Nama :
D'Mutiara Homestay
Lokasi:
Tg Gemuk, Rompin,Pahang
Nota : Kali ini PHD memperkenalkan sebuah homestay yang terletak di Tg Gemuk, Rompin. Tanjung Gemuk ni sebuah pekan yang berkembar dengan pekan Endau ( sebuah bandar kecil dalam daerah Mersing yang bersebelahan dengan negeri Pahang yang dipisahkan dengan muara/Kuala Rompin)
Walaupun terletak 35km ke utara Mersing (jalan utama menuju ke Kuantan) tetapi jalan yang menghubungkan Tg Gemuk dengan Mersing agak berkualiti tinggi cuma bengkang-bengkok sedikit. Menginap di Tg Gemuk ni ada keistimewaannya kerana:
1. Terletaknya jeti ke Tioman (dari Pahang)
2. Pelabuhan nelayan laut dalam. Ikan murah-murah di pasar petang dekat dataran Tg Gemuk
3. Udang harimau juga dijual dengan harga yg lebih istimewa
4. Terletaknya Restoran Nusantara yang popular
5. Jambatan merentasi muara/Kuala Endau yang cantik pemandangan (juga lokasi memancing waktu malam)
6. Terdapat hotel Sri Malaysia
7. Terdapat pasaraya Tunas Manja
8. Dataran Tg Gemuk untuk lepak2 dan makan-makan waktu malam
9. Tak jauh Tg Penyabung dan Tg Resang , lokasi pantai/teluk yang popular dengan chalet-chalet dan pakej memancing
10. Sesiapa yang ingin bersantai dan mencari ketenangan di sebuah pekan kecil berhampiran kuala laut yang indah dengan segala kemudahan, Tg Gemuk antara yang terbaik !
Inilah keterangan tentang homestay di atas :
Sumber :
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,
Terdapat dua buah rumah yang kami tawarkan kepada anda dan setiap rumah mempunyai keistimewaannya tersendiri :
Lokasi 1
D' Mutiara Homestay, Tg. Gemok, K. Rompin, Pahang
- Rumah teres 2 tingkat
- 3 Bilik Tidur yang selesa (1 pendingin hawa - master bedroom)
- 2 Bilik Air
- Ruang Tamu
- Dapur
- Tempat Letak Kereta
- Bersebelahan dengan sekolah iaitu SMK Tanjung Gemok, K. Rompin
D' Mutiara Homestay II, Batu 1, Jalan Endau - Mersing, Johor
- Rumah kampung 1 tingkat yang luas
- 4 Bilik Tidur yang selesa
- 3 Bilik Air
- Ruang Tamu
- Dapur
- Tempat Letak Kereta
- Bersebelahan dengan Kedai Cuci Kereta & Kedai Makan
Jambatan yang menghubungkan Pahang dan Johor
Walaupun kedua-dua rumah ini terletak di dua buah negeri yang berlainan iaitu di Negeri Pahang dan Negeri Johor tetapi lokasinya tidak jauh dan hanya dipisahkan oleh Jambatan Endau yang memesahkan antara kedua negeri tersebut.
Lokasinya juga berdekatan dengan Jeti / Terminal Tanjung Gemok, iaitu
terminal untuk ke lokasi pelangcongan ke Pulau Tioman. Ramai pelancong
berkunjung ke sana saban tahun dan homestay kami juga biasa menjadi
tempat bermalam sebelum pelancong berlepas ke Pulau Tioman keesokan
harinya.
Dataran Tanjung Gemok, besebelahan dengan jeti ke Pulau Tioman
(gambar di ambil dari salah satu blog di internet)
Anda juga boleh menjenguk kami di Facebook, hanya klik di ruangan sebelah kanan.
Terima kasih kerana sudi menjenguk kami di sini.
Selamat Melancong ke Tg Gemuk !
No comments:
Post a Comment