Teluk Iskandar merupakan satu kawasan 'elit' Mersing iaitu terletaknya penempatan lerengan bukit bersebelahan dengan pantai yang memanjang dari utara ke selatan sejauh 6 km. Pemandangan laut dari sini sangat indah . Rumah-rumah kampung yang diselang-seli dengan banglo-banglo mewah muncul di puncak dan celah-celah bukit berhadapan dengan pantai di bawahnya.
Jika di negara Barat seumpama perumahan mewah Malibu Beach di California. Namun. Sebelum tahun 2000 tanah-tanah di sini rendah sahaja nilainya. Kakitangan kerajaan termasuk guru dan orang mendatang mengambil kesempatan membeli dengan harga cuma ratusan ringgit sehektar. Kini nilai tanah di situ ada mencecah jutaan RM
Antara yang menarik di Teluk Iskandar terdapat chalet2 yang bersebelahan dengan pantainya yang berbatu ialah Kasa Inn, Restoren n resort D'Rimba dan beberapa guest house bersedia menerima tetamu merasai keunikan dan keindahan di situ.
Antara tarikan yang semakin ramai dikunjungi oleh penduduk serta pelawat ialah Gerai Sate Teluk Iskandar.
Bermula dengan gerai kecil, kini 2 ruang makan berbumbung terbina di lereng bukit bersebelahan pantai. Terdapat bermacam-macam pilihan sate di sini (dalam 10 jenis)
Perkhidmatan dan layanan memuaskan. Anda boleh memesan untuk makan di situ atau membawanya pulang. Semuanya diservis dengan penuh sistematik. Setiap pesanan ditulis di papan putih dan terdapat 2 pembakar yang digunakan serentak.
Sekiranya anda datang ke Mersing untuk melawat anak-anak jangan lupa singgah di sini. Gerai ini dibuka hampir setiap hari bermula jam 6.00 petang. Satenya bersaiz besar dan agak enak. Harga bermula dengan RM0.45 untuk sate ayam dan daging. Harga berbeza untuk sate hati,hempedu, perut, arnab dll.
Untuk ke sini jika anda datang dari JB boleh mengambil simpang kanan melalui Kg Sri Pantai (di hadapan SMS Sultan Iskandar). Apabila tiba di hujung kampung terdapat simpang tiga (di hadapannya pantai). Ambil sebelah kiri dan kedudukannya lebih kurang 1 km sahaja dari situ. Jika anda di bandar, sila ambil jalan bukit yang bersebelahan masjid jamek dan jarak lebih kurang 4 km.
Selamat mencuba !!!
No comments:
Post a Comment