by Pak Syeikh on Wednesday, March 23, 2011 at 11:00am
Nama asal beliau ialah Sayyid Thanaudin Al Azmatkhan Al Husaini.Bapa beliau ialah Amir Sayyid Ahmad Syah Jalalludin bin Amir Sayyid Abdullah Khan bin Amir Sayyid Abdul Malik bin Sayyid Ali Haramaut.Bapa beliau ialah Sultan Malabar, dalam Kesultanan Islam Delhi.Salah satu Empayar TERBESAR di dalam DUNIA.Beliau mempunyai ramai adek beradek.Amir Sayyid Syah Jalalludin mempunyai 17 orang anak.Di antara adek beradek beliau ialah :
1.Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.
2.Sayyid Muhyiddin Syah.
3.Sayyid Alauuddeen Abdullah.
4.Amir Sayyid Syah Jalal ....Sultan Malabar.
5.Sayyid Alwi Khutub Khan.
6.Sayyid Hasanuden.
7.Sayyid Qader Binahsan.
6.Sayyid Ali Azmat Syihabudeen Umar Khan.
7.Syeikh Sayyid Mohamad Ariffin Syah atau Tuk Kelompang Al Jarimi Al Fatani.
8.Sayyid Thanaudeen.
9.Sayyid Nik Al Fatani.
Selebih nya saya Tidak Dapat Imformasi.
Sayyid Thanaudeen lahir pada tahun 1350 M di Pantai Malabar India.Pada tahun 1400 M, beliau dan 7 orang Adek Beradek nya di TUGAS kan menyampai kan Dakwah ke Negeri Timor iaitu Negeri Nusantara.Negeri Pertama MISI ini ialah Perlak,Samudera Pasai dan Langkasuka.Kumpulan ini di kenali di Fatani dengan nama "WALI TUJOH".Kumpulan ini adalah "MOYANG WALI SONGHO".Dari Kumpulan ini berkembang menjadi WALI SONGHO/SANGHA hingga 10 Peringkat, bergantian Anggota Kumpulan nya.Jadi TANGGAPAN mengatakan Wali Songho berjumlah hanya 9 Orang adalah SALAH !!!.Sebenar nya ada hampir 70 orang, Anggota Wali Songho yang sentiasa di ganti jika ada kematian atau "PENCEN".Jika Abang nya ,Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra bergerak dalam DAKWAH , Beliau bergerak dalam "Tarikah Kesufian dan Perubatan Islam".Beliau lah orang nya yang mengarang Kitab SIA SIA BERGUNA, iaitu sebuah kitab Perubatan Islam.Kitab yang menghuraikan Herba tepi tepi jalan atau longkang,tulang binatang,batu batu bertuah dan kayu kayu bertuah, di guna pakai untuk Perubatan.Ilmu ini di ambil dari Ulama Islam dan di RUKYAH kan dengan Ayat AL Quran dan Zikir Al Asma Al Husna.Kitab ini masih TERSIMPAN di Perpustakaan Negara Malaysia...tetapi Sudah Sangat UZUR !!!.Beliau menyaring Kitab ini dari Syeikh Abdullah Al Qumairi iaitu Murid Kanan kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani.
Pada tahun 1380 M, BELIAU dan Abang nya Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra berpecah dalam MISI DAKWAH.Beliau ke Selatan Manguidano/Kepulauan Sulu.Dan Abang nya ke Fatani/Kelantan dan Champa.Di Kepulauan Sulu, beliau dapati telah ada Ulama/Dai Islam di sana iaitu Orang Tempatan memanggil dengan nama TUAN MASYAIKA.( TUAN SYEIKH) dan TUAN MAQBULU.Tempat itu di kenali dengan nama Buannsa atau Ewansa.
Di Sulu beliau di kenali dengan nama Makdum Syeikh Abdul Karim.Beliau mengislamkan Raja Sulu/Manguidanao.Raja Sulu pula mengawinkan beliau dengan Puteri nya yang bernama Puteri Cerana Putih atau Nama Besar nya "DANG RAYA RANI".Dari perkhawinan ini melahirkan 2 orang Puteri iaitu Dang Melor Wati/Syarifah Melor Wati dan Dang Wangi/Dang Baru atau Dang Inangseh.Kedua Puteri Beliau di Kawin kan dengan ANAK MURID BELIAU.Dang Melor Wati berkawin dengan Laksamana Hang Tuah dan Dang Baru/Wangi/Inangseh berkawin dengan Laksamana Hang Jebat bin Raden Mansor.
