Monday, 23 March 2009

Asas Tenaga Dan Fokus


Alam dan manusia merupakan suatu entiti yang saling mempunyai perhubungan di antara satu sama lain. Manusia sebenarnya ialah alam yang besar. Kita melihat semuanya di dalam suatu keseimbangan dari segi pergerakan dan peraturan yang sedemikian rupa itu. Namun kita pasti terfikir bagaimana alam yang terbina dengan planet, bintang, bumi dengan tumbuh-tumbuhan, air, api, tanah, angin dan sebagainya itu dapat mengekalkan keseimbangannya. Sudah pasti ada suatu tenaga yang “berserta” dengan segalanya itu terwujud sama ada kita sedar atau sebaliknya.

Tenaga yang dimaksudkan seharusnya sangat relevan dengan penciptaan alam semesta yang pada hari ini masih ramai pengkaji menemui kebuntuan di dalam mencari jawapan kerana tidak berpandukan kepada paksi agama dan keimanan sebagai teras kejiwaan dan penjana ilham keilmuan dan penemuan. Semua manusia yang sihat akal fikiran cuba mencari kekuatan bagi meneruskan kehidupan dan ketika itu sedarlah mereka bahawa sememangnya ada tenaga atau daya merealisasikan apa yang mereka bayangkan dan usahakan.

Secara umumnya suatu bentuk tenaga perlu diubah supaya ia dapat digunakan pada satu lagi peringkat. Apa juga jenis tenaga tidak boleh digunakan secara terus kecuali harus diubah melalui suatu proses sebelum dapat digunakan. Begitu juga dengan alam dan tubuh manusia. Kita memerlukan tenaga, dan di antara punca tenaga yang mudah didapati ialah pada makanan. Apabila ia masuk ke dalam tubuh, ia harus diubah bentuknya supaya menjadi suatu bahan (dihaluskan) (teori delution) sebelum ia dijadikan tenaga. Pada peringkat akhir, makanan telah berubah menjadi tenaga melalui suatu proses. Dan proses itu berulang-ulang semenjak seorang manusia itu lahir hinggalah saat kematiannya. Begitu juga dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Suatu proses penukaran tenaga pasti berlaku tanpa kelihatan untuk mengekalkan keseimbangannya.

Melihat kepada yang jauh, bagaimana pula planet mengekalkan keseimbangannya? Kita menyedari bahawa semua planet diaturkan untuk menjalani laluan atau pusingannya secara berulang-ulang sejak awal penciptaannya. Adakah kita melihat proses penukaran tenaga berlaku ketika matahari berputar mengelilingi bumi? Kita memahami dan menyedari bahawa ada daya graviti atau daya lain seperti yang pernah dijelaskan oleh para pengkaji sebelum ini. Namun beberapa persoalan yang tidak lagi terjawab ialah bagaimana daya atau tenaga itu diserap dan digunakan oleh planet-planet itu?

PEMUSATAN TENAGA

Tidak perlu melihat yang terlalu jauh, perhatikan kejadian yang dekat di sekeliling kita. Di dalam tubuh juga terdapat sel yang di dalamnya pula wujud nukleus dengan kesamaan keteraturannya pada planet-planet iaitu ion-ion yang berputar tanpa henti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh. Di situ kita melihat adanya suatu pemusatan iaitu pusat bagi tenaga itu kekal dan wujud tanpa dapat dilihat atau dikesan. Tanpa pemusatan atau penumpuan ke arah suatu titik (point) sudah pasti berlaku kepincangan pada elektron-elektron yang berputar di sekeliling proton dan neutron sebagai pusat nukleus. Maka sudah pasti kita dapat melihat bahawa pemusatan itu adalah tenaga yang cukup besar ertinya dalam membincangkan persoalan keseimbangan.

