Sempena Maulidul Rasul pelbagai majlis dianjurkan untuk menyambut kesyukuran kelahiran
Insan Paling Mulia yang pernah dilahirkan iaitu Nabi Muhammaad SAW.
Maka dianjurkan program utama iaitu selawat kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhya Allah dan para malaikat sendiri bersalawat kepada banginda. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah
pernyataan secara lisan cinta dan menghargai diri dan perjuangan suci baginda Rahamatul Alamin.
Walaupun begitu, pernyataan cinta secara lisan
bukanlah bukti kukuh kecintaan sebenar kepada baginda. Jika kita cinta kepada seseorang adakah semata 'ayat-ayat cinta' sudah memadai. Antara
bukti sebenar Cinta kepada Nabi Muhammad SAW yang boleh disenaraikan ialah:
1. Menghayati, mengkaji dan melaksanakan perjuangan baginda iaitu menjadikan Islam sebagai cara hidup yang Syumul iaitu dalam semua aspek ibadah, individu, keluarga dan Negara
2. Sentiasa memetik dan mengambil kata-kata dan perbuatan Baginda (yang kita cintai) sebagai panduan dalam segala urusan kehidupan3. Merasa sedih dan terhina apabila diri dan perjuangan baginda (menegakkan syiar Islam) dinafikan dan dipinggirkan dalam segala aspek kehidupan4. Menghayati kepimpinan dan memilih pemimpin yang mempunyai sifat-sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah5. Menjadikan Baginda sebagai Idola dan Role Model setiap masa dalam apa sahaja bidang6. Mementingkan kesucian hati dan amalan dengan sentiasa menjauhi perbuatan mungkar dan mencegahnya dengan tidak mengira apa kedudukan serta sentiasa beristighfar atas kesalahan yang dilakukan (baginda beristighfar sekurang-kurangnya 70x sehari walaupun berstatus maksum).7. Meyakini bahawa hanya Allah SWT penyelamat kita di dunia dan di akhirat sebagaimana Baginda menyakini 100%.Pada pendapat saya jika kita semua semata-mata berselawat (secara lisan) dan tidak melaksanakan 7 perkara di atas maka semuanya itu menjadikan
program maulidul rasul sebagai 'ritual' semata-mata. Umat Islam pada tahap ilmu apapun memahami 7 perkara asas di atas.
Cintai lah Allah dan Rasul sebenar-benarnya (hati, lisan dan perbuatan)
No comments:
Post a Comment