Sumber : http://syurgadidunia.blogspot.com
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Al-Imran 3:185)
Suatu
ketika dahulu sains kelihatan seolah-olah musuh kepada kepercayaan
agama - sekarang ianya tidak lagi! Fizik moden dan kosmologi (sains
mengenai asal dan perkembangan alam maya) masa kini telah memberikan
bukti objetif yang kukuh akan kewujudan tuhan, mengesahkan
sifat-sifatNya dan menunjukkan bagaimana tuhan mencipta kewujudan
fizikal ini dari suatu yang tidak wujud (nothingness). Maklumat ini
datangya dari analisis kritikal teori Big Bang, Special Theory of
Relativity Albert Einstein dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan
dalam sains fizik kuantum. Konsep disebalik ilmu sains yang hanya boleh
difahami oleh saintis ini sekarang boleh dipersembahkan dengan cara yang
mana ianya mampu difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pendidikan
modern.
1. Kita sekarang telah mengetahui menurut teori kosmologi yang rata-rata
diterima ahli saintis bahawa dunia fizikal yang kita lihat pada hari
ini telah tercipta dari ketiadaan atau suatu yang tidak wujud
(nothingness) iaitu tanpa masa, ruang dan materi.
2. Kita juga telah mengetahui bahawa pada permulaan penciptaan dunia
ini, ianya berlaku dengan mana cahaya menjelma wujud pada pada satu
titik permulaan yang mana tidak mempunyai sebarang dimensi (a
singularity point with no dimension).
3. Kita telah mengetahui bahawa bahan materi dunia fizikal ini telah
menjadi wujud dengan cara yang mana photon (satu gumpalan kecil tenaga
cahaya) telah berlanggar sesama mereka dan kemudiannya membentuk jumlah
tak terbilang banyaknya proton-proton, neutron-neutron dan
elektron-elektron yang mana dengan pelbagai cara kombinasi kemudiannya
membentuk kesemua yang wujud didalam dunia fizikal kita ini.
4. Pada dasarnya, dengan tepat kita boleh mengatakan bahawa semua bahan
materi didunia fizikal ini termasuklah tubuh badan kita ini, sebenarnya
adalah cahaya yang telah menjadi perlahan.
5. Kita telah mengetahui bahawa ruang angkasa alam semesta yang
mengandungi dunia fizikal kita ini sedang berkembang. Konsep ini adalah
suatu yang asing bagi pemikiran manusia sehinggalah Albert Einstein
mengemukakan General Theory of Relativity beliau pada awal kurun ke 20.
Ianya tidak pernah difikirkan oleh mana-mana pemikir hebat sebelum itu
akan tetapi ianya telah diyatakan oleh Al Quran 1400 tahun yang lalu
apabila Allah berfirman, "Kamilah yang mengembangkan dunia ini dengan
kekuatan" (Al Quran 51:47, Terjemahan Muhammad Asad). Malah Einstein
sungguh tergamam dengan penemuan beliau itu sendiri kerana dunia yang
berkembang bermaksud pada satu ketika dahulu terdapat ketikanya dimana
dunia ini tercipta.
6. Special Theory Of Relativity oleh Einstein (yang mana beliau sendiri
menggelarnya "Absolutism Theorem" kerana beliau menyedari yang apa yang
ditemuinya didalam dunia relatif tetapi merupakan adalah sesuatu yang
benar-benar nyata/mutlak) adalah mengenai sifat-sifat istimewa cahaya.
7. The Special Theory of Relativity membolehkan kita buat pertama
kalinya melihat secara objektif apa yang wujud diluar jangkauan dunia
materi ini.
8. Kita boleh menemui apa sahaja apabila kita dapat melihat apa yang
wujud diluar dunia materi ini, tetapi apa yang kita temui sebenarnya
amat menakjubkan dan perlu diberikan perhatian. Kita mendapati Special
Theory of Relativity oleh Einstein ini menunjukkan kepada kita bahawa
disebalik dunia fizikal kita ini wujud bahan bukan materi yang terdiri
dari sesuatu yang mutlak atau nyata, dan sesetengah bahan-bahan ini pula
menariknya serupa dengan apa yang pelbagai agama ambil sebagai
sifat-sifat tuhan.
- Contoh pertama: Apabila kelajuan cahaya dihampiri (300,000 km per
saat), masa menjadi semakin perlahan, dan pada kelajuan berkenaan, masa
tidak lagi berlalu. Ini bermakna bagi photon iaitu zarah cahaya yang
bergerak pada kelajuan cahaya, masa tidak berlalu, maka photon tidak
tertakluk pada masa dan KEKAL SELAMA-LAMANYA (Eternal).
- Contoh kedua: Oleh kerana masa tidak berlalu bagi photon iaitu zarah
cahaya, dan photon boleh diperhatikan dimana-mana, iaitu photon tersebut
boleh diperhatikan pada masa yang sama berada ditempat yang berbeza,
oleh sebab itu ianya adalah BERADA DIMANA-MANA (Omnipresent).
- Contoh ketiga: Oleh kerana setiap bahan materi yang wujud didunia
fizikal ini tercipta dari tenaga cahaya, dan tenaga cahaya ini jugalah
yang berterusan memelihara dan mengawal setiap aktiviti bahan materi
didalam kewujudan dunia fizikal ini, maka tiada kuasa selain dari kuasa
cahaya. Kuasa cahayalah segala kuasa yang wujud, jadi ianya MEMPUNYAI
KUASA YANG TIDAK TERBATAS (Omnipotent).
