Friday, 25 May 2012

Cuti-cuti Mersing: Laut membiru menghiasi Mersing

24 Mei 2012
Lokasi :
Taman Pantai Bandar

Ikon berdekatan:
Hotel Sri Malaysia
Bandar Mersing
Jeti Jabatan Laut


 Suasana yang hening jam 2.15 petang...laut kelihatan membalikkan cahaya warna biru turquois yg mengasyikkan penglihatan


 Kalau ke Selatan Semenanjung jangan lupa singgah Mersing !

 

Thursday, 24 May 2012

Cuti-cuti Mersing : Jom ke Karnival Gempaq Mersing

Tarikh : 
26 Mei - 10 Jun 2012
Lokasi :
Bandar Tepian Sungai

Sumber Foto:


Khemah-khemah sudah mulai dipasang..2 hari lagi !!


Cuti sekolah ini Mersing makin meriah! Jom ke Mersing !



Tuesday, 22 May 2012

Hujan Ribut di jalan Mersing-Jemaluang

22 Mei 2012
2.15 petang
Lokasi :
MRSM Mersing


 Nota : Setelah beberapa hari cuaca yang sanat panas, tiba-tiba hujan yang sangat lebat beserta angin ribut yang mampu  mematahkan dahan-dahan pokok. Tingkap kaca yang berat & ketat lokasi foto ini diambil terbuka di'tarik' angin & langsir 'terbang'  keluar. Suatu yg tak pernah berlaku di sini.

 Padang MRSM ( atas)

 Banjir..



Kiri-kanan jalan sepanjang perjalanan pulang dari MRSM ke bandar Mersing dipenuhi daun-daun dan dahan-dahan pokok yang patah dan tumbang.

Video pun ada..


 Tanda-tanda kekuasaan Allah swt !

Sunday, 20 May 2012

Burger Mersing Menjerit : Ikon burger Mersing

Lokasi :
Simpang Mawai, Kota Tinggi
(Berhadapan balai polis MawaI)

Waktu perniagaan :
4.00 pm-11.00 pm

Sumber berita :
Pusat Dagangan Mersing









 Prosperity Menjerit Burger (Foto bawah)
Pattaya Menjerit Burger
Giant Hotdog Menjerit Special ™rm.4.00..(foto di bawah)
 Andai ke Johor Bahru dari Mersing atau sebaliknya rugi jika tak menjamu selera semua menu-menu Burger Mersing Menjerit !

Thursday, 17 May 2012

Sains Moden Menemui Tuhan


Sumber : http://syurgadidunia.blogspot.com

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.             (Surah Al-Imran 3:185)

Suatu ketika dahulu sains kelihatan seolah-olah musuh kepada kepercayaan agama - sekarang ianya tidak lagi! Fizik moden dan kosmologi (sains mengenai asal dan perkembangan alam maya) masa kini telah memberikan bukti objetif yang kukuh akan kewujudan tuhan, mengesahkan sifat-sifatNya dan menunjukkan bagaimana tuhan mencipta kewujudan fizikal ini dari suatu yang tidak wujud (nothingness). Maklumat ini datangya dari analisis kritikal teori Big Bang, Special Theory of Relativity Albert Einstein dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan dalam sains fizik kuantum. Konsep disebalik ilmu sains yang hanya boleh difahami oleh saintis ini sekarang boleh dipersembahkan dengan cara yang mana ianya mampu difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pendidikan modern.

