16 Mei 2012
10.15 malam
Lokasi kemalangan:
Kg Leban Chondong, Rompin, Pahang DM
Nota : PHD dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Kuala Lumpur menaiki bas ke Mersing
Setiba di Terminal Bersatu Selatan (TBS), PHD berasa agak pelik kerana jadual bas Transnasional yg biasanya tertera nama Mersing tidak kelihatan di papan elektronik tetapi diganti dengan Endau.
[ Suasana Terminal Bersatu Selatan petang tadi ]
[ Inilah nombor loker penyimpanan beg elektronik yang menunjukkan waktu yang sama dengan kemalangan bas. Ini kali pertama hampir semua loker besar penuh di semua bilik. Lihat juga warna loker..Merah !]
[ Papan elektronik jadual bertolak dan ketibaan bas yang terdapat di merata-rata tempat di TBS]
Jam 6.00 ptg bas bertolak ke Mersing dengan penumpang hampir penuh. Di sebelah PHD tiada penumpang. Pemandu bas memandu dengan tenang dengan kelajuan yg sederhana. Setiba di Kuala Pilah hujan mulai turun sehinggalah bas berhenti di sebuah restoren yang terletak di pertengahan jalan di jalan Keratong-Muadzam. Hujan masih renyai-renyai dan PHD turun untuk menikmati segelas air Milo kosong.
[ Bas berhenti rehat di jalan Felda Keratong. Kebanyakan penumpang menikmati hidangan makan malam kerana mungkin kelaparan akibat cuaca yg agak dingin ]
Kira-kira jam 10.15 malam sebaik melepasi Kg Leban Chondong kedengaran bunyi brek yg kuat dari bas kami. Dalam kurang sesaat PHD terdetik dalam hati apakah yang bakal kami bertembung? Adakah kereta, lori atau bas?
Hentaman yang agak kuat di bahagian bawah bas menyusul dan PHD berasa pasti ianya sebuah kereta. Penumpang terdorong ke depan. Bas hilang kawalan lalu menuju ke laluan yang bertentangan. Disebabkan berada di barisan kerusi agak di depan,PHD berdebar menanti 'impak ke-2'/(2nd impact) dari kenderaan arah depan. Mujurlah tiada kenderaan dari arah tersebut. Bas terbabas masuk ke dalam parit yg agak besar dan hampir terbalik. Penumpang-penumpang perempuan menjerit-jerit ketakutan. Di sebabkan gelap, pada mulanya PHD tidak pasti adakah parit atau lebih teruk kemungkinan sungai(worst case scenario) bas kami terbabas.
Setelah penumpang-penumpang ditenangkan, PHD antara yang mula-mula turun dan mengeluarkan beg dari tempat simpanan bas dan terus berjalan ke gerai makan di seberang jalan. Ketika itu pengunjung agak ramai.
[Keadaan kereta dan bas Transnasional yang dinaiki PHD. Kamera handphone PHD kurang berkuasa untuk mengambil foto di dalam cahaya samar-samar]
Sebuah kereta Persona remuk di bahagian depan dan tersadai di tengah-tengah jalan. Mujurlah penumpang cedera ringan dan kelihatan kesakitan di kepalanya.Seandainya kereta dihentam oleh bas di bahagian pemandu sudah pasti kecederaan yang lebih parah. Pemuda tersebut khabarnya membuat pusingan 'U'dan apa yg PHD hampir pasti bas dipandu dengan kelajuan sederhana. Biasanya di jalan tersebut bas-bas ekspres suka memecut selaju-lajunya.
Belum sempat PHD mendapat nasi goreng yang dipesan, dalam jam 10.45 malam sebuah bas ganti tiba dan PHD mendapat tempat duduk 'single seater'. Semua penumpang berasa lega dan kami tiba lebih kurang jam 12 tengah malam.
[ Bas ganti tiba di Stesen bas Mersing ]
PHD bersyukur kepada Allah swt walaupun ada penumpang yg terhantuk di kepala ketika terbabas ke parit, tiada sesiapa yg cedera teruk. Sebelum kemalangan, PHD telah berpindah ke tempat duduk bersebelahan yang jauh dari cermin bas. Juga terima kasih kepada penduduk-penduduk kampung yang segera membantu dan mengawal lalu-lintas. Syabas buat pemandu yang membawa dengan kelajuan sederhana . Terima kasih juga kepada syarikat bas Transnasional kerana berjaya menggantikan bas tak sampai setengah jam selepas kemalangan untuk kami meneruskan perjalanan pulang.
Rupa-rupanya memang benarlah bas tersebut tak berjaya sampai Mersing bila mengingatkan kembali destinasi 'Endau' yang tertera pada papan elektronik TBS tadi. Tanda-tanda tersebut adalah bukti kekuasaan Allah swt !
Belum terlambat PHD ingin mengucapkan Selamat Hari Guru yang kebetulan pada tarikh yang sama !..
Belum terlambat PHD ingin mengucapkan Selamat Hari Guru yang kebetulan pada tarikh yang sama !..
* Jam 2.00 pagi 17 hb Mei 2012
No comments:
Post a Comment