DiGi WWWOW Award merupakan yang pertama
mempersembahkan anugerah Internet For All seumpamanya di Malaysia, yang
direka khas untuk menyerlahkan daya kreativiti, kebijaksanaan dan
keusahawanan rakyat Malaysia yang menggunakan Internet dengan cara yang
berbeza. Untuk dua tahun berturut-turut, DiGi WWWOW Award sedang mencari
mereka yang paling kreatif dan yang dikenali sebagai pakar dalam bidang
masing-masing: blog, video, peruncitan, kebajikan, permulaan
perniagaan, teknologi, acara, muzik, aplikasi, dan banyak lagi.
NahamPhoto tidak ketinggalan mencalonkan
laman web kami dalam salah satu dari 14 kategori yang dipertandingankan
iaitu Most Promising Webpreneur of the Year. Pencalonan ini adalah
kerana kami ingin menunjukkan kepada semua bahawa penggunaan internet
sangat penting walaupun kita membuat perniagaan diluar bandar. Dengan
hanya menggunakan laman web dan media sosial, kami dapat membuat
pemasaran, bertemu prospek pelanggan dan membuat transaksi bayaran
semuanya secara online.
Dari masa ke semasa kami akan berkongsikan inspirasi sempena anugerah ini di laman peminat FB NahamPhoto dan juga twitter @NahamPhoto
dengan kata carian #DiGiWWWOW. Inspirasi ini merupakan konsep, formula
& tips tentang cara NahamPhoto menjalankan bisnes harian dengan
hanya online dirumah. Semoga mereka yang baru ingin menceburi bidang
keusahawanan Internet dapat sesuatu dari perkongsian tersebut. Penulis
ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan mengundi
pencalonan ini. Jangan lupa untuk klik DISINI.
“Vote for me EVERYDAY!”
INSPIRASI lain dari kami boleh dilihat dibawah;
2) Laporan Latihan : http://blog.nahamphoto.com/?cat=157
3) Pencapaian & Anugerah : http://www.flickr.com/photos/nahamphoto/sets/72157618633287919/
Kini jurufoto kampung pun boleh berjaya!
No comments:
Post a Comment