1. Kita sekarang telah mengetahui menurut teori kosmologi yang rata-rata diterima ahli saintis bahawa dunia fizikal yang kita lihat pada hari ini telah tercipta dari ketiadaan atau suatu yang tidak wujud (nothingness) iaitu tanpa masa, ruang dan materi.
2. Kita juga telah mengetahui bahawa pada permulaan penciptaan dunia ini, ianya berlaku dengan mana cahaya menjelma wujud pada pada satu titik permulaan yang mana tidak mempunyai sebarang dimensi (a singularity point with no dimension).
3. Kita telah mengetahui bahawa bahan materi dunia fizikal ini telah menjadi wujud dengan cara yang mana photon (satu gumpalan kecil tenaga cahaya) telah berlanggar sesama mereka dan kemudiannya membentuk jumlah tak terbilang banyaknya proton-proton, neutron-neutron dan elektron-elektron yang mana dengan pelbagai cara kombinasi kemudiannya membentuk kesemua yang wujud didalam dunia fizikal kita ini.
4. Pada dasarnya, dengan tepat kita boleh mengatakan bahawa semua bahan materi didunia fizikal ini termasuklah tubuh badan kita ini, sebenarnya adalah cahaya yang telah menjadi perlahan.
5. Kita telah mengetahui bahawa ruang angkasa alam semesta yang mengandungi dunia fizikal kita ini sedang berkembang. Konsep ini adalah suatu yang asing bagi pemikiran manusia sehinggalah Albert Einstein mengemukakan General Theory of Relativity beliau pada awal kurun ke 20. Ianya tidak pernah difikirkan oleh mana-mana pemikir hebat sebelum itu akan tetapi ianya telah diyatakan oleh Al Quran 1400 tahun yang lalu apabila Allah berfirman, "Kamilah yang mengembangkan dunia ini dengan kekuatan" (Al Quran 51:47, Terjemahan Muhammad Asad). Malah Einstein sungguh tergamam dengan penemuan beliau itu sendiri kerana dunia yang berkembang bermaksud pada satu ketika dahulu terdapat ketikanya dimana dunia ini tercipta.
6. Special Theory Of Relativity oleh Einstein (yang mana beliau sendiri menggelarnya "Absolutism Theorem" kerana beliau menyedari yang apa yang ditemuinya didalam dunia relatif tetapi merupakan adalah sesuatu yang benar-benar nyata/mutlak) adalah mengenai sifat-sifat istimewa cahaya.
7. The Special Theory of Relativity membolehkan kita buat pertama kalinya melihat secara objektif apa yang wujud diluar jangkauan dunia materi ini.
8. Kita boleh menemui apa sahaja apabila kita dapat melihat apa yang wujud diluar dunia materi ini, tetapi apa yang kita temui sebenarnya amat menakjubkan dan perlu diberikan perhatian. Kita mendapati Special Theory of Relativity oleh Einstein ini menunjukkan kepada kita bahawa disebalik dunia fizikal kita ini wujud bahan bukan materi yang terdiri dari sesuatu yang mutlak atau nyata, dan sesetengah bahan-bahan ini pula menariknya serupa dengan apa yang pelbagai agama ambil sebagai sifat-sifat tuhan.
- Contoh pertama: Apabila kelajuan cahaya dihampiri (300,000 km per saat), masa menjadi semakin perlahan, dan pada kelajuan berkenaan, masa tidak lagi berlalu. Ini bermakna bagi photon iaitu zarah cahaya yang bergerak pada kelajuan cahaya, masa tidak berlalu, maka photon tidak tertakluk pada masa dan KEKAL SELAMA-LAMANYA (Eternal). 
- Contoh kedua: Oleh kerana masa tidak berlalu bagi photon iaitu zarah cahaya, dan photon boleh diperhatikan dimana-mana, iaitu photon tersebut boleh diperhatikan pada masa yang sama berada ditempat yang berbeza, oleh sebab itu ianya adalah BERADA DIMANA-MANA (Omnipresent).
- Contoh ketiga: Oleh kerana setiap bahan materi yang wujud didunia fizikal ini tercipta dari tenaga cahaya, dan tenaga cahaya ini jugalah yang berterusan memelihara dan mengawal setiap aktiviti bahan materi didalam kewujudan dunia fizikal ini, maka tiada kuasa selain dari kuasa cahaya. Kuasa cahayalah segala kuasa yang wujud, jadi ianya MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK TERBATAS (Omnipotent).
- Contoh keempat: Oleh kerana semua ilmu dan maklumat yang wujud, yang telah wujud atau akan wujud tersimpan dalam bentuk tenaga cahaya dan di sebar atau pancarkan didalam bentuk tenaga cahaya maka tiada ilmu atau maklumat yang wujud selain yang tersirat didalam cahaya itu sendiri, oleh sebab itu ianya SERBA MENGETAHUI (Omniscient).
