Date : Every 1st & 15th of Month
Time : 8.00 am-7.30 pm
Venue : Pasar Lelong , Taman Wawasan Mersing
Pizza terhangat di Mersing..Rasa ok..Saiz ok..
Selain dari itu terdapat Yati Pizza (pengusaha penghantaran pizza ke rumah) dan pizza Restoren P1 (pengusaha sepasang suami isteri berasal dari Swiss)
Ramai juga kecewa apabila khabar-khabar angin premis baru KFC tiga tingkat berkembar dengan Pizza Hut tidak menjadi kenyataan..(selamat poket..)
Premis baru KFC yang betul2 di tepi jambatan Mersing dengan imej baru yang menyelerakan dan ceria menyebabkan kanak-kanak akan tergoda sebaik sahaja melihatnya..juga sesetengah orang dewasa??
Paperoni Pizza (Large) -rm18
Sausage Pizza + Extra Cheese (L)..rm 18
10 minit licinnn..
5 comments:
Thanks for the info Cikgu..
Next weekend we all datang boleh cuba.
Cikgu biasa tak dengan IskandarInn? Ingat nak cuba stay kat situ lah nanti. Or any suggestion tempat2 lain nak menginap di sana?
Salam Pn Sherry,
Iskandar Inn popular di kalangan pelancong asing. Kawasan teluk iskandar ini berbatu-batu & mempunyai tebing2 tinggi dimana rumah-rumah di bina di situ.Jalan di sepanjangnya juga berliku-liku dan turun naik bukit. Pada waktu malam di sepanjang jalan terdapat restoren popular spt D'Rimba dan Sate Teluk Iskandar. Jika nak ke MRSM ambil jalan ke arah selatan menuju Sekakap. Tiba di hadapan Kem Wataniah tdpt simpang ke Kg Sri Pantai. Masuk simpang dan menuju hujungnya terdapat simpang besar ke jalan JB-Mersing. Ambil kiri untuk ke MRSM.
Hotel popular yang berdekatan bandar ialah Timotel iaitu lokasi di seberang jambatan sahaja. Bilik selesa juga dan makan minum & membeli-belah berhampiran
http://www.timotel.com.my
07-799588
Hotel bandar yg agak bajet ialah D'View. Masih baru.Bersebelahan dgn Cafe Buluh Wangi yg popular dan di hujung Pasaraya Kini
http://www.dview.com.my/D%27view%20hotel.html
07-799 4072
Jika berminat Hotel Sri Malaysia, lokasi di hujung bandar. Bersebelahan hospital dan Taman Pantai Bandar
Di Pantai Air Papan terdapat banyak chalet; juga pantai bersebelahannya Teluk Buih. Cuma jaraknya agak jauh dr MRSM
Sarapan pagi istimewa di Warung Pak Senin berhampiran Galeri Keropok, Tanjung (Kuala Mersing)
Di sepanjang pantai bermula dari Tanjung tu tdpt kedai-kedai jual hasil laut Mersing. Pada malam hari juga tdpt medan makan yg popular Restoren Abang joe bersebelhan Gelanggang Futsal
Cubalah !
As-salam. Adeh terliur tgk pizza tu.. haihhhh mewah betul cheese. Sayur-sayur dia banyak tak cikgu? Haiii nak cubalah.
CIkgu sebut d'rimba teringat masa form 2 dulu pengetua belanja budak2 yang dpt 3.5 ke atas. Sedap sungguh. Sampai sekarang teringat-ingat suasana cantik kat ctu. :)
Apa pun sy syg mersing! :)
Salam Nurul,
Sayur banyak juga.Cuma pizza2 buatan tmpatan ni rasanya spt tak cukup 'Italian'.
Pizza ni sya cuma suka Royal Masala
Wah Nurul ni ex-MRSM Mersing yg cemerlang..skrg makin cantik cuma muzik dia bingit mybbkan warga mrsm & yg bwa anak2 kurang ke situ
Thanks Cikgu atas info yang sangat padat dan berguna.
Masa hantar Syahirah registered hari tu saya and family dah stayed kat Hotel Sri Malaysia, eluk lepas ni nak stay kat Iskandar Inn tu lah pulak..hari tu gi survey, ada org mendulang emas kat depan beach Iskandar Inn tu.
Post a Comment