Tarikh : 11 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30pagi-4.30 petang
Venue : Dewan Kuliah 1
Penyampai : Cikgu Norzana, Guru Cemerlang MRSM Muadzam
Masa : 8.30pagi-4.30 petang
Venue : Dewan Kuliah 1
Penyampai : Cikgu Norzana, Guru Cemerlang MRSM Muadzam
Cikgu Norzana adalah kawan sekuliah biologi semasa Diploma Pendidikan di UTM Skudai, JB
Beliau mengingatkan pelajar bahawa penguasaan isikandungan adalah amat mustahak diikuti oleh teknik menjawab yang betul. Subjek biologi yang mementingkan isikandungan (content) adalah keperluan utama dan tidak boleh dibandingkan dengan
nature' subjek2 lain.
Lunch break. Makanan agak special juga. Banyak perkara yang dibualkan almaklumlah rakan sekuliah lama.
Cikgu Puteri melayani tetamu untuk kem bio. Di sebelah adalah meja makan untuk guru-guru yang menghadiri kolokium kimia zon selatan.
Kuliah disambung untuk Paper 3 disebelah petang. Cikgu Norzana memberitahu bahawa strategi amat penting untuk mendapat 1A. Setiap pelajar perlu membuat jangkaan berapakah markah yang perlu dicapai pada setiap bahagian ketiga-tiga kertas peperiksaan Biologi.
Puan Norzana telah berjaya menyampaikan semua teknik dan keperluan untuk dijadikan panduan untuk semua calon biologi SPM 2009. Tiada alasan lagi untuk tidak mendapat 1A. Terima kasih kepada Puan Norzana dan syabas kpd Guru Biologi tingkatan 5 iaitu Pn Siti Nor Juhaida dan Cik Puteri Nurul Dalia yang telah berjaya menganjurkan program yang amat penting dan bermakna ini demi menaikkan semula kecemerlangan Bioolgi SPM di MRSM Mersing.
1 comment:
fuh!! dahsyat prog jab sc thn ni. proaktif..
Post a Comment