9. Sebagai tambahan, cahaya sebenarnya tidak wujud didalam kewujudan fizikal ini walaupun kita boleh memperhatikannya. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, salah satu dari dimensi (panjang, tinggi atau lebar), dimensi yang selari dengan arah pergerakan akan menjadi bertambah kurang dan kurang, dan pada kelajuan cahaya dimensi tersebut menjadi kosong (zero). Untuk mengetahui isipadu kita perlu mendarab tinggi dengan panjang dan juga lebar, akan tetapi jika salah satu dari dimensi tersebut adalah kosong maka isipadunya juga adalah kosong, jadi benda itu sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini. Cahaya tidak mempunyai isipadu didalam ruang maka oleh sebab itu ia tidak berkewujudan (has no existance) didalam dunia fizikal ini.
10. Semua yang wujud didalam dunia fizikal ini mempunyai jirim lebih dari kosong yang mana merupakan ciri-ciri bagi kewujudan didalam dunia fizikal ini, akan tetapi cahaya langsung tidak mempunyai jirim atau berat. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, jirim atau berat akan bertambah dan pada kelajuan cahaya berat adalah infiniti. Tak kiralah sekecil mana berat atau jirim pada permulaannya, jirim atau berat tersebut akan mencecah infiniti pada kelajuan cahaya. Oleh kerana photon bergerak pada kelajuan cahaya tetapi tidak mencecah jirim atau berat infiniti, ini bermakna photon sebenarnya bermula dengan nilai jirim kosong, maka cahaya sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini.
11. Didalam dunia fizikal ni semuanya adalah relatif, kewujudan mutlak atau tidak sesuatu kualiti itu tidak boleh digambarkan, segala sesuatu yang wujud diantara dua kualiti tersebut adalah kontinum atau pemeringkatan dari sesuatu yang boleh digambarkan dengan nyata kepada sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan nyata. Kita walau bagaimanapun mendapati, disebalik kewujudan materi ini semua kualiti-kualiti itu wujud samada didalam keadaan tidak terbatas atau ianya tidak wujud sama sekali, tiada apa yang berada diantaranya.
Perkara paling penting didalam penemuan-penemuan diatas adalah ianya telah memusnahkan sebarang idea, kepercayaan atau konsep yang dunia fizikal ini wujud sebagai suatu jumlah tertentu bahan-bahan materi yang bergerak dengan suatu hukum-hukum fizikal yang tertentu. Pemahaman yang tidak tepat mengenai kewujudan fizikal inilah yang telah membentuk asas falsafah sains kebendaan atau materialisme. Ianya falsafah materialisme inilah terutamanya falsafah materialisme sekular telah membenarkan kepercayaan kepada tuhan itu telah dicabar dengan hebatnya oleh mereka yang tidak percayakan tuhan selama beberapa ratus tahun sebelum ini, lebih kurang sekitar zaman Sir Isaac Newton.
Ianya tidak lagi munasabah baik secara intelek ataupun menerusi alasan logik didalam penemuan fizik moden dan kosmologi ini untuk berpegang kepada pandangan atheis (iaitu tuhan itu tidak wujud). Apa yang pasti menerusi alasan logik dan juga pemikiran intelek yang jujur ini, kesimpulan yang boleh diambil menerusi penemuan sains moden adalah Tuhan itu wujud, yang mana sifat-sifat Tuhan itu wujud dan Tuhan jualah yang telah mencipta dunia fizikal ini termasuklah juga manusia. Kita sekarang ini berada pada titik perubahan dari pandangan materialisme sekular terhadap dunia ini kepada pandangan bertuhan.
NOTA: Kesemua ini hanyalah sebilangan dari rumusan yang dipermudahkan dari usaha-usaha besar yang sedang dijalankan, akan tetapi kami merasakan ianya amat penting dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskannya kepada umat manusia ciptaan Allah ini. Fakta-fakta sains disebalik penjelasan-penjelasan ini adalah fakta-fakta yang dipersetujui bersama oleh beberapa ahli-ahli fizik tersohor dunia, termasuklah beberapa ahli teoritikal fizik yang telah memenangi Hadiah Nobel. Penjelasan-penjelasan ini teramat penting didalam titik peralihan pemikiran teologi Islam, akan tetapi buat masa kini ianya masih belum lagi diterima oleh sarjana Islam diseluruh dunia.
* Artikel ini adalah terjemahan dan olahan dari artikel asal berbahasa Enggeris karya Allayarham Dr. Muhammad Al Mahdi bertajuk "Modern Science Finds God", beliau adalah pengasas Khalifah Institute. Semua kredit adalah kepada beliau yang mana ianya datang dari pemikiran beliau sebagai seorang ahli psikologi dan juga ahli teoritikal fizik