Kita menyedari bahawa di dalam nukleus terdapatnya sifat air yang memenuhi sel nukleus itu. Air sepertimana difahami memiliki sifat-sifat piramid yang dapat menyerap dan membebaskan tenaga. Oleh itu jelas kepada kita bahawa terdapatnya bentuk piramid di dalam satu nukleus iaitu apabila wujudnya air yang menyerap tenaga dan kemudian mengumpulkan tenaga sebagai mengekalkan keseimbangannya.

Tenaga yang diserap oleh air di dalam sel kemudiannya ditumpukan oleh sifat-sifat piramid maka terpancar atau terwujudlah suatu bentuk tenaga spektrum tujuh warna yang lengkap sebagai suatu bentuk keseimbangan paling kecil. Proses ini juga berlaku secara berulang-ulang dan cukup teratur bagi maksud mengekalkan keseimbangannya itu dan ia juga wujud sebagai suatu tenaga yang sentiasa bergetar pada frekuensi asalnya. Oleh itu kita dapat memahami bahawa apabila berlaku kepincangan ketika proses penyerapan tenaga berlaku maka sel akan terganggu dan tubuh juga akan mengalami apa yang kita katakan penyakit.

Perkaitan yang ingin dijelaskan di sini ialah bagaimana CVT menemui rahsia keseimbangan tenaga adalah terhasil daripada sifat-sifat piramid (segi tiga) yang selama ini ia hanya dilihat wujud sebagai suatu struktur yang besar di Mesir, piramid kaca sebagai pemecah spektrum cahaya dan beberapa lagi jenis piramid yang diketahui.

RAHSIA PIRAMID

CVT ingin menjelaskan bahawa semua tenaga adalah terbentuk melalui hukum tenaga piramid. Para pengkaji piramid mengakui bahawa di tengah-tengah piramid wujud suatu pemusatan tenaga yang sangat kuat. Berlaku penyerapan dan penumpuan tenaga yang mencipta keseimbangan di situ. Pusat bagi piramid juga dinamakan nukleus di mana pemusatan tenaga berlaku secara berterusan dan berulang-ulang di dalam frekuensi yang sama. Pemusatan tenaga yang berulang itulah yang mewujudkan tenaga yang tidak kelihatan dalam mana-mana ruang tetapi saling berkesinambungan atau bergetar serentak seterusnya mencapai keseimbangan dan tenaga itu dikenal pasti menghampiri frekuensi sifar yang sukar dikesan kecuali oleh deria yang kuat. Ketika itu wujud tenaga cahaya putih yang resonan dengan otak.

Cahaya putih yang dipancarkan menerusi piramid akan terserak kapada warna spektrum warna menurun meridian atau julat yang tertentu. Pada keadaan asal, warna-warna ini sebenarnya membentuk suatu keseimbangan. Segi tiga sebenarnya adalah lambang keseluruhan warna. Oleh yang demikian jika hilang “piramid” maka hilanglah tenaga keseimbangan. Inilah hukum alam semula jadi yang begitu rapi penciptaannya.

Namun suatu perkara yang pasti ialah faktor-faktor persekitaran piramid yang akan mempengaruhi kesan tenaga dalaman manusia. Piramid sebenarnya mewujudkan penyerapan tenaga persekitaran sebagai pengumpulan di tengah-tengahnya menjadi pemusatan dan penumpuan tenaga. Ia juga akan mengeluarkan tenaga yang berlebihan atau yang tidak diperlukan. Maka inilah yang dinamakan keseimbangan. Ia adalah hasil daripada daya “penumpuan” sebagai rahsia ilmu “penciptaan”.

Bandingkan piramid Giza yang terbina di Mesir. Tiada seorang pun yang dapat mengesahkan atau menemui jawapan sebenar tentang kewujudan piramid. Satu-satunya binaan yang tidak dapat dijelaskan apakah tujuan dan bagaimana ia dibina. Suatu yang jelas dapat dilihat ialah ia diletakkan di suatu kawasan yang tiada tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Batu-batan yang digunakan untuk membinanya juga belum dikenal pasti sumbernya. CVT ingin menjelaskan bahawa kehidupan di sekitar piramid sebenarnya telah ditumpukan ke dalam binaan itu dan tenaga terkumpul di tengah-tengahnya.

