Sunday, 21 August 2011

RELATIVITI MASA DAN HAKIKAT TAKDIR


Sumber : CVT Tampang

Semua yang telah diterangkan di atas menunjukkan bahawa sebuah "ruang tiga-dimensi" sebenarnya tidak wujud, ia hanyalah prejudis yang diinspirasikan oleh persepsi-persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam "ruang kosong". Untuk mendakwa sebaliknya adalah bersalahan dengan sebab musabab dan kebenaran sains, kerana tidak ada bukti kewujudan sebuah dunia material tiga-dimensi yang sah.
Fakta ini telah membatalkan dakwaan asas falsafah materialis yang mendasari teori evolusi. Ia adalah dakwaan yang menyatakan bahawa kebendaan adalah mutlak dan abadi. Dakwaan kedua yang dipegang oleh falsafah materialis ini ialah bahawa masa adalah mutlak dan kekal. Ini juga merupakan kepercayaan karut seperti yang pertama juga.
Persepsi Masa
Persepsi yang kita gelar masa. Sebenarnya, adalah satu metode dengan satu ketika dibandingkan dengan satu ketika yang lain. Kita dapat menjelaskannya dengan satu contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang mengetuk satu objek, dia mendengar bunyi tertentu. Apabila dia mengetuk objek yang sama lima minit kemudian, dia mendengar bunyi yang lain. Orang tersebut menerima bahawa terdapat jarak di antara bunyi yang pertama dan bunyi yang kedua, dan dia menamakan ini jarak masa. Tetapi ketika dia mendengar bunyi yang kedua, bunyi pertama yang didengarnya adalah tidak lebih daripada sebuah imaginasi di dalam mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat di dalam memorinya. Orang tersebut merumuskan persepsi "masa" dengan membandingkan saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, tidak akan ada persepsi masa.
Selalunya, seseorang itu akan membuat perbandingan apabila melihat seseorang memasuki sebuah bilik melalui pintu dan duduk di atas kerusi sandar di tengah bilik. Pada waktu orang ini duduk di atas kerusi, imej yang berhubung dengan saat ketika dia membuka pintu, berjalan ke dalam bilik, dan menuju ke arah kerusi tersebut, telah tersusun sebagai bit-bit maklumat di dalam otak. Persepsi masa berlaku apabila seseorang membandingkan lelaki yang duduk di atas kerusi dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.
Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu dan dia hanya akan mengalami satu "ketika" yang sedang didiami kini.
Penjelasan Saintifik Ruang Kosong
Mari kita jelaskan subjek ini dengan mengambil kira penjelasan para saintis dan cendekiawan di dalam subjek ini. Dengan menganggap bahawa masa berundur ke belakang, Francois Jacob, seorang cendekiawan terkenal dan profesor kehormat Nobel di dalam ilmu genetik, telah mengeluarkan kenyataan berikut di dalam bukunya Le Jeu des Possibles (The Possible and the Actual):
Filem yang dimainkan ke belakang, membolehkan kita membayangkan sebuah dunia yang masanya berundur ke belakang. Sebuah dunia di mana susu memisahkan dirinya daripada kopi dan melompat keluar daripada cawan untuk mendapatkan kuali susu; sebuah dunia di mana sinaran cahaya terpancar daripada dinding untuk dikutip di dalam sebuah perangkap (pusat graviti), sebagai ganti memancar keluar daripada sumber cahaya; sebuah dunia di mana seketul batu terjun ke tapak tangan seorang lelaki dengan kerjasama mengejut daripada titisan-titisan air membolehkan batu tersebut lompat keluar daripada air. Tetapi, di dalam sebuah dunia yang masa mempunyai sifat-sifat terbalik, menyebabkan pemerosesan otak kita dan bagaimana memori mengumpul maklumat berfungsi secara songsang. Masa silam dan masa depan akan menjadi sama dan dunia akan muncul kepada kita seperti mana ia muncul kini. 190
Memandangkan otak kita telah terbiasa dengan satu pusingan peristiwa tertentu, maka dunia ini tidak beroperasi sebagaimana yang dibayangkan di atas dan kita mendakwa masa berjalan ke hadapan. Tetapi, ini adalah sebuah keputusan yang dicapai di otak dan kerana itu ia berkaitan sepenuhnya. Sebenarnya, kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana masa berjalan atau sama ada ia bergerak atau tidak. Ini merupakan satu petunjuk bahawa masa bukan sebuah fakta mutlak tetapi hanya sejenis persepsi.