Wednesday, 16 May 2012

Terlibat kemalangan bas dengan kereta sekembali dari KL

16 Mei 2012
10.15 malam
Lokasi kemalangan:
Kg Leban Chondong, Rompin, Pahang DM


Nota : PHD dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Kuala Lumpur menaiki bas ke Mersing


Setiba di Terminal Bersatu Selatan (TBS), PHD berasa agak pelik kerana jadual bas Transnasional yg biasanya tertera nama Mersing tidak kelihatan di papan elektronik tetapi diganti dengan Endau.

[ Suasana Terminal Bersatu Selatan petang tadi ]
[ Inilah nombor loker penyimpanan beg elektronik yang menunjukkan waktu yang sama dengan kemalangan bas. Ini kali pertama hampir semua loker besar penuh di semua bilik. Lihat juga warna loker..Merah !]

[ Papan elektronik jadual bertolak dan ketibaan bas yang terdapat di merata-rata tempat di TBS]


Jam 6.00 ptg bas bertolak ke Mersing dengan penumpang hampir penuh. Di sebelah PHD tiada penumpang. Pemandu bas memandu dengan tenang dengan kelajuan yg sederhana. Setiba di Kuala Pilah hujan mulai turun sehinggalah bas berhenti di sebuah restoren yang terletak di pertengahan jalan di jalan Keratong-Muadzam. Hujan masih renyai-renyai dan PHD turun untuk menikmati segelas air Milo kosong.

[ Bas berhenti rehat di jalan Felda Keratong. Kebanyakan penumpang menikmati hidangan makan malam kerana mungkin kelaparan akibat cuaca yg agak dingin ]


Kira-kira jam 10.15 malam sebaik  melepasi Kg Leban Chondong kedengaran bunyi brek yg kuat dari bas kami. Dalam kurang sesaat PHD terdetik dalam hati apakah yang bakal kami bertembung? Adakah kereta, lori atau bas?

Hentaman yang agak kuat di bahagian bawah bas menyusul dan PHD berasa pasti ianya sebuah kereta. Penumpang terdorong ke depan. Bas hilang kawalan lalu menuju ke laluan yang bertentangan. Disebabkan berada di barisan kerusi agak di depan,PHD berdebar menanti 'impak ke-2'/(2nd impact) dari kenderaan arah depan. Mujurlah tiada kenderaan dari arah tersebut. Bas terbabas masuk ke dalam parit yg agak besar dan hampir terbalik. Penumpang-penumpang  perempuan menjerit-jerit  ketakutan. Di sebabkan gelap, pada mulanya PHD tidak pasti adakah parit atau lebih teruk kemungkinan sungai(worst case scenario) bas kami terbabas.

Setelah penumpang-penumpang ditenangkan, PHD antara yang mula-mula turun dan mengeluarkan beg dari tempat simpanan bas dan terus berjalan ke gerai makan di seberang jalan. Ketika itu pengunjung agak ramai.

[Keadaan kereta dan bas Transnasional yang dinaiki PHD. Kamera handphone PHD kurang berkuasa untuk mengambil foto di dalam cahaya samar-samar]


Sebuah kereta Persona remuk di bahagian depan dan tersadai di tengah-tengah jalan. Mujurlah penumpang cedera ringan dan kelihatan kesakitan di kepalanya.Seandainya kereta dihentam oleh bas di bahagian pemandu sudah pasti kecederaan yang lebih parah. Pemuda tersebut khabarnya membuat pusingan 'U'dan apa yg PHD hampir pasti bas dipandu dengan kelajuan sederhana. Biasanya di jalan tersebut bas-bas ekspres suka memecut selaju-lajunya.

Belum sempat PHD mendapat nasi goreng yang dipesan, dalam jam 10.45 malam sebuah bas ganti tiba dan PHD mendapat tempat duduk 'single seater'. Semua penumpang berasa lega dan kami tiba lebih kurang jam 12 tengah malam.
[ Bas ganti tiba di Stesen bas Mersing ]
PHD bersyukur kepada Allah swt walaupun ada penumpang yg terhantuk di kepala ketika terbabas ke parit, tiada sesiapa yg cedera teruk. Sebelum kemalangan, PHD telah berpindah ke tempat duduk bersebelahan yang jauh dari cermin bas. Juga terima kasih kepada penduduk-penduduk kampung yang segera membantu dan mengawal lalu-lintas. Syabas buat pemandu yang membawa dengan kelajuan sederhana . Terima kasih juga kepada syarikat bas Transnasional kerana berjaya menggantikan bas tak sampai setengah jam selepas kemalangan untuk kami meneruskan perjalanan pulang.

Rupa-rupanya memang benarlah bas tersebut tak berjaya sampai Mersing bila mengingatkan kembali destinasi 'Endau' yang tertera pada papan elektronik TBS tadi. Tanda-tanda tersebut adalah bukti kekuasaan Allah swt !

Belum terlambat PHD ingin mengucapkan Selamat Hari Guru yang kebetulan pada tarikh yang sama !..

* Jam 2.00 pagi 17 hb Mei 2012
            

Friday, 11 May 2012

Teluk Mahkota : Laguna ke-2 di Johor selepas Mersing Laguna ?

Sumber :
Development Advisor 

Lokasi :
Sedili Kota Tinggi

Terjemahan :
Google Translate

Teluk Mahkota mungkin paling baik 'dijumpai' teluk semulajadi di Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai potensi pelancongan pesisiran pantai yang luar biasa. Namun tiada tanda-tanda pembangunan pelancongan di sini. Dan mengapa tidak?Apakah Syarat yang Menggalakkan?AccessibilityAkses yang mudah. Melalui jalan raya, ia hanya 70km dari Singapura dan 300km dari Kuala Lumpur.Pasaran sedia ada memerlukan Sebab MemaksaBahawa penduduk Singapura terbang ke tempat seperti Riau, Koh Samui, Phuket adalah bukti bahawa (1) ada ada permintaan terhadap produk pelancongan pantai dan, (2) ada ada sedikit jalan destinasi pelancongan memaksa pantai dekat oleh (kecuali Bintan ).