Sehingga kini piramid dikekalkan bentuknya tanpa ada perubahan kecuali mungkin hanya 1 atau 2 peratus berbanding struktur keseluruhannya. Dan para pengkaji juga mengakui bahawa piramid asalah rahsia ketuhanan yang masih penuh dengan misteri bukannya milik firaun yang disemadikan di dalamnya.

Selain itu, piramid juga terbina dengan panjang semua sisinya sama dengan sudut-sudut yang sama dan dengan satu puncak daripada 5 puncak kesemuanya. Maka faktor dimensi atau pengukuran juga perlu diambil kira sebagai tujuan pengiraan.

Kita juga boleh mengenal pasti keadaan di mana tenaga penyerapan yang kuat berlaku seperti pada tumbuhan tongkat ali dan beberapa jenis bunga-bungaan di kawasan pergunungan. Ia tumbuh bersendirian dengan tumbuhan lain agak berjauhan. Ini adalah kerana begitu kuatnya tenaga penyerapan oleh tumbuhan tersebut dalam konteks tenaga piramid yang terwujud.

MANUSIA DAN TENAGA PIRAMID

Bagi diri manusia, pusat tenaga yang telah dikenal pasti ialah di perut. Di situ adalah terkandungnya hidrogen (air) sebagai pusat atom terkecil (1). Oleh itu perut juga wujud tenaga piramid apabila semua tenaga warna daripada sumber-sumber makanan dan persekitaran ditukar kepada cahaya dan dikumpulkan atau ditumpukan di bahagian tengah perut. Penyerapan tenaga ini berlaku secara berulang-ulang sehingga mewujudkan segala getaran frekuensi yang sama pada ruang dan waktu yang sama. Di dalam tubuh terbentuk piramid dengan spektrum tujuh warna yang diukur melalui meridian yang berbeza mengikut organ dan tingkatannya. Oleh itu, akan terdapat kesan wap air (ringan) pada pusat tenaga sebagai suatu punca kepada tenaga yang berkuasa. Pengumpulan tenaga ini seharusnya berlaku pada dua keadaan iaitu ketika tidur atau sedar. Ketika tidur selepas mengambil makanan pada waktu tengah hari, penumpuan sebenarnya berlaku iaitu di perut apabila wujudnya segi tiga piramid ini. Pengumpulan tenaga berlaku sebagai suatu bentuk proses mencari semula tenaga atau piramid yang hilang dan kemudian mewujudkan semula spektrum tujuh warna yang lengkap di dalam tubuh. Pada waktu tengah hari, warna kuning amat memainkan peranan dalam keseimbangan tubuh untuk pergerakan fizikal. Pada ketika itu tenaga warna kuning dihasilkan melalui pemusatan tenaga di dalam perut dan ini amat berfungsi untuk merawat penyakit-penyakit berkaitan warna kuning seperti jaundis, hati dan sebagainya.

Gangguan keseimbangan di bahagian pusat tenaga akan mencipta psikologi kekeliruan kerana penumpuan yang telah terjejas. Spektrum warna yang terbentuk tidak seperti pada keadaan asal atau ketepatannya. Akibatnya beberapa keputusan di luar jangkaan juga terhasil seperti kedengkian, kebencian dan sebagainya. Inilah sebabnya kita begitu menyedari bahawa kesan-kesan psikologi yang terbit daripada pematuhan sunnah rasulullah SAW tidak lagi dapat dinafikan kebenarannya. Kita sebenarnya mencari dan menggunakan tenaga daripada Al-Quran dan Sunnah.

