Tuesday, 23 August 2011

Dinar Sebagai Mata Wang Mengatasi Krisis Ekonomi Global

By :HASSANUDDEEN A AZIZ

Abstrak

Krisis kewangan dalam institusi perbankan dan gadaijanji subprima yang berlaku dalampasaran kewangan di Amerika Syarikat merupakan titik permulaan kepada krisis ekonomi global yang mula dirasakan di seluruh dunia. Penulisan ini akan melihat dariaspek sebab dan akibat; pengurusan dalam pasaran kewangan tempatan dan keterkaitan dengan globalisasi ekonomi sebagai agen yang mepercepatkan masalah ekonomi dunia kini.

Pendahuluan

Pengurusan monetari dan kewangan merupakan faktor penting dalam
ekonomi sesebuah negara.  Kegagalan untuk melihat lebih awal tandatanda
kemerosotan dalam pasaran kewangan tempatan boleh
mengakibatkan rantaian kejatuhan ekonomi setempat dan juga ekonomi
global sekiranya sesebuah negara itu merupakan negara yang menguasai
ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat.
Dalam bulan Mei 2008, Bangsa-Bangsa Bersatu dalam persidangan
“Situasi Ekonomi Dunia dan Prospek 2008“   telah menjangkakan
ekonomi dunia akan berada dalam keadaan yang terburuk dan
menamakan situasi ini sebagai “ekonomi dalam keadaan pegun“. Akhir
tahun 2008 telah menyaksikan kejatuhan bank-bank ternama dunia, yang
selama ini menerajui dunia kapitalis dan pasaran kewangan. Kejatuhan
secara mendadak ini telah mengejutkan dunia kewangan sehingga ke akar
umbi sistem tersebut dan dianggap situasi terburuk sejak 1930an.

Ketamakan tanpa batasan dan tiadanya unsur akauntabiliti dalam
pengurusan monetari telah membawa implikasi buruk dan menyebabkan
 kejatuhan ekonomi dunia. Masalah kecairan global ini akan menjuruskan
pertumbuhan ekonomi negatif dan kebanyakan negara-negara peneraju
ekonomi dunia telah mengambil pendekatan untuk merangsang ekonomi
berdasarkan situasi ekonomi masing-masing, bagi menjamin keyakinan
pelabur dan memperbaiki keadaan ekonomi setempat.

Pasaran Kewangan

Pasaran/Sistem Kewangan

Pasaran kewangan merupakan satu fungsian yang menyediakan
kemudahan kepada individu atau institusi untuk mendapatkan sumber
dana untuk tujuan perbelanjaan lebih daripada apa yang disediakan
daripada sumber pendapatan sedia ada individu atau institusi terbabit.
Antara institusi yang terlibat dalam pasaran kewangan ialah institusi
perbankan dan insurans. Institusi-institusi ini memainkan peranan yang
besar dalam menentukan jatuh bangun ekonomi sesebuah negara.
Peranan pasaran kewangan atau sistem kewangan dalam ekonomi
sesebuah negara termasuklah menyediakan pasaran modal bagi individu
dan institusi-institusi perniagaan lain. Penyedia perkhidmatan dalam
pasaran kewangan juga terlibat dalam menentukan bentuk pelaburan
yang akan dipilih oleh pengguna individu atau pengguna dalam skala
yang lebih besar seperti syarikat-syarikat korporat.
Interaksi, dari segi penyampaian maklumat antara penyedia
perkhidmatan dan pengguna perkhidmatan dalam pasaran kewangan dan
juga bagaimana pasaran kewangan diuruskan akan memberi impak yang
besar kepada kecekapan dan kejayaan sistem kewangan itu sendiri
khasnya, dan impak pada ekonomi amnya.
Krisis ekonomi global yang mula dirasakan bahangnya pada hari ini
adalah berpunca daripada kegagalan pengurusan maklumat dan
pengurusan sistem kewangan itu sendiri.

