Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA)
Negara sumber yang dibenarkan ialah:- Indonesia
- Thailand
- Kemboja
- Filipina
- Sri Lanka
- India
- Vietnam
- Laos
Prosidur Kemasukan Pembantu Rumah Asing
- PRA yang telah mendapat surat kelulusan Visa Dengan Rujukan perlu mendapat visa di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA berkenaan sebelum masuk ke Malaysia.
- Setelah mendapat visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk yang dibenarkan. Pegawai Imigresen di pintu-pintu masuk yang dibenarkan akan memberi Pas Khas untuk tempoh 30 hari supaya majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan di pejabat Imigresen yang meluluskan VDR sama ada Pejabat Imigresen Negeri atau Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.
- Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki menunggu dan menjemput PRA berkenaan di pintu masuk berkenaan.
- Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki membawa PRA menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. dalam kadar segera (dalam tempoh sebulan). Pekerja yang gagal pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dihantar pulang ke negara asal mereka segera.
Syarat-Syarat Kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)
1. Bakal PRA mestilah:
- Perempuan
- Berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun
- Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik.
- Berada di negara asal
- Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan.
- Tidak dibenarkan bekerja
- Majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia.
- Permohonan pengambilan secara:
- Majikan sendiri
- Melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
- Pastikan Borang Permohonan beserta dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
- Majikan terdiri daripada suami atau isteri dan mempunyai:
- Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
- Ibu bapa yang sakit/uzur.
- Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) PRA yang layak dipohon untuk satu keluarga.
- Kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber:
Bil | Negara Sumber | Jumlah Pendapatan majikan(Bersih) | Bayaran Sita (Personal Bond) |
1 | Indonesia | RM 3,000.00 | RM 250.00 |
2 | Filipina | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
3 | Sri Lanka | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
4 | Thailand | RM 3,000.00 | RM 250.00 |
5 | Kemboja | RM 3,000.00 | RM 250.00 |
6 | India | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
7 | Laos | RM 3,000.00 | RM 1,500.00 |
8 | Vietnam | RM 3,000.00 | RM 1,500.00 |
- Majikan yang telah diisytiharkan muflis tidak layak memohon.
- Permohonan PRA kedua, majikan mestilah:
- Mempunyai alasan yang kukuh dan
- Mempunyai pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
- Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
- Sebaik sahaja PRA tiba di negara ini, majikan hendaklah:
- Membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd. dan
- Mendapatkan pelekat PL(KS) di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri yang meluluskannya dalam masa 1 satu bulan dari tarikh tiba.
- Pastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta).
- Menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya termasuk waktu tidur.
- Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan:
- Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu
- Puasa bulan Ramadhan dan
- Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.
- Memastikan PRA tidak berkahwin di negara ini semasa memegang PL(KS).
- Maklum bahawa PRA tidak dibenarkan membuat Permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).
- Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
- Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) setelah lulus pemeriksaan kesihatan.
- Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:
- Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta.
- Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.
- Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan.
- Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA:
- Meninggal dunia
- Hilang
- Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
- Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
- Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan untuk tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan.
- Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang.
- Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan
- Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
- Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal PRA berkenaan di Malaysia.
- Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA.
Permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengambilan pembantu rumah asing boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan. Dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) Pembantu Rumah Warga Asing:
| |||||||||
Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara)
Permohonan yang tidak lengkap atau teratur akan ditolak.
Makluman : Pastikan PRA telah lulus pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA Sdn. Bhd. bagi tujuan lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja. Memo periksa keluar ialah permohonan keberangkatan pulang pekerja asing / pembantu rumah asing ke negara asal di atas sebab-sebab tertentu. Dokumen yang diperlukan :
Majikan hendaklah memastikan pekerja asing mereka pulang pada tarikh yang ditetapkan pada Memo Periksa Keluar melalui Pintu Keluar yang dipohon Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, pekerja asing tersebut masih dianggap bekerja dengan mereka dan majikan masih bertanggungjawab terhadap pekerja asing tersebut. Pehatian dan Peringatan
Download Borang2 PRA Baru Borang IMM12 http://www.imi.gov.my/images/Forms/pas/IMM12.pdf Borang IM38 http://www.imi.gov.my/images/Forms/visa/IM38.pdf Personal Bond http://www.imi.gov.my/images/Forms/pas/PersonalBond.pdf Lampiran B http://www.imi.gov.my/images/Forms/pra/LampiranB.pdf Lampiran C http://www.imi.gov.my/images/Forms/pra/LampiranC.pdfKontrak http://www.imi.gov.my/images/Forms/pra/kontrak.pdf | Personal Bond http://www.imi.gov.my/images/Forms/pas/PersonalBond.pdf |
No comments:
Post a Comment