Ketika tidur sebelum tengah malam pula, pemusatan juga berlaku apabila kegelapan di alam persekitaran mewujudkan tenaga piramid di dalam perut yang kemudiannya diproses menjadi suatu tenaga yang akan digunakan oleh bahagian otak. Oleh kerana tidur di waktu ini adalah tidur kerohanian, maka tenaga piramid yang terwujud adalah untuk kerohanian manusia. Kegelapan di persekitaran akan mewujudkan tenaga yang amat diperlukan oleh kerohanian sebagai pembentuk imej dalaman yang bercahaya dan kekal yang terhasil daripada penumpuan yang tepat. Tidur yang sebegini sebenarnya berlaku suatu keadaan di mana otak akan sentiasa bekerja iaitu berimaginasi. Keadaan dengan frekuensi yang sangat rendah juga dapat dikesan ketika ini dan seterusnya mencipta perlindungan diri daripada gangguan tenaga gelombang jarak jauh yang agresif dan merosakkan sistem tubuh. Oleh itu berimaginasilah kepada suatu kebaikan dan ulangi berkali-kali berserta dengan penumpuan sehingga kita tertidur. Sebagai meningkatkan keupayaan, ambillah madu sebelum tidur kerana ia mencetuskan metabolisme bukannya pencernaan supaya otak akan bekerja dengan berimaginasi.

Daripada penjelas di atas, kita dapat melihat apabila tidur, piramid tenaga terbentuk di dalam tubuh manakala ketika sedar tenaga piramid seharusnya berada di luar tubuh yang pemusatannya tetap di perut. Penumpuan atau fokus kepada sesuatu yang dibayangkan (imaginasi) akan wujudkan tenaga piramid di luar tubuh. Adakah kita melihat sebenarnya apabila di dalam piramid tiadanya istilah tidur itu? Kerana tenaga piramid wujud hanya di dalam keadaan sedar atau hidup sahaja. Tiada tenaga piramid wujud hanya di dalam keadaan sedar atau hidup sahaja. Tiada tenaga piramid apabila tubuh telah mati. Namun suatu perkara yang pasti apabila manusia mempunyai daya tumpuan atau fokus dan dikekalkan secara berulang kali dengan tenaga pemusatan maka akhirnya menjadi kenyataan.

Penumpuan pada suatu ketika haruslah kepada satu tujuan kerana pemusatan mestilah berdasarkan kepada satu titik sahaja. Dan pemusatan di bahagian pusat tenaga juga akan menghasilkan wap-wap air yang begitu berkuasa tenaganya sebagai rahsia penciptaan. Tenaga piramid sebenarnya mencipta sesuatu yang dinamakan hakikat menjadi makrifat. Kita memahami rahsia piramid apabila terdapatnya tenaga daripada pemusatan yang menghasilkan wap-wap air yang digunakan oleh firaun untuk menyimpan mayatnya supaya tidak reput namun inilah sebagai satu tanda untuk mereka yang berfikir. CVT menemui rahsia ini dan lihat bagaimana pati bunga aromaterapi diletakkan di dalam kotak piramid sebagai mengekalkan keseimbangan kandungannya kerana ia juga mempunyai nukleus yang harus dielakkan daripada pengaruh luar.

Oleh yang demikian manusia sepatutnya mempengaruhi atau menguasai persekitaran atau luarannya sebagai keseimbangan dirinya. Ketika ini terwujudlah piramid yang mengawal keadaan sekelilingnya, bukan persekitaran yang mengawal manusia. Rahsia penciptaan piramid adalah rahsia penciptaan semula jadi yang sebenarnya wujud dalam setiap diri manusia. Ia adalah rahsia tenaga yang tiada awal permulaan dan tiada pula kesudahannya. Suatu tenaga yang berlaku berulang-ulang dengan ukuran, warna, cahaya dan bunyi yang sekata di dalam ruang dan masa yang sama. Maka masa juga adalah suatu rahsia penumpuan dengan tenaga piramid. Sebagai suatu usaha untuk mendapatkan tenaga piramid apabila berlaku pencemaran atau hilang keseimbangan, maka sembahyang dengan pergerakan dan ketetapan pengulangan mengikut masa yang ditetapkan adalah paling tepat. Berlakulah penumpuan pada sesuatu yang selari dengan “kesedaran” yang dikehendaki atau dihajati melalui isyarat niat.

