Google+ telah melancarkan kempen awal untuk 'menandingi' populariti Facebook di internet . Google + dicipta untuk 'melayan' semua kehendak pengguna sebagai laman sosial,perniagaan, diskusi atau apa sahaja dengan sistem yang sangat teratur dan berkesan.
Inilah akibat 'nafsu' dan imaginasi pengguna internet di platform sosial percuma yang inginkan perubahan demi perubahan !
Twitter dikatakan terlebih awal menjadi ancaman kepada kelangsungan hidup Facebook. Facebook menjadi sangat panik sehingga sanggup menawarkan usd 1 billion ( !) kepada Instagram iaitu sebuah applikasi photoeditor yang boleh dipasang kepada sistem operasi (OS) kebanyakan smartphone & tablet. Walhal Instagram hanya dikendalikan oleh 13 staf sahaja. FB bimbang sekiranya Twitter merampas Instagram yang memberi makna lehernya akan dikelar untuk menamatkan riwayatnya seperti My Space !
Inilah akibat 'nafsu' dan imaginasi pengguna internet di platform sosial percuma yang inginkan perubahan demi perubahan !
Twitter dikatakan terlebih awal menjadi ancaman kepada kelangsungan hidup Facebook. Facebook menjadi sangat panik sehingga sanggup menawarkan usd 1 billion ( !) kepada Instagram iaitu sebuah applikasi photoeditor yang boleh dipasang kepada sistem operasi (OS) kebanyakan smartphone & tablet. Walhal Instagram hanya dikendalikan oleh 13 staf sahaja. FB bimbang sekiranya Twitter merampas Instagram yang memberi makna lehernya akan dikelar untuk menamatkan riwayatnya seperti My Space !
Twitter yang dikatakan 'idea gila' pada permulaannya memberi kesan yang sangat dahsyat dari segi penyebaran berita..Kehebatannya mampu menjatuhkan populariti sebuah parti sebelum pengundian dalam sebuah pilihan raya dalam satu malam sahaja ! (jika 'twitt'nya cukup mempengaruh )
Realitinya, konsep 'perkhidmatan percuma' terus kekal mendominasi kehidupan semua umat tak kira apa bangsa atau agama..
PHD selalu mengatakan bahawa 'Search Engine', Wikipedia, Youtube telah mengambil-alih tugas-tugas malaikat (?)..Google maps juga sebagai 'malaikat' penunjuk arah ( tak perlu bertanya arah kpd orang-orang kita yg memang bersifat sukar 'membantu' dalam hal ini)
Google juga terus panik ! Legasi penguasaan mereka di internet semakin pudar. Mereka telah menambah 'tempoh' tayangan Youtube (juga dibeli !) dan menambah kelajuan server nya untuk mengekalnya survival iklan-iklan Google ( yang dikatakan makin kurang popularitinya seperti Adsense dll )
Google yang telah nazak (dari segi populariti) berterusan melabur berbillion dollar dengan menambah had foto-foto yang boleh di'upload' ke dalam blogspot. Blog yang sudah berjumlah billion-billion (?) disedari sukar untuk meraih populariti berbanding Facebook Page atau Wall
GROUPON...Sebuah laman yang sangat popular selepas Facebook di negara-negara Barat merupakan idea terhebat. Jika tidak masakan Google ingin membelinya dengan harga 4 billion pound (?) tetapi ditolak oleh pemiliknya yang masih belum mencapai umur 30 tahun !
Idea Groupon ini mencantumkan kaedah pemasaran offline dan online..
Begini ideanya : Katakan sebuah kedai buku di Mersing baru dibuka. Untuk mempromosi perniagaannya disediakan voucher diskaun untuk buku-buku terpilih. Jika cara biasa, pemilik kedai buku tadi akan menyalin sebanyak-banyaknya voucher tadi dan diedar-edar ke seluruh Mersing. Sudah pasti kurang berkesan dan mengambil masa berbulan-bulan untuk 'memujuk' pelanggan baru !
Tetapi dengan adanya Groupon, berpuluh-puluh kedai yang baru dibuka di Mersing akan menggunakan khidmat Groupon untuk mempromosi perniagaannya. Setiap company akan mendaftar dan meletakkan iklan untuk voucher discount di dalam Groupon yang dinamakan 'Deal'..Hanya bayaran sangat minima dikenakan ! Jadi kita sebagai pengguna untuk mendapatkan 'deal' akan mendaftar atau 'sign up' email kita di Groupon sebagai menetap di Mersing. Setiap hari Groupon akan menghantar semua 'deal' terkini di Mersing ke dalam email kita. Jadi tugas kita hanya menyemak email dari Groupon untuk mendapatkan 'deal' iaitu tawaran harga barang terbaru di Mersing
Groupon bermula di UK dan sangat popular di Amerika Syarikat. Kini beribu-ribu bandar di US,UK, Eropah dan seluruh dunia memasarkan jutaan 'deal' setiap hari ( untung gila Groupon !) dan tetap untung adalah pengguna internet ! Namun Groupon masih baru dan kurang popular di negara ini..
Tujuan yang sama dibuat oleh PHD iaitu menubuhkan Pusat Dagangan Mersing (PDM).
Di PDM , semua peniaga sepenuh masa atau sambilan juga sama ada mempunyai kedai atau tidak akan mempromosi perniagaannya di situ (termasuk tawaran istimewa seperti potongan harga dan pakej)
Seandainya semua ahli Facebook di Mersing (juga daerah-daerah berdekatan) menyertai Pusat Dagangan Mersing maka setiap hari sudah pasti kita semua membuka laman PDM untuk mengetahui 'deal' atau tawaran barangan atau perkhidmatan yang terbaik!
PDM ialah satu cara baru membeli-belah di Mersing. Memudahkan kita mengetahui barangan/perkhidmatan yang dijual ( seperti kek,perabot,spa, pakaian, pakej pelancongan) tanpa kita bersusah-payah ke bandar mencari dan bertanya, tambahan pula parking berbayar dan sukar pula. tak perlu kita meninggalkan kerja-kerja di ofis atau di rumah..
Hanya perlu melayari laman Pusat Dagangan Mersing di facebook dan membuat pilihan dan diskusi dengan peniaga di situ untuk mendapat nilai terbaik ! ..dan semuanya PERCUMA !
https://www.facebook.com/groups/pusatdaganganmersing/
Jom kita menjadi pengguna bijak di Mersing. Hidup penuh penuh santai serta menikmati keindahan dan ketenangan di pusat peranginan antara terbaik di negara ini
Kredit juga kepada Bill Gates..walaupun seorang Barat, inspirasinya mengubah kehidupan insan di dunia ini kepada suatu dimensi baru.
No comments:
Post a Comment