 Jika anda tinggal di Kuala Lumpur adalah sebuah bandar pantai percutian yang hebat? Pasti terdapat bandar-bandar yang sedia ada pantai. Tetapi ini adalah pusat bandar komersial semata-mata berkhidmat kepada penduduk tempatan tidak berbeza Denpasar atau Phuket Town. Jenis bandar pantai bertenaga 'gaya hidup' seperti Kuta / Legian? Tiada.Perancangan SkalaTeluk Mahkota pada 10km panjang yang sama seperti sepanjang Kuta-Legian pantai di Bali (lihat imej satelit di bawah). Ini adalah tiga kali panjang Pantai Cenang di Langkawi. Teluk Mahkota dengan mudah boleh dirancang untuk beberapa ribu bilik-bilik hotel dan rumah peranginan tanpa lebih dibina. Oleh sebab saiznya, ia mempunyai potensi untuk berkembang ke destinasi peranginan antarabangsa.Merujuk kepada jawatan di Langkawi di sini untuk pengiraan sampel perancangan pembangunan.Tahun Pusingan AktivitiKerana ia adalah sebuah teluk besar Teluk Mahkota sebahagiannya terlindung daripada monsun Timur Laut. Ini menjadikan pantai banyak yang lebih selamat sepanjang tahun berbanding dengan air yang terdedah pantai Desaru, Kuantan, Terengganu.Undang-Undang Tanah & Kemudahan jelas Pemilikan AsingMalaysia mempunyai undang-undang tanah yang sangat jelas dan mudah berbanding dengan jiran-jiran itu. Isu-isu dengan tuntutan berganda didengar. Di samping itu, undang-undang pemilikan asing membenarkan pendatang asing untuk terus memegang gelaran. Tiada kekecohan mengenai penggunaan penama, pajakan atau struktur berbelit 'pemilikan' menentukan. Ini adalah salah satu tunggak utama yang menyokong rumah resort di Malaysia.Iskandar MalaysiaTeluk Mahkota hanya akan datang ke Iskandar Malaysia, kerajaan telah membawa zon pembangunan di hujung selatan semenanjung Malaysia. Mahkota Teluk boleh diintegrasikan ke dalam rancangan keseluruhan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar? Teluk Mahkota perlu dimasukkan dalam Program Transformasi Ekonomi Pemandu?Link Ketiga (3) antara Malaysia dan SingapuraKemudahan yang lebih luas akan yakin apabila kedua-dua negara memutuskan untuk memulakan Link Ketiga (3) antara Singapura dan daerah pesisir timur Malaysia. Lihat laporan The Star di bawah.Sinergi yang dicipta oleh Link 3, Iskandar Malaysia dan Teluk Mahkota bersama pastinya akan meningkatkan imej selatan Malaysia bukan sahaja sebagai asas pembuatan tetapi juga zon pelancongan. Jika ia berlaku, Teluk Mahkota akan menjadi kuda hitam di destinasi pelancongan serantau pantai bangsa?Lokasi Teluk Mahkota antara Kuala Lumpur dan Singapura


Teluk Mahkota



Kuta-Legian pantai kira-kira 10km panjang pesisir pantainya sebagai  perbandingan


 ( Kuta)

PHD : Johor Darul Takzim bakal menjadi negeri pelancongan pantai terkenal di dunia !

Google+ : Pembunuh Facebook sudah tiba ?

By; Penunggu Hujung Dunia (PHD)


Google+ telah melancarkan kempen awal untuk 'menandingi' populariti Facebook di internet . Google + dicipta untuk 'melayan' semua kehendak pengguna sebagai laman sosial,perniagaan, diskusi atau apa sahaja dengan sistem yang sangat teratur dan berkesan.
Inilah akibat 'nafsu' dan  imaginasi pengguna internet di platform sosial percuma yang inginkan perubahan demi perubahan !

Twitter dikatakan terlebih awal menjadi  ancaman kepada kelangsungan hidup Facebook. Facebook menjadi sangat panik sehingga sanggup menawarkan usd 1 billion ( !) kepada Instagram iaitu sebuah applikasi photoeditor yang boleh dipasang kepada sistem operasi (OS) kebanyakan smartphone & tablet. Walhal Instagram hanya dikendalikan oleh 13 staf sahaja. FB bimbang sekiranya Twitter merampas Instagram yang memberi makna lehernya akan dikelar untuk menamatkan riwayatnya seperti My Space !


