan kehilangan air secara transpirasi dan mengurangkan kesan terika cahaya matahari. Hasilnya dehidrasi dapat dielakkan
Vivipariti-Keunikan biji benih bakau yang bercambah (akar/radicle) semasa di atas pokok. Apabila akar semakin besar dan berat, bijibenih akan terputus dan anak pokok akan jatuh tercacak atas tanah yang berlumpur. Ini dapat mengelakkan bijibenih dihanyutkan atau ditenggelami air pasang
Spesies bakau apa ni?..haa cuba teka. Kalu tak pasti rujuk Wikipedia.org pasti dapat punyerBuah nipah yang bersabut akan timbul di permukaan air pasang. Cara penyebaran istimewa
Berjuta-juta malah berbillion ekor ketam adalah salah satu produk laut hasil dari sumbangan hutan bakau. Apa jadi jika kawasan bakau dimusnahkan?
Penimbunan lumpur oleh akar pokok-pokok bakau menyebabkan kawasan pantai bertambah. Lama-kelamaan garis pantai berubah perlahan-lahan ke tengah laut. Oleh itu tidak hairanlah pelabuhan lama Lembah Bujang yang terletak di tepi laut 1000 tahun lalu kini berada 40 km di tengah-tengah daratan. Aktiviti 'penambakan' laut semulajadi oleh paya bakau menjana keseimbangan ekologi untuk manafaat semua. Cadangan projek mega penambakan laut di pantai Kedah sepanjang 500km suatu masa dulu memungkinkan negara kehilangan sebahagian besar hasil laut dan juga hakisan yang teruk. Generasi pemimpin akan datang diharapkan lebih memahami kepentingan ekologi dan lebih bertanggung jawab
Sesi berakhir dengan bersantai di jeti sambil bertukar-tukar info antara pelajar dan guru
Apakah generasi akan datang menikmati anugerah istimewa paya bakau ini ataupun tembok pantai konkrit seperti mana di kebanyakan pesisir pantai di kawasan Pantai Barat Semenanjung??
Memancing sekali-sekala mendekatkan diri antara insan dan alam semulajadi . Cuma umpan mereka ni tak sesuai kot kerana ikan sembilang dan buntal sahaja dapat dikail..
Masa untuk pulang..kepuasan berinteraksi dengan alam sekitar terpancar di wajah anak-anak muda yang bakal memelihara khazanah semula jadi kurniah Allah swt
No comments:
Post a Comment