Pada tahun 1420 M, BELIAU bergerak ke Kelantan dan mendirikan Pusat Kesufian di Bukit Panau, Kelantan.Beliau mengambil banyak pelajar Tariqah dan Persilatan.Antara Murid Terkenal nya ialah Hang Tuah, Hang Jebat,Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Pada tahun 1440 M, BELIAU bergerak ke Melaka pula, tempat Tumpuan nya ialah Pulau Besar.Beliau lah orang PERTAMA membuka PESANTREN PULAU BESAR.Di Melaka nama nya di kenali sebagai Datuk Adi Putra dan juga PANGLIMA HITAM.Selain Pulau Besar, beliau membuka Penempatan di Gunong Ledang.Hingga sekarang di Tingkat 6, Gunong Ledang ada Gelanggang Silat Adi Putra.Datuk Adi Putra ialah "DOKTOR PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM", banyak pokok Herba di tanam nya di Gunong Ledang.Tidak hairan lah, kata Seorang SAINSTIS Barat, Gunong Ledang ada 4000 Jenis Tumbuhan Herba.Dan Pokok Raja Cenuai Paling Tinggi Khasiat nya ada di gunong itu...iaitu Pokok Legih.Legih adalah nama satu negeri di Selatan Thailand...dan Kemungkinan Besar Datuk Adi Putra membawa benih pokok ini dan di tanam di kawasan pergunongan.
Datuk Adi Putra tidak menetap di Gunong Ledang, tempat tinggal nya adalah Pulau Besar.Gunong Ledang cuma tempat beliau Bersulok dan mengajar Ilmu.
Dari Perkhawinan Puteri nya Dang Melor Wati dengan Hang Tuah lahir Tun Sirah dan Tun Daerah.Tun Sirah berkawin dengan Maulana Sayyid Fadillah Khan Al Pasai.Dan Melahirkan Sayyid Abdullah.Sayyid Abdullah berkawin dengan Puteri Acheh melahirkan Sayyid Barakat Zainal Abidin, melahirkan Sayyid Ali Badarudin /Maharaja Di Raja,.dan melahirkan Sayyid Jaafar/Datuk Pasir Raja.....dan terus Ke Raja Raja Temenggung Muar, Kesultanan Johor,Kesultanan Terangganu dan Kesultanan Pahang.
Setelah Beliau mendirikan Pesantren Pulau Besar, maka banyak murid murid di Seluroh Nusantara belajar dengan nya.Pesantren ini di teruskan olih Murid nya sekali gus Cucu Saudara nya iaitu Maulana Sayyid Ishaq bin Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra Al Azmatkhan Al Husaini.Datuk ku ini WAFAT pada tahun 1497 M, dan di semadikan di Komplek Pemakaman Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.Maulana Sayyid Ishaq Wafat pada tahun 1512 M,Ketua Ulama Pulau Besar di gantikan pula olih Menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.Setelah Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail Al Jailani Al Hasani, Wafat pada tahun 1520 M, Ketua Ulama di ganti olih abang nya Sayyid Ibrahim Al Jailani Al Hasani.Dan pada tahun 1521 M, Tentera Portugis meng HANCUR LULOH kan Pulau Besar.Pulau ini adalah Markas Besar Gerakan Armada Laut Pati Unus atau Sultan Ali Alam Akbar At Tsani atau Sultan Demak 2.Bersama TERKORBAN SYAHID bersama beliau ( Pati Unus), ada RIBUAN TENTERA YANG GUGUR SYAHID....Riwayat Hidup Pati Unus dan Puteri Gunong Ledang TELAH SAYA TULISKAN.
Saya menulis serba ringkas Riwayat Hidup Sayyid Thanauden atau Syeikh Mohamad Saman atau Karimul Makdum Syeikh Abdul Karim atau Datuk Adi Putra atau Panglima Hitam.Jadi Beliau bukan lah dari Keturunan JIN atau BUNIAN seperti yang di dakwa olih SEBILANGAN ORANG YANG BUTA SEJARAH !!!.Jika kita TIDAK FAHAM serta TAHU SEJARAH MEREKA,,,JANGAN MENULIS SEJARAH MEREKA.Saya pernah MENEGUR seorang Blogger yang bernama Nick Name "NUR AFLAH", yang mengatakan "Panglima Hitam mengajar ILMU HITAM"...APA INI ?????.Untuk Pengetahuan Tuan Tuan yang TIDAK KENAL SEJARAH MEREKA....Hampir seluroh Negeri Melaka,Muar dan Johor adalah berkait dengan PANGLIMA HITAM ini, samada melalui Nasab,berkhawinan atau pun persemendean.Olih itu jika mahu menulis Sejarah Mereka,,,TOLONG BERHATI HATI !!!!.Tanya lah Orang Orang yang Betul Betul tahu Sejarah Mereka !!!!.