Waktu tengah malam adalah penting sebagai penumpuan di dalam piramid. Pada waktu itu warna yang menguasai alam ialah warna putih yang akan mewujudkan sesuatu yang diniatkan. Selain itu mandi ais atau hidroterapi ais juga akan mengembalikan tenaga piramid yang diperlukan oleh tubuh sebagai rahsia keharmonian dan keseimbangan.

FAKTA MENGENAI PIRAMID

Bentuk piramid boleh digunakan sebagai perawatan. Saiz atau dimensinya mestilah tepat bagi mewujudkan tenaga di tengah-tengahnya dan mempunyai graviti. Duduk di bahagian dalam piramid untuk keperluan tenaga yang tinggi atau berdiri untuk keperluan yang sedikit. Bahan-bahan untuk membina piramid juga perlu diambil kira. Bahan seperti emas dikesan mempengaruhi bahagian jantung. Bahan berunsur Kristal seperti intan adalah terbaik namun nilainya sangat tinggi dan ianya mempengaruhi keseluruhan sistem tubuh. Bahan lain seperti platinum – merangsang sistem imun manakala perak – sebagai perawatan atau peningkatan tenaga bahagian tulang.

Jika menggunakan piramid sebagai bahan perawatan, pastikan kita tidak tertidur di dalamnya kerana ia akan mencetuskan perasaan kekeliruan akibat sistem di pusat tenaga (perut) yang terganggu apabila tiada pemusatan.

Saiz piramid akan mempengaruhi keadaan. Semakin besar piramid, semakin kuat pengaruhnya dengan frekuensi dan julat yang sama di dalam ruang dan masa yang sama.

Pemakanan dan tidur pada masa yang tepat dan ruang yang betul akan mencipta tenaga piramid yang mewujudkan kuasa dan tenaga. Mandi dengan air yang bersih juga mencipta tenaga piramid. Ion-ion positif yang berlebihan pada tubuh akan dileraikan. Maka tubuh akan terlindung dari gangguan gelombang buruk dan radikal bebas.

UNSUR SEGITIGA DI DALAM ILMU KEJURUTERAAN TERKINI

Di dalam ilmu kejuruteraan sivil, mekanikal dan elektrik pada masa ini, unsur segi tiga amat meluas diaplikasikan terutama sekali di dalam menganalisis kekuatan daya sesuatu bahan dan kekuatan medan elektro magnetik pada satu-satu medium. Kaedah menganalisis yang menggunakan gabungan unsur-unsur segi tiga ini dikenali sebagai ‘Finite Element Method (FEM)’ atau ‘Kaedah Elemen Terhingga’. Sebelum menggunakan kaedah FEM, para jurutera menggunakan kaedah ‘Finite Difference’ atau ‘Perbezaan Terhingga’ (Perbedaan Terhingga) dalam melakukan sesuatu analisa; kaedah ini menggunakan unsur segi empat sebagai elemennya.

FEM organ Jantung


Gambar di atas ialah FEM organ Jantung. Sila klik gambar untuk dibesarkan.

Namun, kaedah segi empat mempunyai banyak kelemahannya iaitu ia tidak mampu mencakupi lebih ruang untuk dianalisis hingga menyebabkan keputusan analisis menjadi tidak begitu tepat. Dengan menggunakan kaedah segi tiga, terdapat lebih banyak ruang yang mampu dicakupi untuk dianalisis dalam satu-satu medium menyebabkan keputusan bertambah tepat dan jitu. Terdapat banyak perisian pada masa kini yang menggunakan unsur segi tiga dalam analisis kejuruteraan yang digunakan di kebanyakan universiti-universiti dan di pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dunia seperti ‘Cosmos’ dan ‘Maltab’. Rajah di bawah ini adalah contoh aplikasi Kaedah Elemen Terhingga yang digunakan dalam menganalisis pemindahan haba pada bilah turbin sebuah kapal terbang.

