Piala Pusingan bersaiz jumbo yang menjadi rebutan semua pasukan
Pagi yang tenang sebelum acara hari ke-3 bermula
Khemah Urusetia...semua keputusan, pengumuman dan informasi bertumpu di sini.Pelan maktab yg ditampal pada cermin kafetaria
Inilah sarapan pagi ni..nasi goreng cina cili padi +kuew tiow+sambal sotong+ milo kosong 'cow'
Sama-sama merenung nasib petang nanti. Perbincangan mesra pengurus bolasepak dgn pemain2 yg telah menang 4 pertemuan sblm ni..
Seorang pengurus pasukan sedang bersarapan dgn pemain di gerai awam berhadapan aspura
Pemain dr MRSM TGB..ex-MRSM Mersing yang ke sana slps cemerlang dlm PMR
Kilauan pingat yg menjadi rebutan
Perlawanan akhir bola jaring dgn MRSM Kuching..pertemuan buku dgn ruas. Pasukan seberang tersebut kelihatan masih bertenaga, yakin dan berskil tinggi
Pasukan Kuching mendominasi permaianan. Maktab kita hilang arah dan semua tak menjadi
Perlawanan akhir dgn MRSM Pontian. Kita menjadi pilihan untuk jadi juara
Pertahanan mereka lebih kental. Mereka menggunakan strategi pertahanan melalui sepakan bola jauh ke dalam kawasan pasukan lawan apabila sahaja merampas bola
Kita ketinggalan satu gol sehinggalah ke minit terakhir baru mendapat jaringan penyamaan
Pasukan bola sepak Pontian sudah tahu nasib pipi mereka jika tewas..
Kegagalan pasukan bola sepak melengkapkan episod malang semua team maktab. Kita hanya berupaya memperolehi kedudukan naib johan dlm bolasepak dan bola jaring sahaja. Tiada permainan yg kita menjadi Johan ..??
Apa masalah pemain kita? Siapa yang perlu menjadi 'kambing hitam'. Kebanyakan kita dah 'berkulit hitam'pun akibat dibakar matahari.
3 orang pengurus pasukan, guru/staf yang menjadi pemerhati membuat kesimpulan awal yang pemain-pemain kita amat lemah mengawal emosi menyebabkan mental gagal bertahan menghadapi tekanan perlawanan berterusan. Ada juga seorang dua pemain utama yg begitu 'bodoh@ bangang' kerana berlagak lebih dari 'superstar' yang menghancurkan peluang pasukan kita yang hampir ke final seperti dalam perlawanan bola tampar lelaki separuh akhir. Perlakuan yang amat meluat (dan rasa nak muntah he3) menyebabkan sebahagian warga maktab meninggalkan gelanggang. Hal yang sama berlaku dalam perlawanan peringkat awal badminton. Sikap angkuh pemain kita akhirnya memakan diri.
Secara keseluruhan kita hanya layak menempatkan diri ke-7 dari 9 pasukan.
Pasukan yang mendapat johan keseluruhan dan naib johan juga merupakan MRSM yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik. Mungkin "Otak yang cerdas membolehkan badan lebih cergas"
Walau apapun tahniah kpd MRSM Mersing kerana berjaya menganjurkan Pesta Super 09' dengan penuh gemilang. Semua petugas telah menjalankan tanggung-jawab dengan penuh berkesan, proaktif dan bijaknya.
Inilah result keseluruhan:
Kedudukan keseluruhan:
Johan: MRSM Tun Ghaffar Baba
N/Johan : MRSM Pontian
Ke-3 : MRSM Muadzam Shah
Tenis :
Johan-Muar
N/johan-Pontian
ke-3-Muadzam
ke-4-Terendak
Takraw :
Johan-Tun Ghaffar Baba (TGB)
N/johan-Batu Pahat
ke-3-Pontian
ke-4-Muadzam
Ping-Pong :
Johan-Batu Pahat
N/Johan-Muadzam
ke-3-Gemencheh
ke-4-Pontian
Badminton :
Johan-TGB
N/Johan-Muadzam
ke-3-Terendak
ke-4-Gemencheh
Bolasepak :
Johan-Pontian
N/johan-Mersing
Bola jaring
Johan-Kuching
N/johan-Mersing
1 comment:
owh gosh!
rindunya kat maktab:)
meriah super kali ni.
lama dah tak bersukan macam kat maktab:D
Post a Comment