Pasaran Kewangan dan Krisis Kewangan

Definisi ringkas pasaran kewangan seperti yang dinyatakan di atas
menerangkan secara ringkas peranan atau fungsi institusi-institusi
kewangan yang merupakan antara faktor utama penggerak ekonomi
sesebuah negara.
Dalam pasaran kewangan berlaku banyak jenis transaksi kewangan.
Bagi melihat secara lebih terperinci dalam penulisan ini, penulis memilih
transaksi antara peminjam dan penyedia kemudahan pasaran kewangan
sebagai contoh utama dan juga merupakan penyebab utama krisis
ekonomi hari ini.
Peminjam boleh terdiri daripada peminjam individu atau peminjam
institusi yang membentuk hutang isi rumah dan hutang korporat. Jenis
pinjaman terbahagi kepada dua bentuk asas, iaitu pinjaman jangka
pendek dan pinjaman jangka panjang. Pinjaman yang lebih berisiko
tinggi ialah pinjaman jangka panjang. Kebanyakan pinjaman individu
untuk jangka panjang melibatkan pinjaman gadaijanji seperti pinjaman
untuk pembiayaan rumah. Bagi peminjam institusi pula, pinjaman jangka
panjang merupakan pinjaman untuk mendapatkan sumber modal dan
menjalankan perniagaan.

Secara asasnya, satu kitaran kewangan yang lengkap antara
peminjam dan penyedia kemudahan akan membantu menggerakkan
ekonomi, dan kedua-dua pihak akan mendapat manfaat daripada
transaksi tersebut. Krisis kewangan akan berlaku sekiranya kitaran
tersebut tidak berjalan dengan baik dan penyedia kemudahan pinjaman
terpaksa menanggung beban hutang tidak berbayar yang tinggi. Apabila
hutang tidak dapat dibayar oleh peminjam, kecairan bank terutamanya
melibatkan penyediaan modal untuk menjalankan transaksi lain akan
berkurangan. Dalam jangka panjang dan jumlah hutang tidak berbayar
yang besar, bank juga akan kehilangan keupayaan untuk membayar
hutang dengan institusi kewangan lain.
Krisis kewangan boleh dilihat sebagai satu situasi di mana berlaku
kejatuhan nilai sesebuah institusi kewangan atau kejatuhan nilai sejumlah
aset yang besar milik sesebuah institusi itu. Kejatuhan nilai ini boleh
berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Seperti yang dibincangkan secara
ringkas dalam perenggan di atas, kegagalan institusi dalam pasaran
kewangan untuk menyediakan satu sistem pengurusan kewangan yang
baik akan membawa kepada kesan yang buruk dalam jangka masa yang
panjang.
Apa yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia hari ini,
terutamanya di Amerika Syarikat merupakan satu krisis kewangan yang
bermula dengan satu sistem pemberian pinjaman yang dikenali sebagai
gadaijanji subprima yang semakin meningkat. Pinjaman gadaijanji ini
melibatkan pemberian pinjaman perumahan kepada golongan yang
mempunyai kemampuan untuk membayar balik pinjaman yang rendah
atas pelbagai sebab. Jumlah pinjaman subprima yang tinggi ini
diburukkan lagi oleh cara pengurusan kewangan seperti menyandarkan
sekuriti dengan pinjaman subprima. Dalam pasaran kewangan produk ini
dikenali sebagai mortgage-backed securities (MBS).
Sistem yang digunakan ini telah dikesan menampakkan impak
negatif sejak awal abad ke-20, tetapi seperti diabaikan oleh banyak pihak
dan menyebabkan kesan buruk yang tidak dapat diselamatkan lagi. Satu
artikel dalam  World Economic Journal tulisan Andrew G. Haldane
melihat krisis kewangan gadaijanji subprima ini sebagai kesan kegagalan
menguruskan risiko dan maklumat dalam sistem kewangan.
Apabila wujud terlalu banyak pihak dan instrumen dalam struktur
sistem kewangan, akan wujud lebih banyak jurang informasi terutamanya
dalam menguruskan maklumat tentang pemindahan risiko dari satu
instrumen kewangan ke instrumen yang lain, dan dari satu pihak ke pihak
yang lain.  Ini mungkin akan menghasilkan penilaian yang salah tentang
kecekapan sesuatu instrumen kewangan atau produk kewangan itu
sendiri, dan menyebabkan cara pengurusan pasaran kewangan yang salah
seperti apa yang berlaku dalam krisis gadaijanji subprima ini.
Pasaran Kewangan Amerika Syarikat
Merujuk kepada nilai pasaran bagi sektor-sektor penggerak ekonomi di
Amerika Syarikat, sektor bank komersil dan pelbagai institusi kewangan
merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara
tersebut. Data dari Financial Times, 2001 menunjukkan sektor kewangan
memegang 18.29% daripada keseluruhan sektor, penyumbang kedua
terbesar selepas sektor perkomputeran, 24.46%.
Bank-bank pelaburan dan institusi penyedia dana telah menetapkan
campur tangan minima kerajaan dalam pengurusan kewangan institusiinstitusi tersebut.
Ini telah membawa kepada kepincangan dalam sistem
kewangan sedia ada, iaitu kurangnya akauntabiliti dan ketelusan. Krisis
kewangan dunia yang sedang dihadapi hari ini berpunca dari sikap tamak,
penyalahgunaan kuasa dan tiadanya ketelusan dan sikap akauntabiliti ini.
Bermula dari broker gadaijanji yang memasarkan produk pinjaman yang
sedia diketahui akan gagal, bank pelaburan yang melaburkan hutang
dalam bentuk sekuriti untuk mendapat pusingan modal, penilaian produk
kewangan yang bermasalah sebagai kategori AAA dan bank pusat yang
telah merendahkan kadar bunga selepas peristiwa 9/11 dan krisis-krisis
syarikat di dunia maya, semuanya telah menyumbang kepada satu
rantaian masalah kewangan yang sangat panjang dan bagai tiada
penghujung.