LAMBANG KEKUATAN "3" MELALUI AL-QURAN

Di dalam kalimah:

بسم الله الر حمن الر حيم

terdapat lafaz ‘ilah’ yang di dalam bahasa Arab bermaksud Tuhan. Di dalam nilai geometri huruf-huruf Arab, jika nilai-nilai huruf ‘alif’, ‘lam’ dan ‘ha’ dicampurkan, ia akan memberi jumlah ‘63’; jika dikurangkan nilai ini kepada satu angka, ia akan memberikan jawapan ‘99’ di mana nombor ‘9’ membawa makna lambang kekuatan.

Jika keseluruhan kalimah itu dijumlahkan nilainya, ia akan memberikan nilai ‘66’ dan ini juga akan memberikan jawapan ‘3’. Nilai ‘3’ juga adalah rahsia surah Al-Ikhlas apabila keseluruhan nilai bagi semua huruf surah tersebut dijumlahkan dan apabila surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 3 kali ,ini akan membawa kepada jumlah nilai ‘9’ apabila dijumlahkan nilai bacaan tersebut. Dalam masa yang sama, 3 malaikat akan menjaga atau memelihara sesiapa sahaja yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak satu kali. Telah dinyatakan di dalam sebuah hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali akan menyamai pahala membaca keseluruhan Al-Quran; ini menunjukkan bahawa nombor sembilan juga boleh disembulkan sebagai rahsia Al-Quran.

PIRAMID DAN DAYA PENYEMBUHAN

Jika seseorang duduk di dalam piramid dalam keadaan fokus ingin menyembuhkan sesuatu penyakitnya, ia akan dapat menyembuhkan penyakitnya dengan syarat ia mesti berada di dalam masa dan ruang yang tepat. Jika ia berada di dalam piramid pada waktu tengah hari , ia akan mendapat cahaya berwarna kuning dan boleh menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan kekuatan tenaga yang melibatkan organ seperti hati, hempedu, pankreas dan perut. Jika ia berada dalam piramid pada waktu pagi,ia akan mendapat cahaya hijau untuk menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan sistem jantung dan pernafasannya.

PIRAMID DAN SPEKTRUM WARNA

Piramid adalah satu entiti yang mempunyai tujuh spektrum warna cahaya asas pelangi. Ketujuh-tujuh spektrum warna pelangi ini akan bertukar kepada warna putih apabila digabungkan. Daripada cahaya putih ini pula, ketujuh-tujuh cahaya warna pelangi mampu dipecahkan oleh sebuah piramid. Oleh kerana piramid menyimpan ketujuh-tujuh spektrum warna pelangi ini, maka piramid itu sendiri adalah seumpama cahaya putih. Dengan kata lain, cahaya warna putih itu sendiri adalah rahsia piramid. Untuk gambar dan keterangan lanjut, sila rujuk kategori Anatomi dalam blog ini
PIRAMID DENGAN ALAM DAN MANUSIA

Telah diketahui bahawa alam ini adalah manusia dan sebaliknya manusia itu sendiri adalah alam ini. Oleh kerana dalam diri manusia itu sendiri tersimpannya ketujuh-tujuh spektrum cahaya warna pelangi, maka manusia ini adalah sebuah piramid. Oleh kerana itu alam ini juga adalah sebuah piramid kerana alam ini pada hakikatnya adalah manusia itu sendiri. Jika ketujuh-tujuh spektrum warna pelangi dapat dilihat di setiap organ dalam diri manusia maka ketujuh-tujuh spektrum cahaya pelangi juga dapat dilihat pada pelangi itu sendiri yang wujud di ala mini.

Oleh kerana bumi dipenuhi oleh air di dalam dan di luarnya, maka piramid juga mengandungi titisan-titisan air di tengah-tengahnya (nukleus) dan di persekitarannya. Wap-wap di dalam dan di persekitaran piramid adalah terlalu halus sehingga tidak dapat dirasai oleh pancaindera kasar.

