30 April 2012
4.00 pm
Location:
Mersing Water Front
Riverside Hotel
Restoran Syed 24 jam
Restoran Nasi Ayam Uchu
Restoran Nasi Ayam Uchu
Jeti-jeti kecil sedang giat dibina mengganti binaan buatan sendiri..Bila siap Mersing Water Front kelihatan lebih indah
Kanak-kanak ini sedang menerangkan sesuatu berhadapan Kuala Mersing
Pemandangan belakang Riverside Hotel ,hotel bajet (baru) kepunyaan pengusaha Melayu yg terkenal di sini. Betul-betul menghadap water front ni.Waktu malam penginap boleh melihat keindahan Mersing Water Front dan Jambatan Mersing.
Pemandangan belakang Restoren Syed (24 jam) iaitu restoren mamak terbesar di Mersing. Pada waktu malam kerusi meja akan di disusun sepanjang waterfront ini. Ramai pelanggan bersantai sambil menikmati juadah dan ditiup angin kuala Sg Mersing. Skrin tv besar juga menayangkan perlawanan bolasepak Liga Inggeris sampai ke pagi. Hotel Riverside betul-betul bersebelahan dengan restoran ini.
Dalam deretan kedai yang sama kelihatan Cakemania Cafe , Restoran Nasi Ayam Ushu, Restoran Marry Brown dan KFC. Kini kawasan Water Front ini menjadi tumpuan baru di bandar Mersing sepanjang hari (siang dan malam)
Restoran Syed ni macam-macam ada..Hanya pilih yg berkenan di hati..
Rojak, Maggi goreng dan Roti Sardin menjadi pilihan kami kali ini..
Memang enak..licin kesemuanya !!
PHD selalu berkunjung ke Mersing Water Front ( selain ke Pantai Tanjung/Sri Lalang yg sgt 'happening pd waktu malam)
Restoran Nasi Ayam Uchu
Okehh..Ini pandangan hadapan Hotel Riverside dan Restoran Syed (24 jam) tadi tetapi di bahagian hujung dereten kedai
Restoran Nasi Ayam Uchu yang popular bersebelahan dengan Cakemania Cafe ( pemiliknya orang Melayu)
Ruang Restoran Nasi Ayam Uchu ini selesa dan cantik
Nasi Ayam Uchu menjadi pilihan kanak-kanak ini
Nasi Goreng Ayam Uchu sentiasa menjadi pilihan utama PHD
Banyak lagi pilihan menu di sini. Pada waktu tengahari sentiasa dipenuhi oleh staf-staf kerajaan dan swasta..
Pengunjung luar yg baru tiba di Mersing boleh menginap di Hotel Riverside di Water Front Mersing.
Maklumat lanjut di sini :
Kemudian boleh berjalan kaki untuk menikmati makanan di restoran-restoran sepanjang deretan kedai di sini. Pada waktu malam sehingga ke pagi boleh melepak di sepanjang Water Front sambil menikmati angin laut..Tentu best bukan ?
Berkunjunglah ke Mersing !
1 comment:
website hotel river side tu tk lengkap bos. Ni link nya...
http://www.riversidehotel.com.my
Post a Comment