Lokasi : ESPLANADE TEMERLOH
Nama lama : Penambang Kuala Semantan & Pekan Sehari Temerloh
Tarikh : 3 Feb 2011
Cuaca : Mendung, Air banjir
Sebelum ke sana singgah tengok banjir di Kg Sg Dingin..air makin naik secara perlahan walaupun hujan sudah 2 hari berhenti
Sg Semantan air banjir
Nak cari mana Esplanade Temerloh...Mercu tanda panduan(Landmark) ialah Masjid Temerloh
Ambil jalan belakang masjid menuju Sg Pahang di bawahnya
Deretan gerai Majlis Daerah Temerloh di Esplanade Temerloh
Esplanade ini terdapat Sg Temerloh Water Front
Jeti baru 2 tingkat dgn tempat menunggu di bawah ditenggelami air banjir
Sebelah kiri adalah Sg Semantan bertemu Sg Pahang di sebelah kanan. Itu sebab di namakan Kuala Semantan
Kuala Semantan terkenal dengan sejarah pejuang..Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Ibrahim Yaakub (KMM), 13 Mei.....akan datang?
Projek pelancongan terkini..Cafe di seberang sungai dengan titi gantung (sedang di bina) untuk ke sana..Ada berani menyeberang?..Jauh juga jaraknya..tinggi & di bawahnya pertemuan 2 sungai yg deras arusnya !!Khabarnya zaman-zaman dulu berenang menyeberang Sg Semantan & Sg Pahang ni biasa jer. Mak PHD masa umur 6 tahun berdayung sorang-sorang ke madrasah
Jeti baru ni 2 tingkat..Dulu hanya kayu sahaja
Air banjir menenggelamkan tingkat bawah
Anak-anak Kuala Semantan yg lahir di perantauan elok di bawa ke sini untuk mengetahui jati diri merekaMercu tanda Temerloh di seberang..(Kg Bangau Seberang)..waktu malam dilimpahi cahaya..Di sepanjang lorong pejalan kaki Water Front Temerloh ni ada penjual-penjual membuka gerai-gerai makan. Menikmati car kuew teow atau mi sup tulang sambil menghayati pemandangan sungai yg diterangi cahaya adalah pengalaman yg tidak boleh dilepaskan buat pengunjung ke Temerloh !
Waris keturunan Mat Kilau & Tok Sanggang sedang merenung arus air Sungai Pahang. Moga semangat perjuangan yang penuh bermaruah nenek moyang mereka menyebarkan agama & menentang penjajahan diteruskan..
Darah pejuang Kuala Semantan yg lahir di negeri Hang Tuah
Anak-anak Kuala Semantan usah menjadi petualang semata-mata sogokan duniawi. Harus ada perjuangan untuk agama, negara & bangsa
Deretan rumah rakit yang masih tinggal..Darah pejuang pernah mengalir di sepanjang Sg Semantan ini Menara baru di bina di sebelah medan gerai untuk ke seberang
Jambatan Sultan Abu Bakar yang menghubungkan Temerloh dengan Kuantan (Jalan lama)
Di hujung Esplanade terdapat deretan gerai yg dibuka siang-malam. Kawasan ini dulunya adalah Lurah Semantan.. Restoren Ikan Patin Pak Usop & Sate Yunus menjadi ikon di sini
No comments:
Post a Comment