LAMBANG NABI SULAIMAN

Sejarah yang tersimpan memberitahu bahawa Nabi Sulaiman memegang rahsia segi enam yang tersusun daripada bentuk segi tiga. Ia dinamakan sebagai “Bintang Enam”

  1. Rahsia Yin Yang
  2. Rahsia positif dan negatif
  3. Rahsia kekuatan dan kelemahan
  4. Rahsia pelengkap dan sempurna
  5. Rahsia langit dan bumi
  6. Kutub Utara dan Kutub Selatan
Malangnya lambang nabi sulaiman ini telah disalahguna bagi tujuan penguasaan dunia mencari keduniaan semata-mata. Ini kerana segi enam adalah pandangan (atau kedudukan) luaran dari sudut satu dimensi dan tidak seimbang antara dunia dengan akhirat. Tajuk ini akan dibincangkan secara lebih mendalam dalam post yang akan datang bertajuk Struktur Piramid, insya Allah.

PIRAMID DENGAN MERAK DAN CENDERAWASIH

Merak dan cenderawasih (phoenix) mempunyai tujuh spektrum warna cahaya pelangi. Tujuh spektrum warna pelangi melambangkan cahaya piramid. Ini bermakna burung merak dan cenderawasih mempunyai daya kekuatan piramid. Bezanya, burung merak adalah simbol kekuatan piramid di bumi memandangkan ia tidak boleh terbang ke udara manakala cenderawasih pula adalah simbol daya kekuatan piramid di udara atau langit dan angkasa memandangkan ia tidak pernah dan tidak akan menjejakkan kakinya di bumi.

PIRAMID DAN FOKUS

Apabila anda sedang memfokuskan sesuatu perkara dalam minda, ini bermakna anda sedang membina satu piramid maya (virtual piramid) dalam diri anda. Sifat piramid ialah menarik segala tenaga yang di persekitarannya. Begitu jugalah yang berlaku apabila anda sedang memfokuskan sesuatu perkara, anda akan menarik segala tenaga yang berkaitan dengan fokus tersebut ke arah diri anda. Apabila anda menarik sesuatu tenaga ke arah diri anda, bermakna anda juga menarik jisim yang berkaitan dengan tenaga tadi ke arah anda. Ini adalah kerana tenaga tadi adalah jisim itu sendiri.

Oleh kerana tenaga itu bergerak ke arah anda, ini bermakna jisim tersebut sebenarnya sedang bergerak menuju ke arah anda; bukan anda yang bergerak menuju ke arah jisim itu. Sebagaimana halnya dengan piramid tadi, tenaga di sekelilingnya yang bergerak menuju ke arah piramid; bukan piramid yang bergerak ke arah tenaga di sekelilingnya. Ini juga bererti bahawa pada hakikatnya anda yang menunggu jisim yang terfokus itu datang kepada anda, bukan anda yang mengejar atau mencari jisim itu seperti mencari barang yang hilang!

Supaya jisim tersebut bergerak menuju ke arah anda, maka anda perlu lakukan tindakan yang boleh menyebabkan jisim itu datang kepada anda. Setelah melakukan tindakan itu, anda hanya perlu menunggu sehingga jisim itu sampai ke anda – tidak perlu mengharap kerana jisim itu pasti akan sampai kepada anda selagi anda masih memfokuskannya.

Oleh kerana anda tidak mengharap, maka anda tidak perlu terburu-buru atau saling bersaingan dengan sesiapa pun untuk mendapatkan jisim tersebut. Fokus hendaklah dilakukan secara berterusan dan konsisten sehingga mencapai amplitud (anda memperoleh jisim itu). Jika berlaku pada suatu masa anda rasakan seolah-olah jisim itu seperti akan sampai kepada anda tetapi terdapat banyak perkara yang menghalang , maka bersabarlah; ini kerana jisim itu datang bukan pada masa dan ruang yang tepat; maka ia belum amplitud lagi, bermakna ia masih belum menjadi hak milik anda lagi. Atasilah rintangan itu dengan sabar dan redha (frekuensi rendah) dan teruskan fokus sehingga jisim itu sampai kepada anda.