Twitter yang dikatakan 'idea gila' pada permulaannya memberi kesan yang sangat dahsyat dari segi penyebaran berita..Kehebatannya mampu menjatuhkan populariti sebuah parti sebelum pengundian dalam sebuah pilihan raya dalam satu malam sahaja ! (jika 'twitt'nya cukup mempengaruh )

Realitinya, konsep 'perkhidmatan percuma' terus kekal mendominasi kehidupan semua umat tak kira apa bangsa atau agama..

PHD selalu mengatakan bahawa 'Search Engine', Wikipedia, Youtube telah mengambil-alih tugas-tugas malaikat (?)..Google maps juga sebagai 'malaikat' penunjuk arah ( tak perlu bertanya arah kpd orang-orang kita yg memang bersifat sukar 'membantu' dalam hal ini)


Google juga terus panik ! Legasi penguasaan mereka di internet semakin pudar.  Mereka telah menambah 'tempoh' tayangan Youtube (juga dibeli !) dan menambah kelajuan server nya untuk mengekalnya survival iklan-iklan Google ( yang dikatakan makin kurang popularitinya seperti Adsense dll )

Google yang telah nazak (dari segi populariti) berterusan melabur berbillion dollar dengan menambah had foto-foto yang boleh di'upload' ke dalam blogspot. Blog yang sudah berjumlah billion-billion (?) disedari sukar untuk meraih populariti berbanding Facebook Page atau Wall


GROUPON...Sebuah laman yang sangat popular selepas Facebook di negara-negara Barat merupakan idea terhebat. Jika tidak masakan Google ingin membelinya dengan harga 4 billion pound (?) tetapi ditolak oleh pemiliknya yang masih belum mencapai umur 30 tahun !


Idea Groupon ini mencantumkan kaedah pemasaran offline dan online..
Begini ideanya : Katakan sebuah kedai buku di Mersing baru dibuka. Untuk mempromosi perniagaannya disediakan voucher diskaun untuk buku-buku terpilih. Jika cara biasa, pemilik kedai buku tadi akan menyalin sebanyak-banyaknya voucher tadi dan diedar-edar ke seluruh Mersing. Sudah pasti kurang berkesan dan mengambil masa berbulan-bulan untuk 'memujuk' pelanggan baru !

Tetapi dengan adanya Groupon, berpuluh-puluh kedai yang baru dibuka di Mersing akan menggunakan khidmat Groupon untuk mempromosi perniagaannya. Setiap company akan mendaftar dan meletakkan iklan untuk voucher discount di dalam Groupon yang dinamakan 'Deal'..Hanya bayaran sangat minima dikenakan ! Jadi kita sebagai pengguna untuk mendapatkan 'deal' akan mendaftar atau 'sign up' email kita di Groupon sebagai menetap di Mersing. Setiap hari Groupon akan menghantar semua 'deal' terkini di Mersing ke dalam email kita. Jadi tugas kita hanya menyemak email dari Groupon untuk mendapatkan 'deal' iaitu tawaran harga barang terbaru di Mersing

Groupon bermula di UK dan sangat popular di Amerika Syarikat. Kini beribu-ribu bandar di US,UK, Eropah dan seluruh dunia memasarkan jutaan 'deal' setiap hari ( untung gila Groupon !) dan tetap untung adalah pengguna internet ! Namun Groupon masih baru dan kurang popular di negara ini..

Tujuan yang sama dibuat oleh PHD iaitu menubuhkan Pusat Dagangan Mersing (PDM).
Di PDM , semua peniaga sepenuh masa atau sambilan juga sama ada mempunyai kedai atau tidak akan mempromosi perniagaannya di situ (termasuk tawaran istimewa seperti potongan harga dan pakej)

Seandainya semua ahli Facebook di Mersing (juga daerah-daerah berdekatan) menyertai Pusat Dagangan Mersing maka setiap hari sudah pasti kita semua membuka laman PDM untuk mengetahui 'deal' atau tawaran barangan atau perkhidmatan yang terbaik!
PDM ialah satu cara baru membeli-belah di Mersing. Memudahkan kita mengetahui barangan/perkhidmatan yang dijual ( seperti kek,perabot,spa, pakaian, pakej pelancongan) tanpa kita bersusah-payah ke bandar mencari dan bertanya, tambahan pula parking  berbayar dan sukar pula. tak perlu kita meninggalkan kerja-kerja di ofis atau di rumah..
Hanya perlu melayari laman Pusat Dagangan Mersing di facebook dan membuat pilihan dan diskusi dengan peniaga di situ untuk mendapat nilai terbaik ! ..dan semuanya PERCUMA !
 https://www.facebook.com/groups/pusatdaganganmersing/


Jom kita menjadi pengguna bijak di Mersing. Hidup penuh penuh santai serta menikmati keindahan dan ketenangan di pusat peranginan antara  terbaik di negara ini


Kredit juga kepada Bill Gates..walaupun seorang Barat, inspirasinya mengubah kehidupan insan di dunia ini kepada suatu dimensi baru.

Thursday, 10 May 2012

13 Mei 1969 : Pengajaran yg pahit buat semua..

Salam. Kali ini PHD memetik sebuah artikel analisis 13 Mei 1969, sejarah hitam buat semua kaum terutama Melayu dan Cina. Tarikh ini sepatutnya bukan untuk menyemarakkan jurang perbezaan antara kita tetapi lebih wajar sebagai peringatan tindakan yang melibatkan sentimen akan membawa kemusnahan buat semua. Seperti mana peribahasa Melayu: 'Yang kalah menjadi abu ,yang menang menjadi arang'. Tarikh 13 Mei menandakan kita semua mempunyai kelemahan dan kesilapan. Kena cari punca akar-umbi kenapa berlaku, bukan dilihat pada kesan akhirnya.Pihak kerajaan yang memerintah pada ketika itu mendapati jurang perbezaan ekonomi antara kaum menjadi punca utama sentimen ini dipolitikkan menjadi begitu panas sehingga tragedi berdarah ini berlaku. Seandainya sekali lagi  dibiarkan ekonomi umat Melayu musnah kerana pentadbiran yang tidak cekap dan amanah sudah pasti kekecohan akan terjadi semula. Kemisikinan akan mudah memarakkan kemarahan lebih-lebih lagi jika diprovokasi atas tujuan politik

Ini artikel tersebut :


                                        Peristiwa 13 MEI 1969


Bukan bertujuan untuk menimbulkan isu kemarahan mahupun perkauman..sekadar peringatan dan pengajaran bersama..

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh
(UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNOakan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.


Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.


Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (****). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.


Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.


Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu diSetapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging ****.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.


4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombakdan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.


Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh,Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukanRejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askarRejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Askar Melayu


Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.


Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


Panggung Odeon


Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina.


Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,Kajang.


Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh.


Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.


Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi.


Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.


Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.


Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.


Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.


Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
"politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands.

Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.


Persepsi


Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.


Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.



Angka korban


Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.


Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.


Statistik tidak rasmi jumlah kematian:


Melayu : 86 orang

Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.


Mageran


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera.


Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang.

Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.

Wednesday, 9 May 2012

Homestay D'Mutiara

 Nama :
D'Mutiara Homestay
Lokasi:
Tg Gemuk, Rompin,Pahang

Nota : Kali ini PHD memperkenalkan sebuah homestay yang terletak di Tg Gemuk, Rompin. Tanjung Gemuk ni sebuah pekan yang berkembar dengan pekan Endau ( sebuah bandar kecil dalam daerah Mersing yang bersebelahan dengan negeri Pahang yang dipisahkan dengan muara/Kuala Rompin)

Walaupun terletak 35km ke utara Mersing  (jalan utama menuju ke Kuantan) tetapi jalan yang menghubungkan Tg Gemuk dengan Mersing agak berkualiti tinggi cuma bengkang-bengkok sedikit. Menginap di Tg Gemuk ni ada keistimewaannya kerana:
1. Terletaknya jeti ke Tioman (dari Pahang)
2. Pelabuhan nelayan laut dalam. Ikan murah-murah di pasar petang dekat dataran Tg Gemuk
3. Udang harimau juga dijual dengan harga yg lebih istimewa
4. Terletaknya Restoran Nusantara yang popular
5. Jambatan merentasi muara/Kuala Endau yang cantik pemandangan (juga lokasi memancing waktu malam)
6. Terdapat hotel Sri Malaysia
7. Terdapat pasaraya Tunas Manja
8. Dataran Tg Gemuk untuk lepak2 dan makan-makan waktu malam
9. Tak jauh Tg Penyabung dan Tg Resang , lokasi pantai/teluk yang popular dengan chalet-chalet dan pakej memancing
10. Sesiapa yang ingin bersantai dan mencari ketenangan di sebuah pekan kecil berhampiran kuala laut yang indah dengan segala kemudahan, Tg Gemuk antara yang terbaik !