Relatif masa adalah satu fakta yang telah diakui oleh ahli fizik terpenting abad ke-20, Elbert Einstein. Lincoln Barnett, menulis di dalam bukunya The Universe and Dr. Einstein:
Seperti juga ruang mutlak, Einstein menolak konsep masa yang mutlak sebagai sesuatu yang kukuh, masa sejagat yang tidak dapat disekat bergerak, mengalir daripada masa silam yang luas kepada masa depan yang tidak terbatas. Kebanyakan kekaburan yang menyelubungi Teori Asas Relativiti berpunca daripada kelemahan manusia untuk menyedari bahawa deria masa, seperti juga deria warna, adalah sebuah bentuk persepsi. Seperti ruang yang merupakan aturan objek-objek material, maka masa pula adalah aturan peristiwa-peristiwa. Subjektiviti masa dapat dijelaskan dengan baik melalui perkataan Einstein sendiri. "Pengalaman seorang individu", menurut Einstein, "muncul kepada kita di dalam satu siri peristiwa-peristiwa"; di dalam siri-siri ini, sebuah peristiwa yang kita ingati muncul di dalam keadaan tersusun berdasarkan kepada sifat "awal" dan "kemudian". Oleh itu, ia wujud untuk individu, satu masa-I, atau masa yang subjektif. Ini tidak dapat diukur di dalam dirinya sendiri. Saya boleh menggabungkan nombor-nombor dengan peristiwa-peristiwa, di dalam satu cara yang melibatkan sejumlah nombor-nombor yang menggabungkan peristiwa yang terkemudian dengan peristiwa-peristiwa yang awal. 191
Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik daripada buku Barnett: "ruang dan masa adalah bentuk-bentuk gerak hati, yang tidak dapat dipisahkan daripada kesedaran seperti konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz". Menurut Teori Asas Relatif: "Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang terpisah daripada aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran".192
Memandangkan masa mengandungi persepsi, ia bergantung sepenuhnya ke atas penerima dan ia adalah berkaitan.
Kelajuan pergerakan masa disukat berdasarkan rujukan yang kita gunakan untuk mengukurnya kerana tidak terdapat jam semula jadi di dalam tubuh manusia untuk mengesan dengan tepat betapa cepatnya masa berlalu. Seperti yang dicatatkan oleh Lincoln Barnett: "Seperti mana warna tanpa mata untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya".193
Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walau pun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam, tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat.

Mari kita fikirkan sebuah contoh untuk menerangkan subjek ini dengan lebih jelas. Mari kita anggap bahawa kita telah di masukkan ke dalam sebuah bilik yang mempunyai hanya sebuah tingkap direka dengan begitu teliti dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Biarkan sebuah jam di dalam bilik tersebut supaya kita dapat melihat jumlah masa yang telah berlalu. Pada masa yang sama, dibiarkan kita melihat melalui tingkap bilik matahari terbenam pada tempoh tertentu. Beberapa hari kemudian, jawapan yang akan kita berikan tentang berapa banyak masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut akan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit. Contohnya, kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama tiga hari. Tetapi, sekiranya orang yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang kepada kita dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama dua hari di dalam bilik tersebut dan bahawa matahari yang dapat dilihat melalui tingkap telah dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah diaturkan untuk bergerak pantas, oleh itu perkiraan yang kita lakukan tidak mempunyai erti.
Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan relatif. Relativiti masa adalah sebuah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains. Teori Asas Relativiti Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada pusat graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi perlahan seolah-olah ia berada pada tahap "berhenti".
Mari kita jelaskannya dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua orang kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Apabila dia kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara angkasa lepas dan anak lelakinya yang tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anak lelakinya berusia 3 tahun; maka, apabila dia kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi), anak lelakinya akan berusia 33 tahun, tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.194
Perlu ditegaskan di sini bahawa, relativiti masa ini tidak berlaku dengan memperlahankan jam atau mempercepatkannya atau memperlambatkan perjalanan mekanisme spring. Tetapi, ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period seluruh sistem material sehingga kepada zarah-zarah sub-atom. Dengan kata lain, kesingkatan masa tidak seperti pergerakan perlahan sebuah gambar bagi orang yang mengalaminya. Di dalam sebuah latar yang masa menjadi singkat, degup jantung, pereplikaan sel, dan fungsi otak, dan semuanya bergerak lebih perlahan daripada pergerakan perlahan manusia di bumi. Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya, tanpa sama sekali menyedari kesingkatan masa. Sememangnya kesingkatan masa ini tidak akan nampak jelas sehingga perbandingan dilakukan.
Relativiti Di Dalam Al-Quran
Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada penemuan-penemuan sains moden ialah bahawa masa bukannya sebuah fakta yang mutlak seperti yang dianggap oleh para materialis, tetapi hanya sebuah persepsi yang relatif. Perkara yang lebih menarik ialah fakta ini, yang tidak ditemui hanya pada kurun ke-21 oleh sains, telah pun dimaklumkan kepada manusia di dalam al-Quran 14 kurun yang lalu. Terdapat beberapa rujukan di dalam al-Quran berkaitan dengan relativiti masa.
Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar, dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh al-Quran:
(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (Surah Al-Isra:52)
Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia. (Surah Yunus:45)
Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka masa yang sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (Suranh Al- Mu'minuun:112-114)
Di dalam ayat-ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berjalan pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (Surah Al-Hajj: 47)
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). (Surah Maarij:4)
Semua ayat-ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyataan bahawa natijah ini hanya dapat difahami oleh sains baru-baru ini di dalam abad ke-21, telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh al-Quran, merupakan tanda bahawa al-Quran telah diturunkan oleh Allah, Yang menguasai seluruh masa dan ruang.
Banyak kenyataan-kenyataan di dalam al-Quran menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini merupakan bukti di dalam cerita-cerita ini. Sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi, sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebutkan di dalam al-Quran, berada di dalam tidur yang lena selama lebih daripada tiga kurun. Apabila mereka terjaga, mereka merasakan bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja, dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka telah tidur:
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (Surah Al-Kahfi:11-12)
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (Surah Al-Kahfi:19)
Situasi yang dijelaskan di dalam ayat di bawah ini juga membuktikan bahawa masa sebenarnya adalah sebuah persepsi psikologi:
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Surah Al-Baqarah:259)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah yang telah menjadikan masa juga berkuasa ke atasnya. Sebaliknya, manusia dikuasai oleh masa yang Allah memerintahnya. Seperti yang sebutkan di dalam ayat tersebut, manusia tidak berupaya untuk mengetahui berapa lama dia tidur. Dalam keadaan ini, untuk mendakwa bahawa masa adalah mutlak (seperti yang para materialis lakukan di dalam mentaliti mereka yang lemah), adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Takdir
Relativiti masa telah menjelaskan sebuah perkara yang amat penting. Relativiti masa boleh berubah sehingga satu period masa yang kelihatan berbilion tahun tempohnya kepada kita, mungkin hanya tinggal sesaat sahaja di dalam dimensi lain. Tambahan pula, satu jangka masa yang besar berkembang daripada permulaan dunia sehingga penamatnya, mungkin tidak tinggal walau sesaat tetapi hanya sedetik di dalam dimensi lain.
Ini adalah inti pati sebenar konsep takdir – sebuah konsep yang tidak dapat difahami dengan baik oleh ramai orang, terutamanya para materialis, yang menafikannya. Takdir ialah pengetahuan sempurna Allah terhadap semua kejadian-kejadian silam atau masa hadapan. Sebahagian manusia mempersoalkan bagaimana Allah dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang belum berlaku dan ini menyebabkan mereka gagal untuk memahami kebenaran takdir ini. Bagaimana pun, "peristiwa-peristiwa yang belum berlaku" belum berlaku kepada kita. Allah tidak tertakluk kepada masa atau ruang kerana Dia sendiri yang menjadikannya. Kerana itu, masa silam, masa hadapan dan masa kini tidak ada bezanya kepada Allah; bagi-Nya segalanya telah berlaku dan telah tamat.
Lincoln Barnett menjelaskan bagaimana Teori Asas Relatif memandu kita kepada hakikat ini di dalam buku The Universe and Dr. Einstein: Menurut Barnett, cakerawala ini dapat "dikuasai seluruh kehebatannya oleh satu kebijaksanaan kosmik".195 Apa yang disebutkan oleh Barnett sebagai "kebijaksanaan kosmik" adalah kebijaksanaan dan ilmu Allah, Yang menguasai selurah alam. Sebagai mana kita dapat melihat dengan mudah seorang pemerintah yang awal, pertengahan dan yang terakhir, dan segala unit yang di antaranya, semuanya, Allah mengetahui waktu kita dijajah seperti satu detik daripada permulaannya hingga ke akhirnya. Manusia hanya mengalami kemalangan apabila masanya sampai dan mereka menyaksikan takdir yang telah Allah jadikan untuk mereka.
Perlu juga diberi perhatian terhadap pemahaman dangkal dan terpesong terhadap takdir yang berlaku di dalam masyarakat. Fahaman salah terhadap takdir ini berpegang kepada kepercayaan bahawa Allah telah menyiapkan "takdir" kepada setiap orang tetapi kadang-kadang takdir-takdir ini boleh diubah oleh mereka. Contohnya, apabila seorang pesakit hidup semula masyarakat akan beranggapan bahawa "Dia telah menewaskan takdirnya". Tetapi, sebenarnya tidak ada orang yang dapat mengubah takdirnya. Pesakit yang hidup semula itu sebenarnya tidak mati kerana dia ditakdirkan untuk tidak mati. Demikian juga takdir mereka yang menipu diri mereka dengan menyatakan "Saya telah menewaskan takdir saya", dia juga telah ditakdirkan untuk berkata demikian dan mempertahankan pemikiran tersebut.
Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya kepada Allah, yang mengetahui masa seperti satu detik dan yang menguasai seluruh masa dan ruang, segalanya telah ditetapkan dan diakhiri pada satu takdir. Kita juga dapat memahami daripada apa yang disebutkan di dalam al-Quran bahawa masa adalah kepunyaan Allah: beberapa kemalangan yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan telah disebutkan di dalam al-Quran di dalam satu cara seolah-olah ia telah berlaku sebelum ini. Contohnya, ayat yang menggarap bagaimana laporan yang akan manusia berikan kepada Allah di hari Akhirat telah dijelaskan seolah-olah ia sebuah peristiwa yang telah pun berlaku:
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Surah Az-Zumar:68-69)
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan,... (Surah Az-Zumar:71)
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan,...( Surah Az-Zumar:73)
Ayat-ayat lain membincangkan subjek ini:
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi. (Surah Al-Qaf:21)
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) (Surah Al-Haaqqah:16)
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (Surah Al-Insan:12-13)
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. (Surah An-Naaziat:36)
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. (Surah Mutaffifiin:34)
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (Surah Al-Kahfi:53)
Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian kita (mengikut kaca mata kita) telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam al-Quran. Allah tidak tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif yang kita dikhususkan di dalamnya. Allah telah menjadikan semuanya di dalam keadaan masa-sifar: manusia telah melakukannya dan semua peristiwa telah berjalan dan telah tamat. Telah dinyatakan di dalam ayat di bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau yang kecil berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam sebuah kitab:
Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.(Surah Yunus:61)
Kebimbangan Materialis
Isu-isu yang telah dibincangkan di dalam bab ini, terutamanya landasan sebenar kebendaan, masa-sifar, dan ruang kosong, adalah amat jelas. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, ia bukan sebuah falsafah atau sebuah pemikiran, tetap adalah sebuah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi. Di samping ia juga adalah sebuah kenyataan yang teknikal, bukti-bukti rasional dan logik juga tidak memberikan alternatif lain ke atas isu ini: cakerawala ini adalah sebuah ilusi keseluruhannya bersama semua benda yang di dalamnya dan manusia yang tinggal di dalamnya. Ia adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi.
Para materialis merasa amat sukar untuk memahami isu ini. Sebagai contoh, sekiranya kita berbalik kepada contoh bas Politzer: walau pun Politzer secara teknikalnya mengetahui bahawa dia tidak dapat melangkah keluar daripada persepsinya, tetapi dia hanya mengakuinya di dalam beberapa keadaan. Iaitu, bagi Politzer, peristiwa-peristiwa hanya berlaku di dalam otak sehinggakan pelanggaran bas, tetapi apabila pelanggaran ini berlaku, segalanya akan keluar daripada otak dan menjadi sebuah realiti fizikal. Kecacatan logikal pada peringkat ini amat jelas. Politzer telah melakukan kesilapan yang sama telah dilakukan oleh materialis-materialis lain seperti seorang falsafah materialis Johnson yang menyatakan "Saya menyepak batu, kaki saya saki, oleh itu ia wujud" dan dia tidak dapat memahami bahawa kejutan yang dialami selepas impak bas tersebut juga adalah sebuah persepsi.
Sebab sebenar mengapa materialis tidak dapat memahami subjek ini adalah kerana ketakutan mereka terhadap fakta yang akan mereka temui jika mereka memahaminya. Lincoln Barnett menyatakan bahawa subjek ini telah labelkan sebagai "tidak boleh dikaji" oleh sebahagian saintis:
Bersama dengan reduksi ahli-ahli falsafah bahawa semua realiti objek adalah sebuah bayangan – dunia persepsi, saintis telah menyedari keterbatasan deria-deria manusia.196
Sebarang rujukan yang dilakukan terhadap kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah persepsi akan menambahkan ketakutan kepada seorang materialis, kerana ia adalah satu-satunya kepercayaan yang diyakininya sebagai kewujudan yang mutlak. Dia sebenarnya telah mengambilnya sebagai idola untuk disembah, kerana dia menyangka dia telah diciptakan oleh kebendaan dan masa (melalui evolusi).
Apabila dia merasakan bahawa alam yang disangka dia tinggal di dalamnya, dunia ini, tubuhnya sendiri, orang lain, para ahli falsafah lain yang dia terpengaruh dengan idea-idea mereka, dan ringkasnya, segalanya, adalah sebuah persepsi, dia merasa telah dikalahkan oleh kengerian semua ini. Segala yang dia bergantung padanya, mempercayai, dan menjadi jalan keluar kepadanya, akan musnah secara tiba-tiba. Dia merasa putus asa seperti mana yang akan di alaminya di Hari Perhitungan di dalam keadaan yang sebenar seperti yang telah disebutkan di dalam ayat:
Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah). (Surah An-Nahl:87)
Oleh itu, materialis ini cuba menyakinkan dirinya sendiri pada realiti kebendaan, dan mereka-reka "bukti" seperti; melagakan penumbuknya ke dinding, tendang batu, menjerit, berteriak, tetapi mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada realiti.
Seperti mana mereka cuba menyingkirkan realiti ini daripada minda mereka, mereka juga mahu orang lain untuk membuangkannya. Mereka juga menyedari sekiranya hakikat semula jadi kebendaan diketahui umum secara keseluruhannya, keprimitifan falsafah mereka dan penipuan mereka kepada dunia akan didedahkan, dan tidak akan ada lagi landasan yang tinggal yang membolehkan mereka merasionalkan pandangan mereka. Ketakutan ini merupakan sebab utama mengapa mereka merasa amat terganggu dengan fakta-fakta yang disampaikan di sini.
Allah menyatakan bahawa ketakutan orang-orang kafir ini akan dilihat di hari akhirat kelak. Di Hari Perhitungan, mereka akan disapa seperti berikut:
Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?" (Surah Al-Anaam:22)
Kemudian, orang-orang kafir akan menyaksikan kedudukan mereka, anak-anak dan golongan-golongan yang rapat dengan mereka yang mereka anggap sebagai benar dan menganggapnya sebagai saingan kepada Allah, meninggalkan mereka dan musnah. Allah mengkhabarkan berita ini di dalam ayat:
Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu. (Surah Al-Anaam:24)
Keuntungan Orang-Orang Beriman
Sementara kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah persepsi telah mencemaskan materialis, perkara yang sebaliknya pula berlaku kepada orang-orang yang beriman. Orang-orang beriman merasa gembira apabila mengetahui rahsia di sebalik kebendaan ini. Realiti ini adalah kunci kepada semua persoalan. Dengan kunci ini, semua rahsia akan terbuka. Seseorang akan dapat memahami isu-isu yang sukar difahaminya sebelum ini.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, persoalan kematian, syurga, neraka, hari akhirat, perubahan dimensi, dan persoalan-persoalan penting seperti, "Di mana Allah?", "Apakah benda sebelum Allah?", "Siapa yang menjadikan Allah?", "Berapa lamakah kehidupan di alam barzakh berlangsung?", "Di manakah syurga dan neraka?", dan "Di manakah syurga dan neraka wujud kini?", semuanya akan dapat dijawab dengan mudah. Akan dapat difahami dengan sistem apakah yang Allah gunakan untuk menjadikan seluruh alam daripada kosong. Lebih daripada itu, dengan rahsia ini, persoalan "bila", dan "di mana" tidak akan mempunyai sebarang erti lagi kerana tidak akan ada masa dan ruang yang tinggal. Apabila ruang kosong difahami, maka akan dapat difahami bahawa neraka, syurga, dan bumi sebenarnya berada pada tempat yang sama. Sekiranya masa-sifar difahami, maka akan dapat difahami bahawa segalanya berlaku pada waktu yang sama: tidak ada apa yang dinantikan dan masa tidak bergerak, kerana segalanya telah sedia berlaku dan berakhir.
Apabila rahsia ini dikaji, dunia ini akan menjadi syurga kepada orang yang beriman. Segala perkara yang mendukakan seperti kebimbangan, kerisauan, dan ketakutan akan musnah. Seseorang akan menyedari bahawa hanya ada seorang Pemerintah, Dia yang mengubah seluruh dunia fizikal seperti yang dikehendaki-Nya dan apa yang perlu dilakukannya ialah berpaling kepada-Nya. Dia menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah,
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepada-Mu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Ali-Imran,35)
Memahami rahsia ini merupakan keuntungan yang paling hebat di dunia.
Dengan rahsia ini, satu lagi realiti yang disebutkan di dalam al-Quran telah ditemui: kenyataan bahawa "Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya," (Surah Qaaf:16). Seperti yang diketahui, urat leher berada di dalam badan. Apa yang lebih rapat kepada seseorang daripada dalamannya sendiri? Situasi ini dapat dijelaskan oleh hakikat ruang kosong. Ayat ini akan lebih difahami dengan memahami rahsia ini.
Ini adalah kebenaran. Sepatutnya ia telah membuktikan dengan jelas bahawa tidak ada penolong dan pemberi rezeki yang lain selain daripada Allah. Tidak ada yang lain selain Allah; Dialah satu-satunya kewujudan mutlak (wahdatul-wujud) yang seseorang dapat melarikan diri kepada-Nya, memohon pertolongan, dan berharap untuk dikurniai.Ke mana sahaja kita pergi, Allah tetap wujud.

No comments:

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan