Lokasi : Espanade Temerloh
Tarikh: 5-6 Februari 2011
Masa : 11.30 mlm- 1.00 pagi
Akhirnya hajat untuk bersantai di gerai sepanjang pejalan kaki Esplanade Temerloh tercapai. Cuaca amat nyaman walaupun kurang berangin. Mungkin disebabkan berhampiran Sungai Pahang
Mi hun sup tulang yang enak (rm 3.50)
Nasi lemak yg ringkas ( rm1.50)
Deretan meja makan yang benar-benar di tebing sungai
Berlatar belakangkan mercu tanda Temerloh . Pantulan cahaya lampu ke permukaan air sungai yang mengalir deras memberikan panaorama yang mengasyikkan. (Sesuai untuk percutian bajet rendah.Nak pergi ke Venice belum mampu lagi..)
Jambatan Sultan Abu Bakar kelihatan merintangi Sg Pahang
Cikgu Surathni, seorang pesara guru menguruskan salah satu gerai di sini. Orangnya peramah dan suka berkongsi pengalaman hidup dan petua
Di bawah tebing, terdapat laluan pejalan kaki yang sebelumnya di tenggelami air banjir 3 hari lepas Walaupun sudah lebih 12.00 tengah malam, Esplanade Temerloh masih menerima kunjungan penduduk yang ingin menikmati keindahan sungai pada waktu malam
Masa untuk pulang..
Pengunjung yang singgah di Bandar Temerloh, rasanya tidak sah sekiranya tak berkunjung ke sini pada waktu malam
No comments:
Post a Comment