Ingat! Anda menunggu masa – bukan jisim. Jika anda menunggu jisim, maka jisim itu akan ‘mempermainkan’ anda; ia akan menjelma di hadapan anda kemudian lenyap semula; boleh jadi ia hanya akan berlegar-legar di sekeliling anda tetapi ia tidak akan mendatangi anda. Jika anda menunggu masa, ketahuilah ia akan tetap datang kerana fitrah masa memang sentiasa berdetik; lama-kelamaan ia pasti akan mendatangi anda!

MENGUASAI MASA ATAU DIKUASAI MASA

Jika seseorang itu menunggu sesuatu perkara dengan keadaan yang penuh gelisah dan mengharap, ini bermakna kita sedang dikuasai masa; segala memori akan dirakam dalam keadaan terbeban maka otot akan ,menjadi lemah, kulit akan mengendur – cepat tua. Jika seseorang ‘mengejar’ sesuatu impian, ia juga dikuasai masa dan masa yang tepat (tidak amplitud).

JISIM ABSTRAK DAN MASA

Jisim yang abstrak pada hakikatnya telah terkeluar atau tidak terikat dengan domain masa lagi. Apabila sesuatu jisim menjadi abstrak, maka masanya sudah tidak dapat ditakrifkan lagi. Jika jisim yang abstrak itu ingin dikuasai atau dimanipulasikan, ia perlu ditarik ke domain masa supaya ia wujud dalam bentuk pejal (solid). Untuk menarik jisim abstrak ke domain masa, perbezaan tekanan perlu diwujudkan di antara ruang jisim abstrak tadi dengan ruang di sekelilingnya. Sesuatu jisim boleh wujud dalam bentuk abstrak apabila ia berada di dalam ruang yang bertekanan rendah. Bila tekanan tinggi dikenakan di sekeliling ruang bertekanan rendah tadi maka fenomena mekanik bendalir akan berlaku; jisim abstrak tersebut akan ‘mengalir’ keluar atau masuk ke dalam ruang bertekanan tinggi dengan perubahan bentuk daripada abstrak kepada pejal. Fenomena inilah yang berlaku dalam proses mandi ais pada pesakit yang terkena santau atau memakai susuk.

RAHSIA SEGI TIGA

Salah satu bentuk yang biasa kelihatan ialah bentuk segi tiga. Sebenarnya ia bukan sekadar itu, malah mempunyai rahsia yang tersendiri. Segi tiga adalah rahsia bentuk dan tenaga. Semua unsur alam memiliki bentuk ini sama ada dalam bentuk itu sendiri atau tenaganya sahaja.

Rahsia segi tiga juga terkandung di dalam kekuatan angka 3, maknanya perbuatan , amalan, pemikiran dan sebagainya perlu dikaitkan dengan kekuatan angka 3. Pengaruh nombor 3 cukup meluas dan mendalam bagi mereka yang mengetahuinya.

RAHSIA PIRAMID

  1. Piramid adalah rahsia bentuk segi tiga yang mempunyai pemusatan di tengah-tengahnya.
  2. Di bahagian tengah piramid terdapat kesan wap-wap air sebagai tanda kepada tenaga hidrogen dengan atom 1.
  3. Piramid adalah rahsia nukleus sebagai pusat bagi tenaga. Susunan nukleus di dalam sel sebenarnya berbentuk piramid.
  4. Piramid adalah rahsia alam semula jadi yang wujud pada diri manusia.
  5. Piramid adalah rahsia tiada permulaan dan tiada kesudahan (penghujung).
  6. Tenaga di dalam piramid adalah suatu bentuk tenaga yang berulang-ulang dengan rahsia halaju bunyi di dalam ruang dan masa yang sama.

No comments:

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan