Tarikh bertolak : 7 April 2009 (Selasa)
Masa : 3.00 petang (selepas sesi akademik)
Peserta : Tim Pengetua HEA,En Abd Aziz,Guru-guru Jabatan Sains, KJ Jabatan Bahasa,
En Zaimi & Cik Ruslina
Pengangkutan : Kia Citra & Naza Ria
Masa : 3.00 petang (selepas sesi akademik)
Peserta : Tim Pengetua HEA,En Abd Aziz,Guru-guru Jabatan Sains, KJ Jabatan Bahasa,
En Zaimi & Cik Ruslina
Pengangkutan : Kia Citra & Naza Ria
Sampai di Ayer Keroh dah maghrib. Lambat sebab by 'pit stop'. Solat Asar kat Kluang n minum petang kat Roslan Cafe yg famous tu (macam2 ada dan semuanya enak)
'Check in' kat Hotel Sri Malaysia Ayer Keroh. Bersebelahan dengan pintu gerbang Melaka yang menjadi mercu tanda negeri pelancongan ini.
Hotel baru yang cantik dan agak selesa. KJ bahasa ambil peluang 'landing' sebelum kluar makan (sorry la masukkan foto ni)
KJ Sains, Hj Khairol bawa kami ke sebuah restoren yang berdekatan dengan kompleks MTC Melaka. Selesa, bersih dan makanannya juga banyak pilihan.KJ Bahasa & TP HEA di hadapan bilik penginapan yg direkabentuk ala Baba Nyonya.
Rabu (8.4.2009) 7.40 pagi : Bertolak ke MRSM Alor Gajah melalui lebuh raya PLUS. Lebih kurang 20 minit tiba di Tol Alor Gajah/Simpang Empat.
Pekan Simpang Empat pernah menjadi laluan penulis berulang-alik dari MRSM Terendak-Temerluh (1997-2002)
Tiba di pondok pengawal. Rupa-rupanya kami adalah rombongan pertama benchmarking ke MRSM Alor Gajah. MRSM ini terletak di Kg Air Pa'abas tak jauh dari Masjid Tanah (Berhampiran Kolej Risda)
Bilik Mesyuaratnya agak besar dan luas dan boleh menempatkan 100 orang jika di tambah kerusi di belakang.
Pengetua MRSM AG Tn Hj Satari memberi taklimat yang lengkap dan padat tentang program-program akademik dan sahsiah, budaya dan pendekatan terbeza yang membawa kejayaan yang amat menakjubkan dalam peperiksaan SPM 2008 yang menempatkan MRSM AG setaraf MRSM PKP/Bitara
Tn HJ Satari ni ex-KJ Sains di MRSM Terendak dulu. Seorang yang 'hyperaktif', bertenaga tinggi dan rajin mencuba.
Sebelum melawat ke unit-unit kami dijamu dengan 'tea-break' untuk 'ice-breaking'.
Menariknya setiap hari sekumpulan pelajar akan membuat persembahan di hadapan guru setiap kali waktu rehat.
Inilah bilik guru yang dikongsi bersama antara Jabatan Sains dan Jabatan Bahasa. Selesa dan ada sofa yang besar untuk tempat perbincangan.
Bentuk kerusi-meja benar-benar memberi suasana dan keselesaan untuk bekerja. Kerusinya berkualiti tinggi dan membolehkan guru duduk tanpa rasa lenguh dan penat walaupun dalam jangkamasa lama
Kebanyakan program dan latihan mempunyai buku atau dokumen yang siap dibukukan dan kelihatan sistematik serta mudah dibuat rujukan
Puan Zuliana, Guru Cemerlang Biologi. Beliau ex-rakan setugas di MRSM Terendak. Rajin berkongsi rahsia kejayaan pelajar-pelajarnya. Sangat gembira dan bermotivasi di tempat baru.
Pemandangan sebuah makmal yang menarik,bersih dan kemas. Bangku direkabentuk mempunyai alas berbentuk bulat yang membenarkan pelajar duduk dalam tempoh lama tanpa sakit.
Di mana-mana ada signboard ni..MRSM ni memang bersih dan sampah sukar ditemui. Rahsianya adalah kurangnya tong sampah di sini. Pengetuanya bijak memberi motivasi dan memewujudkan budaya bersih, rajin dan bekerja pantas di kalangan pelajar dan juga guru/staf
Stor makmal. Staf-staf makmal di sini boleh dipuji kerana rajin bekerja , kreatif dan bersikap pro-aktif. Ini diakui oleh guru-guru di sini. Di MRSM Terendak juga begitu. Apa yg saya lihat ialah penduduk negeri Melaka sememangnya mempunyai budaya begitu ditambah peramah dan pembersih yang 'terlampau'.
Bilik air mereka..kita2???
Mesin air Reverse Osmosis-Newater. Inilah antara keistimewaan di sini. Para pelajar, guru dan staf boleh mengambil airnya (yang sangat bersih) untuk minuman sendiri dan dibawa pulang. Sebanyak RM 20,000 dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan ini. Nampaknya Pengetuanya amat bijak, berfikiran saintifik dan amat faham tentang apakah keperluan utama keselesaan , kesihatan dan kebajikan pelajar/guru.
Satu penghargaan dan pemberian istimewa untuk guru/staf n family untuk merasai nikmatnya
Tn Hj Satari b. Hashim, Pengetua MRSM AG. Antara pesanan "Kalau kita nak cikgu lain mengajar anak2 kita bersungguh2 kita hendaklah melakukan hal yg sama" Kiranya menggaplikasi Hukum Karma. Dan akhir sekali kata penutup beliau "Berubah atau Rebah". Terima kasih dan syabas kpd beliau dan MRSM AG. Anda telah membuktikan bahawa Anda Berbeza !!!
1 comment:
terima kasih mrsm mersing..
Post a Comment