Inilah berita pada muka dua sebuah akhbar popular tanah air mengenai ancaman keruntuhan cerun masjid jamek Mersing. Jika dilihat dari foto tidak ternampak kedudukan sekolah agama Johor di bawahnya.
Di bawah ini adalah foto-foto kedudukan sebenar sekolah agama tersebut. Bangunan tiga tingkat yang mengandungi bilik guru di bawahnya dan kelas-kelas pengajian benar-benar bersebelahan kaki cerun yang sangat tinggi dan curam tersebut. Jarak cerun tersebut dalam 3 m sahaja dari bangunan sekolah. Runtuhan tebing tersebut amat serius kerana semua pokok dan rumput yang meliputinya telah gondol dan terkumpul di bawah. Dikatakan Majis Daerah kelihatan membersihkan sisa-sisa kayu tersebut sebaik berita tersiar. Bahagian diding yang terdedah telah ditutup dengan plastik. Tembok yang mengelilingi masjid sangat hampir dengan lereng yang terhakis. Jika berlaku sedikit pergerakan tanah dikhuatiri tembok2 tersebut akan jatuh menimpa bangunan sekolah. Itu belum dikira berlaku runtuhan tanah secara besar-besaran. Bangunan sekolah di bawahnya boleh tertimbus dalam masa yang pantas dan mungin meragut nyawa ramai murid-murid.Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan drastik dengan melantik konsultan yang berpengalaman dan bertauliah untuk menangani masalah cerun bukit tersebut.Tindakan sambil lewa atau sementara tidak mencukupi untuk menghindar ancaman cerun bahaya tersebut.
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment