Sunday 15 March 2009

Hukum Keseimbangan

By Dr. Ariffaizal (cvt)

Sabtu, 2009 Mac 14

Ilustrasi Hukum Keseimbangan

Alam yang dijadikan bermula daripada satu titik berkembang menjadi berdua-dua dalam dimensi yang tidak terhitung jumlahnya. Garis perkembangan ini bertemu dalam dimensi yang berlainan sehingga menjadi satu struktur yang amat kukuh dan tidak akan goyah.

Alam Nyata

Perkembangan alam secara berdua-dua telah mewujudkan satu keseimbangan walaupun dalam satu dimensi. Ia boleh digambarkan seperti dalam rajah di bawah.

Perkembangan secara berdua-dua

Segi tiga terbentuk daripada perkembangan

Penciptaan alam dalam bentuk banyak dimensi mewujudkan tapak yang berbentuk bulat.

Bagaimana ia menjadi bulat adalah seperti berikut. Tapak struktur segi tiga di atas adalah bergaris lurus dari pandangan bawah.

Pandangan dari bawah segi tiga



Gabungan dengan dua dimensi pada satu paksi menjadikan persilangan seperti berikut

Dimensi kedua



Akhirnya jumlah dimensi yang tidak terhitung mewujudkan satu bentuk yang membulat. Susunan dimensi pertama dan dimensi seterusnya adalah mengikut arah lawan jam. Oleh itu, alam ini kejadiannya adalah mengikut arah lawan jam. Konsep pergerakan mengikut arah lawan jam ialah konsep yang membina. Alam akan terus berkembang melalui pergerakan arah lawan jam.



Tapak yang membulat ini tetap mempunyai puncak yang satu. Oleh itu, gambaran kepada keseluruhan keseimbangan alam ini dapat digambarkan kepada bentuk kon seperti di bawah:-



Alam Ilusi

Bagaimana pula keadaannya dengan alam ilusi? Maha Pencipta telah menjadikan manusia dengan akal fikiran. Melalui akal fikiran ini, maka satu ruang masa telah terbentuk. Ruang ini telah dikurniakan kepada manusia untuk diisi dengan imaginasi yang tidak terbatas. Berdasarkan hukum keseimbangan dan perkembangan alam secara pecahan berdua-dua, maka ruang alam ilusi ini terbentuk di alam nyata dalam bentuk yang tetap.

Alam ilusi ini mempunyai empat dimensi sahaja. Keempat-empat dimensi ini bergabung dalam satu titik.



Empat paksi bermaksud empat personaliti Keempat-empat personaliti ini bergabung pada garisan paksi. Asas manusia hanya mempunyai dua personaliti iaitu personaliti luaran iaitu yang paling dominan dan menentukan warna aura pelindung. Personaliti dalaman pula ialah personaliti yang kira-kira 20% pengaruhnya terhadap tindakan seseorang manusia. Lagi dua personaliti ialah personaliti nyata iaitu ia tidak terdapat pada ciri tubuh seseorang.



Gabungan dua personaliti atau dimensi ini akan membentuk tapak segi empat sama.



Akhirnya sebuah piramid terbentuk hasil gabungan dua personaliti pada satu paksi.



Kejadian Alam Ada kadar Ketepatan

Struktur sebenar piramid mempunyai kadar sukatan yang paling tepat. Alam ilusi ini diciptakan dengan mempunyai kadar sukatan yang tepat dan telah ditetapkan. Ketepatan kadar sukatan ini diukur daripada segi tiga sama di bawah.



Rajah di bawah menunjukkan revolusi piramid yang digunakan dalam Colour Vibration Therapy setelah pembentangan kertas kerja Hukum Keseimbangan oleh Dr. Ariffaizal kepada Prof. Dr. Sir. Norhisham Wahab bersempena dengan World Convention CVT pada tahun 2004. Piramid lama menyukat segi tiga sama pada dinding piramid. Tetapi sukatan sebenar piramid ialah segi tiga sama yang disukat di bahagian rentas paksi.

CVT menukar ratio piramid kepada bentuk baru



Piramid yang berbentuk segi tiga sama di bahagian sisi (kelihatan rendah dan gemuk) mempunyai sifat menyerap tenaga manakala yang betul sukatan mengikut paksi (kelihatan meninggi dan kurus) mempunyai sifat menyebarkan tenaga. Contoh piramid Giza di Mesir (segi tiga sisi sama di dinding) menyerap tenaga di persekitaran untuk dipusatkan ke dalam piramid sehingga menghilangkan kelembapan dan kesuburan kawasan sekeliling. Manakala piramid Maya di Amerika Selatan (segi tiga sisi sama di paksi) dilitupi dan ditenggelami oleh hutan tebal. Namun begitu, kedua dua jenis piramid ini mempunyai peranan dan fungsi masing-masing.

Piramid Maya Maxico dan Giza Mesir



Personaliti luaran dan dalaman adalah sifat yang pada kemampuan tubuh sebenar. Maksudnya tubuh setiap manusia dijadikan hanya mempunyai kekuatan untuk menjalankan fungsi personaliti tertentu iaitu 80%luaran dan 20% dalaman. Tetapi hakikat sebenarnya manusia tetap tidak terlepas daripada memiliki keempat-empat personaliti. Keempat-empat personaliti tersebut ialah dua personaliti ilusi (iaitu terdiri daripada personaliti luaran dan dalaman) dan dua personaliti nyata (iaitu personaliti yang tidak terdapat pada ciri tubuh). Kenyataan ini adalah setiap tindakan manusia dalam melakukan sesuatu aktiviti atau pemikiran atau tindakan akan melalui keempat-empat proses personaliti ini. Personaliti ilusi ialah ‘jisim’ dan personaliti nyata ialah ‘masa’. Oleh itu, manusia yang lengkap masa dan jisimnya terdiri daripada dua piramid.



Manusia terbentuk daripada pecahan satu titik secara berdua-dua sehingga membentuk piramid yang seimbang. Manusia mewujudkan alam ilusi. Oleh itu, manusia adalah alam ilusi. Alam ilusi ini adalah piramid. Dalam ilmu CVT, kita telah mempelajari mengenai piramid dan perkembangan manusia secara lebih terperinci. Oleh itu, tidak perlulah penulis ceritakan lebih lanjut mengenai piramid di sini. Penulis cuma akan menceritakan secara praktikal mengenai piramid serta perkara yang berkaitan dengan proses Hukum Keseimbangan.


Di manakah kedudukan alam ilusi? Alam ilusi terletak di tengah-tengah alam nyata seperti rajah di bawah. Puncak piramid alam ilusi setentang dengan garis titik tengah kon. Piramid alam ilusi bermula daripada satu titik ruang yang diciptakan untuk berkembang menjadi piramid.



Daripada gambar rajah di atas, garisan tapak yang terbentuk ialah sebuah bulatan yang di dalamnya terdapat dua segi empat sama yang bersilang. Gambar rajah di bawah menunjukkan rajah tersebut.



Hukum Keseimbangan menjelaskan rahsia piramid

Hukum Keseimbangan menjelaskan rahsia piramid dengan jelas. Kajian mengenai piramid sehingga ke hari ini belum dapat menghurai rahsia piramid dengan sebenar walaupun konsep yang diperoleh sama seperti yang ditemui melalui kajian Hukum Keseimbangan. Hukum Keseimbangan menceritakan rahsia piramid sehingga amat mudah difahami. Kajian lain yang bukan melalui Hukum Keseimbangan yang menemui rahsia piramid sekarang kemungkinan ditemui daripada instinct atau metode kristal dan Applied Kinesiology.

Kajian lain telah menjumpai konsep, tetapi tidak menghuraikan persoalan “Mengapa ia jadi begitu?”. Penemuan konsep piramid daripada Hukum Keseimbangan berjaya difahami oleh semua konsep Rawatan Alternatif.

Sekiranya penemuan ini merupakan sesuatu yang baru, maka penulis mengistiharkan bahawa rahsia dan penemuan ini adalah kepunyaan Fakulti of Universal Science of Colours.

Ilustrasi Menyeluruh Hukum Keseimbangan

Semua rajah dan struktur adalah satu ilusi manusia yang amat kuat dibayangkan di minda. Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai Hukum Keseimbangan, adalah lebih baik ia diterangkan secara bentuk ilustrasi.

Kita sedia maklum, Colour Vibration Therapy telah menyusun lakaran rajah alam ilusi yang menyeimbangkan antara panas sejuk, basah kering, serta personaliti spiritual, emosi, mental dan fizikal. Sekiranya manusia mempunyai tujuh spektrum warna, maka manusia mesti memiliki semua unsur seperti yang telah disebut semuanya di atas.

Berikut ialah rajah Hukum Keseimbangan yang disusun oleh Prof. Dr. Sir. Norhisham Wahab;



Oleh itu, jelas kepada kita bahawa setiap yang berada di alam ilusi ini adalah dalam bentuk berpasang-pasangan dan telah diterima oleh umum.

Daripada penemuan Prof. Dr. Sir. Norhisham Wahab, rajah di atas telah diuraikan rahsianya. Didapati ia adalah tapak bagi gambaran sebenar daripada rajah berdimensi di bawah;



Rawatan Masa

Tenaga di alam ini sentiasa bergerak. Pergerakan tenaga ini adalah berpusing mengikut arah lawan jam. Sesuatu yang berpusing mengikut selain daripada arah lawan jam adalah bersifat mengurai dan tidak bertenaga.

Manusia pada asalnya diciptakan dengan kejadian yang sempurna, sebaik-baik kejadian dan seimbang. Tetapi lama-kelamaan kesihatan manusia terjejas akibat keseimbangan ini menumpukan kepada pemikiran negatif (akibat daripada keruntuhan akhlak – meliputi niat, nafsu, fahaman atau perbuatan). Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk keterangan lanjut.



Daripada punca penyakit tersebut, maka ia menjadikan piramid tidak lengkap. Disebabkan manusia mempunyai pelbagai dimensi personaliti (spiritual, emosi, mental dan fizikal), maka ia mempunyai kebocoran masa yang berbeza. Keunikan ini menjadikan satu segi tiga boleh mengisi kebocoran segi tiga yang lain. Malah ia saling mengisi kekosongan antara satu sama lain.

Contoh di bawah menunjukkan segi tiga dalam piramid yang tidak sempurna.



Segi tiga personaliti di atas ialah daripada sebuah piramid yang telah dikeluarkan dan disusun seperti kedudukan gambar rajah di bawah.





Setiap personaliti mempunyai tempat bocor yang berlainan. Untuk mengisi semula kebocoran yang hilang, piramid perlu dipusingkan arah lawan jam. Maka kebocoran dapat ditampung oleh personaliti yang lain. Jika setiap personaliti ada kebocoran, setiap satu saling menampung antara satu sama lain. Biasanya keempat-empat personaliti tidak akan bocor di tempat yang sama.

Sewaktu piramid berpusing arah lawan jam, waktu itu semua ruang masa akan terisi dengan sangat sempurna. Semua jisim telah mengisi ruang dengan sama rata dan sungguh seimbang. Alam ilusi sudah tertukar menjadi nyata. Alam nyata dapat menguasai masa.

Apabila masa telah dikuasai maka tubuh dapat kembali ke masa lampau. Masa lampau ialah masa ketika segi tiga berada dalam keadaan sebelum bocor. Sel yang dimakan usia akan kembali muda dan segar. Malah ia akan terpelihara atau awet di dalamnya.



Keluar Daripada Tujuh Spektrum Warna

Dalam alam ilusi, hanya piramid sahaja yang mempunyai tujuh spektrum warna. Alam nyata mempunyai semua gelombang bermula daripada 0 Heartz atau Point Zero. Piramid ialah gambaran kepada manusia. Kita perlu menguasai semua gelombang walaupun pada asalnya kita hanya menguasai tujuh spektrum warna. Keseimbangan memberi kita tahap kesihatan yang baik dan dapat menguasai masa. Keupayaan menguasai masa akan menjadikan kita sangat beruntung dalam segala-galanya. Gambar rajah di bawah menunjukkan kedudukan gelombang spektrum warna dalam alam yang disusun oleh ahli sains secara logik. (Gambar rajah di bawah bukan pada skala yang sebenar).



Untuk menguasai kesemua gelombang, kita perlu keluar daripada tujuh spektrum warna. Kajian terhadap proses dan kejadian alam daripada perspektif Hukum Keseimbangan telah menjumpai konsep keluar daripada tujuh spektrum warna. Ia adalah salah satu kaedah terapi piramid (daripada puluhan kaedah terapi piramid yang lain).

Caranya ialah dengan menggunakan model piramid yang betul skala dan ratio (nisbah Fibonacci) (Teori Fibonacci akan dibincangkan dalam post yang akan datang, insya Allah).

  1. Model piramid ini diletakkan di atas kepala
  2. Kemudian dipusingkan mengikut arah lawan jam.
  3. Pusingkan beberapa kali atau sebaik-baiknya sembilan kali.
  4. Setelah beberapa minit, pesakit akan merasa tenang, fokus dan mendapat keheningan, insya Allah.
  5. Rawatan jenis ini biasanya dapat dilihat daripada pesakit yang mengalami masalah gangguan mental, kerasukan, hilang ingatan atau masalah-masalah organ pada tahap spiritual. Keheningan yang dialami pesakit ialah keadaan pesakit telah kembali kepada masa lampau iaitu masa ketika sebelum pesakit sakit.


Perkara yang amat menarik ialah bukan sahaja kesihatan (dalam bentuk masa) akan kembali kepada asal, malah ingatan, emosi dan semangat juga. Selain itu, jisim juga boleh kembali kepada zaman lampau jika piramid dibuat dengan sukatan yang tepat, bahan yang tepat dan berpusing pada kadar yang konstant dan konsisten dengan laju sehingga menjadi resonan. Sewaktu piramid dipusingkan pada tempoh masa yang tetap dan tepat, fokus dan niat dengan positif (sebenarnya ia rahsia berdoa dengan khusyuk) atau sebaiknya berdoa untuk pulih.

Semoga anda berbahagia, dan dirahmati Allah.

No comments:

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan