AFTL VNP Tunnel - Stress Release System (dahulu dikenali sebagai AFTL HolloTunnel), seperti semua produk-produk AFTL lain, juga dilengkapi dengan asas utama AFTL iaitu VNP (Virtual Negative Photon), yang menjadi pemangkin keseimbangan kedua-dua pola diri iaitu Pola Positif dan Pola Negatif. Cas-cas VNP tersebut apabila terus diterima insya-Allah akan menghasilkan Ketenangan Diri. |
Ia merupakan sebuah alat unik hasil ciptaan Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D. (A.M) yang menggabungkan beberapa disiplin sains yang sempurna bagi menggantikan kaedah tradisional orang zaman dahulu yang suka menyendiri di gunung, gua, tepi laut dan sebagainya untuk bermuhasabah diri dan mencari ketenangan jiwa untuk memperbaiki kehidupan. Melalui sistem ini, telah banyak masalah kesihatan yang berkaitan Hati, Akal, Tubuh dan Rohani dapat diselesaikan dengan cara yang paling harmoni dan paktikal.
Ketika menjalani sesi pengimbangan hati dan minda, anda akan diperdengarkan dengan bunyi-bunyian alam semulajadi yang pastinya menenangkan perasaan dan merangsang pengaliran masuk oksigen dengan sempurna ke seluruh sistem dalam tubuh. Dalam sistem terapi AFTL VNP Tunnel ini nama penyakit dan punca penyakit tidak terlalu diambil berat kerana sistem ini mempunyai "autoscaning-nya" tersendiri yang sangat halus dan tepat. Oleh yang demikian pesakit hanya perlu berbaring dengan mata terpejam sambil melafaskan istighfar di sepanjang proses terapi.
Kesannya, minda yang bermasalah menjadi tenang, tubuh yang lesu kembali bertenaga, wajah yang kusam bertambah ceria, semangat mula meningkat, pemikiran semakin jelas dan mantap, hati dan perasaan menjadi tenteram dan akhirnya bersedia untuk menjalani hidup dengan lebih baik dan bersemangat.
Sumber :
http://www.aftl.my/index.php?p=hollotunnel
No comments:
Post a Comment