Salam
tuan-puan dan saudara/i ahli PDM..Terima kasih atas sokongan kepada
aktiviti dagangan di sini. Hampir 1000 ahli baru telah mnyertai kita.
Namun ada ratusan malah ribuan produk warga Mersing belum dipasarkan di
sini. Cuba bayangkan betapa berkembang dan kukuhnya pengusaha kek & pastri
Bumiputera Mersing (sebagai contoh) jika ribuan penduduk Melayu ( dan
warga lain) menempah kek harijadi anak-anak dan suami/isteri melalui
Pusat Dagangan Mersing. Begitu juga pengusaha-pengusaha baru dan lama perniagaan
chalet, homestay,kereta sewa,restoran,aksesori wanita,spa dan lain-lainnya setiap
hari menerima banyak tempahan dari pelanggan-pelanggan baru. PDM
memandang jauh penyertaan ribuan peniaga sepenuh masa dan sambilan
untuk menjana jutaan rm setiap hari dengan puluhan malah ratusan ribu
pembeli. Impian ini hanya tercapai seandainya tuan-puan dan
saudara-saudari mula mengiklan produk masing-masing (dengan membuka album
produk masing-masing) dan menambah ahli secara 'klik' pada 'Add Friend' semua rakan FB
anda ( hanya 10 minit untuk 100 rakan FB biasanya). Moga impian semua
ahli Pusat Dagangan Mersing tercapai !
Antara aktiviti minggu pertama Pusat Dagangan Mersing
No comments:
Post a Comment