Diringkaskan cerita, bermacam-macam rawatan kulit oleh pakar moden dan alternatif telah dicuba (habis rm ribu-ribu juga) dan Alhamdulillah kini beransur sembuh. Namun beliau masih lagi tergaru-garu dan ratusan parut masih kelihatan timbul. Baru-baru ini entah macamana naik 'scabies' pada tapak kaki PHD (pelik juga dah puluhan tahun tak kena) semasa cuti raya. Jadi PHD berkunjunglah ke sebuah farmasi di Temerloh. Tauke Cina tu ada subscribe sejenis sabun yg namanya seperti dari India iaitu Kasthuri.
Lepas sehari pakai rasa gatal-gatal terus hilang malah seluruh badan terasa segar. Tak terasa ketidaselesaan pada kulit walaupun berjalan raya seharian. Selepas 3 hari PHD dah tak pakai sabun ni sebab scabes tu dah tak naik. Jadi sabun tu terbiar seminggu entah macamana tiba-tiba teringat nak bagi cuba kat anak no.4 tu.
Selepas 6 hari terasa heran sebab kulit anak tu parut-parutnya kelihatan nipis dan sekarang selepas 2 minggu kulit licin asal hampir kembali. Beliau tidak lagi tergaru-garu. Kebetulan anak perempuan (kakak kepada anak tadi) berulang semula gatal-gatal dekat celah peha. Dah puas tergaru2 dan menyapu (sendiri) krim anti-fungal selama 4 hari, beliau diam-diam 'menumpang' pakai sabun Kasthuri adik. Hasilnya 2 hari lepas, kulit peha kakak dah licin dan parut fungal pun dah tiada.
Sabun yang pada mulanya PHD anggap seperti tak berharga kini sudah menjadi 'rebutan' di rumah. Akibatnya bekalan sudah habis sejak malam tadi.
So, atas hobi PHD yang suka mencari maklumat di internet, bekalan beberapa buku sabun Kasthuri ni telah berjaya diperolehi. Semasa pencarian menggunakn Enjin Pencarian Google' PHD telah menemui beberapa feedback yang menceritakan tentang pemulihan pantas jangkitan atau gatal-gatal pada bahagian sulit, panau dan parut yang sukar hilang akhirnya kulit kembali licin seperti sedia kala. Ada testimoni kutu anak hilang selepas pakai 2 hari dan banyak lagi.
Jadi, antara banyak-banyak sabun herba yang selama ni PHD tak pandang (banyak gimik je) inilah kali pertama begitu teruja. Mula-mula nak diam-diam jer (sebab bimbang bekalan akan kehabisan. Almaklumlah Mersing ni bandar kecil) tetapi mengenangkan ramai orang perempuan yang bekerja sampai petang terutama cikgu-cikgi yang berada di dalam kelas yang panas selalu mengadu gatal-gatal kulit atau tak selesa jadi PHD tak sampai hati nak merahsiakannya. Kalau anak-anak (atau anak Homeroom yang kena gatal-gatal kulit akibat tinggal berkongsi di asrama) maka PHD amat syorkan memakainya.
Paling mengejutkan harga sebuku cuma RM 3.50 (tak cayakan !!). Sabun Kasthuri ni formula dari sebuah syarikat yang mengeluarkan produk herba berasaskan Ayurveda di Kerala India dan telah memenangi banyak award antarabangsa. Diperbuat dari minyak kelapa yang diadun dengan beberapa herba India yang terkenal. Mendapat kelulusan dari Kementeria Kesihatan Malaysia.
Jomlah mencuba !! PHD bukan nak bisnes sangat. Cuma nak membantu rakan-rakan dan pelajar. Harga cuma masih sama dengan harga pasaran RM 3.50. Nak cuba boleh order dengan PHD time free (tak mengajar atau sesi dengan pelajar, tugas tu amanah beb !!). PHD tak kempen cuma sampaikanlah pada rakan-rakan. Mana tahu ada yang memerlukan...bye3..salam
1 comment:
salam cikgu...
saya berminat setelah mmbaca testi tntg sabun 2..
boleh dptkan trus dari ckgu??
Post a Comment