Pada minggu lepas dan juga minggu sebelumnya berita dalam media negara dipenuhi hal politik. Kempen dan PRK 2 Bukit dan 1 Batang, perlantikan PM baru, kabinet baru dan puji-pujiannya memenuhi semua ruang berita. Namun dalam kesibukan politik dalam negara ada satu berita dari seberang Tambak Johor yang hendak saya kongsi bersama. Bukanlah hal politik tetapi soal hidup dan mati. Setiap yang hidup perlu kepada makanan dan mencarinya di merata ceruk. Malangnya dalam menikmati hidangan makanan ada yang sampai menemui maut. Begitulah yang terjadi di negara seberang.
Geylang Serai terkenal dengan sebuah food court yang menjadi tumpuan ramai. Salah sebuah warung di situ menjalankan perniagaan rojak mamak. Warung tersebut diusahakan oleh seorang peniaga Sheik Allaudin 69 tahun. Beliau telah berniaga di situ sejak 27 tahun yang lalu. Malangnya pada minggu lepas ramai pelanggan yang menikmati rojak peniaga tersebut telah mengalami keracunan makanan. Ramai yang terpaksa dirawat di hospital dan dua orang pelanggan malang meninggal dunia akibat keracunan tersebut. Mereka adalah Norani Kassim 59 dan Aminah Samijo 57. Berita mengenainya boleh dibaca di sini dan di sini.
Gerai Rojak Geylang Serai dan salah seorang wanita yang maut
Kita biasa mendengar berita mengenai keracunan makanan. Selalunya berlaku di kantin sekolah dan ada juga di tempat makan seperti restoran. Tetapi jarang yang sampai maut. Yang berlaku di Singapura itu agak mengejutkan. Umumnya persepsi kita tahap kebersihan di negara tersebut jauh lebih baik berbanding negara kita.
Sebuah kedai kopitiam di Danga City Mall JB (tidak menjual rojak tapi banyaklah menu lain yang hebat)
- - - - - - - - - - - - -
4 comments:
Salam..
Olahan dan perkaitan dengan motif artikel dalam perenggan satu serta 'ending' di perenggan terakhir dan foto kopitiam tersebut amat menarik dan terkesan di minda.
Terima kaseh. Macam mana Mersing? Dah lama pulak tak ke sana. Bangunan Mara tepi sungai tu dah siap ke?
Bangunan Mara tepian sungai tu memang antara yg terawal siap dan dipenuhi peniaga .Mungkin kerana desakan pemilik-pemilik restoren kompleks lama.Pelanggan2 tetap ketika bangunan lama dulu memenuhi kembali premis pilihan. Peniaga2 spt pakaian, komputer dan aksesori bermodal sederhana memilih kompleks ini sebagai kawasan biz baru. Mersing tetap kekal destinasi santai dan perniagaan yg berjalan lembab wlpun bnyak perniagaan baru dibuka.
TQ for the info.
Post a Comment