  Inilah keterangan tentang homestay di atas :

  Sumber :

 
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Kami menyediakan rumah penginapan / dikenali juga sebagai HOMESTAY yang amat selesa dan sesuai untuk aktiviti percutian keluarga, persinggahan rombongan kenduri kahwin, urusan rasmi dan apa jua urusan. Rumah ini dilengkapi dengan keperluan asas untuk kegunaan harian.
Terdapat dua buah rumah yang kami tawarkan kepada anda dan setiap rumah mempunyai keistimewaannya tersendiri :


Lokasi 1
D' Mutiara Homestay, Tg. Gemok, K. Rompin, Pahang
  • Rumah teres 2 tingkat
  • 3 Bilik Tidur yang selesa (1 pendingin hawa - master bedroom)
  • 2 Bilik Air
  • Ruang Tamu 
  • Dapur
  • Tempat Letak Kereta
  • Bersebelahan dengan sekolah iaitu SMK Tanjung Gemok, K. Rompin


Lokasi 2
D' Mutiara Homestay II, Batu 1, Jalan Endau - Mersing, Johor
  •  Rumah kampung 1 tingkat yang luas
  • 4 Bilik Tidur yang selesa
  • 3 Bilik Air
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Tempat Letak Kereta
  • Bersebelahan dengan Kedai Cuci Kereta & Kedai Makan

 Jambatan yang menghubungkan Pahang dan Johor

Walaupun kedua-dua rumah ini terletak di dua buah negeri yang berlainan iaitu di Negeri Pahang dan Negeri Johor tetapi lokasinya tidak jauh dan hanya dipisahkan oleh Jambatan Endau yang memesahkan antara kedua negeri tersebut.

Terminal Jeti Tanjung Gemok untuk ke Pulau Tioman
Lokasinya juga berdekatan dengan Jeti / Terminal Tanjung Gemok, iaitu terminal untuk ke lokasi pelangcongan ke Pulau Tioman. Ramai pelancong berkunjung ke sana saban tahun dan homestay kami juga biasa menjadi tempat bermalam sebelum pelancong berlepas ke Pulau Tioman keesokan harinya.



 Dataran Tanjung Gemok, besebelahan dengan jeti ke Pulau Tioman
(gambar di ambil dari salah satu blog di internet)
Mercutanda Bandar Endau yang baru
Anda boleh klik di ruangan atas sebelah kanan untuk maklumat lanjut mengenai homestay kami.

Anda juga boleh menjenguk kami di Facebook, hanya klik di ruangan sebelah kanan.

Terima kasih kerana sudi menjenguk kami di sini.
Selamat Melancong ke Tg Gemuk !

Sunday, 6 May 2012

Street Outing Mersing..Peluang Terakhir mengambil foto di Mersing sebelum bermulanya Mersing Laguna

      Sumber :
Eddy Garcia 


Outing fotografi terbesar yang diharapkan dapat disertai oleh jurufoto-jurufoto Anak Mersing.

Tempat : Sekitar bandar Mersing
Tempat berkumpul : Dataran Pulau
Masa Berkumpul : 6.30 pagi untuk ambil gambar matahari terbit)
Bayaran : PERCUMA

Objektif:

1) Merakamkan panorama Mersing tidak kira permandangan, manusia, binatang, tumbuhan, aktiviti setempat, ekonomi malah apa saja yang menggambarkan identiti Mersing.

2) Dapat menyimpan kenangan gambar Mersing untuk dikongsi bersama generasi akan datang.

Syarat:

1) Mempunyai kamera tidak kira DSLR, compact atau mobile
2) Minat dalam fotografi

Aturcara Program

6.30-7.30 - Berkumpul di dataran pulau dan mengambil gambar matahari terbit dikawasan sekitar.

7.30-8.30 - Sarapan

8.30-9.00 - Berkumpul semula di Dataran Pulau untuk pembahagian kumpulan.

9.00-10.00- Mengambil gambar model & produk di kawasan sekitar Dataran Pulau

10.00-12.00 - Bergerak mengelilingi bandar Mersing untuk mengambil gambar.

12.00- 12.30 - Berkumpul semula di Dataran Pulau untuk rumusan.

12.30 - 1.00 - Gambar group & bersurai

Kumpulan

Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan jenis kamera dan mempunyai 2 orang ketua setiap kumpulan. Siapa yang ingin menawarkan diri atau melobi menjadi ketua untuk kumpulan2 dibawah ini sila beri nama disini;

1) Nikon
2) Canon
3) Android (Akmal Rafie)
4) iPhone
5) Compact
6) Lain2 Kamera :

*PERHATIAN : KESELAMATN DIRI & BARANG2 ADALAH TANGGUNGJAWAB MASING2. HARAP MAKLUM

DIHARAP MEREKA YANG BETUL-BETUL DAPAT HADIR SAHAJA UNTUK KLIK GOING DALAM EVENT NI UNTUK KAMI ANGGAR JUMLAH SEBENAR PESERTA NANTI. YANG AGAK-AGAK SAMAR BOLEH JOIN KE TAK SILA KLIK MAYBE.

*p/s maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan