Catatan oleh :
Tuan Hibatullah Yusof Al-Haj (Facebook)
Penulis lagenda buku
Permata Yg Hilang
Admin Forum pejuang warisan bangsa & agama
http://www.megasutra.net/index.php
Madu Sidr dari Yaman adalah madu paling sukar ditemui dan yang termahal di dunia. Madu ini dicari kerana rasanya yang istimewa, manfaat kesihatannya sebagai perubatan asli, hatta khasiatnya meningkatkan tenaga batin. Madu Sidr dihasilkan dari lebah yang hanya makan manisan dari pohon Sidr, yang merupakan pohon asli di kawasan Hadramaut, Yaman. Pohon Sidr juga telah digunakan sebagai ubat tradisional sejak zaman silam.Madu Sidr yang asli juga sukar ditemui. Ia dituai dua kali setahun, sekali di musim panas, sekali di musim sejuk. Pohon Sidr tumbuh di kawasan pergunungan Hadramaut. Petani Yaman sudah melakukan kerja mencari madu Sidr ini sejak ribuan tahun lampau.Seorang Dato (Al-Hafiz) yang sebilik dengan saya ketika di Makkah memberitahu saya, bahawa beliau pernah membelikan Madu Sidr (di Yaman) untuk dihadiahkan kepada seorang Sultan. Beliau kata, harganya RM3000. Saya tidak tahu berapa banyak..
(Ulasan rakan:Untuk pengetahuan semua, Pohon Sidr ni adalah adik beradik pokok Bidara, spesis je berbeza. Di Malaysia Ziziphus mauritania, di Yaman, Ziziphus spina-cristi.. sekadar berkongsi.... Dan harga madu Yaman Sidr ni berbeza ikut musim... Saya ada pernah bercerita dengan org Yaman yang jual madu, bnyk jugak berbincang, tapi dia x bawak Sidr, dia bawak madu somor dan satu lg x ingat, Somor ni ambil kat gurun, yang satu lagi ambil kat taman bunga, madu bunga la kiranya, Sidr ni ambil kat oasis yang ada pokok Sidr, atau sungai... yang madu Somor saya ambik kat dia dah RM 300 sekilo)
Ia adik-beradik pohon Bidara, tapi Sidr di Yaman dianggap istimewa. Ia adalah pohon yang 'tua'. Buah Sidr dikatakan sebagai buah yang pertama dimakan oleh Nabi Adam AS di atas muka bumi ini. Pokok Sidr pula dikatakan digunakan oleh Nabi Sulaiman AS dan Fir'aun untuk membina istana dan haikal. Menurut FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-Bangsa Bersatu), madu Sidr dari Yaman adalah beratus kali lebih mahal berbanding lain-lain jenis madu lebah kerana kelebihan khasiatnya.
(Ulasan rakan:Sebenar nya Pohon Sidr ini lah yang Nabi SAW ceritakan ...Daun nya untuk mandikan mayat.Kelebihan jika mandikan mayat gunakan daun ini ialah Tidak berbau mayat itu.Pohon Bidara kita bukan lah Sidr yang sebenar, spesis berbeza sikit. )
Sambungan di Facebook..