sepuluh satu sepuluh
by AZ(my ex-homeroom adviser)
http://dzairoy.blogspot.com
100110 : Cantik betul tarikh hari ini. Seratus ribu & seratus sepuluh ataupun sepuluh satu sepuluh. ermmm, kabarnya ada orang akan mengumumkan sesuatu pada hari ini. Semoga pengumuman itu akan menyemarakkan lagi hari-hari yang penuh dengan keceriaan. Kita mendoakan semoga keceriaan itu berterusan hingga ke puncak kehidupan. Insya Allah, semoga Allah akan mempermudahkan dan memberkatiNya.
Semalam adalah hari yang paling penat buat aku. Daripada sepagi pukul 8.00 aku telah menunggang kuda yang di import daripada Korea, menunggang sendiri daripada Pontian ke Kuala Lumpur dengan ditemani oleh isteri dan putera bongsu. Seperti biasa destinasi kali ini seperti biasa balik bandar raya, bukan balik kampong arrr. Namun sebelum sampai ke destinasi iaitu rumah ibu mertuaku, aku singgah di beberapa tempat dan akhirnya aku selamat sampai pukul 5.00 petang. Seharian aku di jalan raya. Bak kata Pak Itam, ayahzain ni kalau Pontian ke KLitu ibarat pergi ke tandas sahaja. whooops, terlobih sudah bukan tandas tapi washroom. atau rest room. Mahap yer datin. Kalau mrszain ibarat pergi ke powder room ajer.
Mula-mula aku singgah di Rengit, Batu Pahat. Meninjau-ninjau jajan atau ole-ole yang hendak di bawa ke rumah ibu mertua. Aku singgah di Azhar Food seketika, ermm beranika jenis kerepek dipamerkan diruang niaganya. Namun aku lebih ghairah kalau dapat singgah di kedai kerepek Parit Lapis Laman, Parit Sulong. Namun kerana ingin cepat ke destinasi, kami hanya singgah di Rengit aje. Harga pun lebih kurang aje. Pukul 9.00 kami meneruskan perjalanan ke Ayer Hitam melalui jalan Pt.Botak Batu Pahat. Alamak, ternampak sebuah masjid di satu parit, rehat lah sekejap menikmati keindahan rumah Allah itu.
Kami sampai di Nilai pukul 12.00 tengah hari. Kami berjanji untuk berjumpa dengan Alang di Masjid Putera, Nilai. Dia dah ada Kancil, jadi tak ada masalah. Sampai di sana, Alang sudah siap menunggu dengan senyuman sampai ke telinga kerana Kancil itu secara rasmi miliknya. whoopss, belum lagi tu, selagi dia dapat mengekalkan prestasinya, dia akan memilikkinya. Kalau idak, sendiri mahu ingat lah.
Kebetulan di kawasan depan masjid ada pesta jualan sempena hari kantin CFS IIUM. Selepas makan tengah hari di restoran berhampiran, kami meluangkan masa window shopping di gerai-gerai tersebut. Macam-macam ada, harga pun murah, harga student katanya.
Pukul 2.00 petang, kami meneruskan perjalanan ke Petaling Jaya untuk berjumpa pula dengan anak kami yang ke-4 yang menuntut di CFS IIUM, Petaling Jaya. Kami sampai di PJ pukul 3.00 petang. Bang Cik mengajak outing, katanya dah lama tak merasa KFC, justeru kami membawanya ke KFC di jalan Universiti yang tidak jauh daripada CFS.
No comments:
Post a Comment