- Contoh keempat: Oleh kerana semua ilmu dan maklumat yang wujud, yang
telah wujud atau akan wujud tersimpan dalam bentuk tenaga cahaya dan di
sebar atau pancarkan didalam bentuk tenaga cahaya maka tiada ilmu atau
maklumat yang wujud selain yang tersirat didalam cahaya itu sendiri,
oleh sebab itu ianya SERBA MENGETAHUI (Omniscient).
9. Sebagai tambahan, cahaya sebenarnya tidak wujud didalam kewujudan
fizikal ini walaupun kita boleh memperhatikannya. Apabila kita
menghampiri kelajuan cahaya, salah satu dari dimensi (panjang, tinggi
atau lebar), dimensi yang selari dengan arah pergerakan akan menjadi
bertambah kurang dan kurang, dan pada kelajuan cahaya dimensi tersebut
menjadi kosong (zero). Untuk mengetahui isipadu kita perlu mendarab
tinggi dengan panjang dan juga lebar, akan tetapi jika salah satu dari
dimensi tersebut adalah kosong maka isipadunya juga adalah kosong, jadi
benda itu sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini. Cahaya tidak
mempunyai isipadu didalam ruang maka oleh sebab itu ia tidak
berkewujudan (has no existance) didalam dunia fizikal ini.
10. Semua yang wujud didalam dunia fizikal ini mempunyai jirim lebih
dari kosong yang mana merupakan ciri-ciri bagi kewujudan didalam dunia
fizikal ini, akan tetapi cahaya langsung tidak mempunyai jirim atau
berat. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, jirim atau berat akan
bertambah dan pada kelajuan cahaya berat adalah infiniti. Tak kiralah
sekecil mana berat atau jirim pada permulaannya, jirim atau berat
tersebut akan mencecah infiniti pada kelajuan cahaya. Oleh kerana photon
bergerak pada kelajuan cahaya tetapi tidak mencecah jirim atau berat
infiniti, ini bermakna photon sebenarnya bermula dengan nilai jirim
kosong, maka cahaya sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini.
11. Didalam dunia fizikal ni semuanya adalah relatif, kewujudan mutlak
atau tidak sesuatu kualiti itu tidak boleh digambarkan, segala sesuatu
yang wujud diantara dua kualiti tersebut adalah kontinum atau
pemeringkatan dari sesuatu yang boleh digambarkan dengan nyata kepada
sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan nyata. Kita walau
bagaimanapun mendapati, disebalik kewujudan materi ini semua
kualiti-kualiti itu wujud samada didalam keadaan tidak terbatas atau
ianya tidak wujud sama sekali, tiada apa yang berada diantaranya.
Perkara paling penting didalam penemuan-penemuan diatas adalah ianya
telah memusnahkan sebarang idea, kepercayaan atau konsep yang dunia
fizikal ini wujud sebagai suatu jumlah tertentu bahan-bahan materi yang
bergerak dengan suatu hukum-hukum fizikal yang tertentu. Pemahaman yang
tidak tepat mengenai kewujudan fizikal inilah yang telah membentuk asas
falsafah sains kebendaan atau materialisme. Ianya falsafah materialisme
inilah terutamanya falsafah materialisme sekular telah membenarkan
kepercayaan kepada tuhan itu telah dicabar dengan hebatnya oleh mereka
yang tidak percayakan tuhan selama beberapa ratus tahun sebelum ini,
lebih kurang sekitar zaman Sir Isaac Newton.
Ianya tidak lagi munasabah baik secara intelek ataupun menerusi alasan
logik didalam penemuan fizik moden dan kosmologi ini untuk berpegang
kepada pandangan atheis (iaitu tuhan itu tidak wujud). Apa yang pasti
menerusi alasan logik dan juga pemikiran intelek yang jujur ini,
kesimpulan yang boleh diambil menerusi penemuan sains moden adalah Tuhan
itu wujud, yang mana sifat-sifat Tuhan itu wujud dan Tuhan jualah yang
telah mencipta dunia fizikal ini termasuklah juga manusia. Kita sekarang
ini berada pada titik perubahan dari pandangan materialisme sekular
terhadap dunia ini kepada pandangan bertuhan.
NOTA: Kesemua ini hanyalah sebilangan dari rumusan yang dipermudahkan
dari usaha-usaha besar yang sedang dijalankan, akan tetapi kami
merasakan ianya amat penting dan menjadi tanggungjawab kami untuk
menjelaskannya kepada umat manusia ciptaan Allah ini. Fakta-fakta sains
disebalik penjelasan-penjelasan ini adalah fakta-fakta yang dipersetujui
bersama oleh beberapa ahli-ahli fizik tersohor dunia, termasuklah
beberapa ahli teoritikal fizik yang telah memenangi Hadiah Nobel.
Penjelasan-penjelasan ini teramat penting didalam titik peralihan
pemikiran teologi Islam, akan tetapi buat masa kini ianya masih belum
lagi diterima oleh sarjana Islam diseluruh dunia.
* Artikel ini adalah terjemahan dan olahan dari artikel asal berbahasa Enggeris karya Allayarham Dr. Muhammad Al Mahdi bertajuk "Modern Science Finds God", beliau adalah pengasas Khalifah Institute.
Semua kredit adalah kepada beliau yang mana ianya datang dari pemikiran
beliau sebagai seorang ahli psikologi dan juga ahli teoritikal fizik
No comments:
Post a Comment