Wall Street sebagai peneraju utama pasaran saham Amerika Syarikat
telah beroperasi dengan saham berkualiti rendah, kredit murahan dan
diuruskan dengan sikap tamak. Persekitaran di mana kredit murahan
dipasarkan telah membolehkan peminjam tidak membayar pinjaman
gadaijanji sehingga dua tahun dan membeli hartanah bernilai lima puluh
kali ganda daripada gaji tahunan mereka. Pinjaman gadaijanji yang tidak
berkualiti dari setiap individu ini kemudiannya digabungkan dan
dipasarkan sebagai bon dalam pasaran kewangan - diberi kadar penilaian
terbaik AAA oleh Moody’s atau Standard & Poor  - dan kemudiannya
dijual kepada bank-bank dan dana-dana persaraan seluruh dunia. Jelas,
penilaian ini dibuat atas dasar ketamakan semata-mata.
Kejatuhan terus-menerus harga pasaran rumah di Amerika Syarikat
dari hujung tahun 2006 sehingga 2007 dan 2008 telah meningkatkan
kegagalan membayar balik pinjaman perumahan serta pasaran sekuriti
dan derivatif yang terkait dengan sektor tersebut. Krisis gadaijanji
subprima ini menjadi sebab utama kepada kejatuhan dan kebankrupan
intitusi kewangan dan seterusnya kejatuhan pasaran kewangan secara
meluas. Gadaijanji subprima ini telah dilihat sebagai masalah utama yang
membawa kepada berlakunya krisis kewangan.
Dalam situasi yang sedang dihadapi oleh pasaran kewangan pada
hari ini, perkara yang lebih meruncing ialah institusi kewangan
kehilangan keyakinan atau kemampuan untuk memberi pinjaman.
Institusi ini memerlukan modal untuk beroperasi dan kerugian yang
sedang dialami akan mengakibatkan pengurangan  dalam jumlah
pinjaman yang akan diberi kerana kecairan diperlukan untuk menjana
kembali modal. Kerajaan Amerika Syarikat cuba menyediakan
kemudahan untuk menyediakan kecairan untuk membiayai institusi
kewangan, tapi masih gagal untuk mengatasi masalah tersebut
sepenuhnya.
Beberapa buah bank utama di Amerika Syarikat yang terlibat secara
terus dalam krisis gadaijanji subprima  seperti Lehman Brothers, Morgan
Stanley dan Citigroup telah mengalami kejatuhan serta-merta sebagai
kesan daripada kegagalan sistem tersebut. Antara institusi kewangan lain
yang turut terlibat dalam kejatuhan semasa krisis ini ialah Northern Rock,
sebuah bank terbesar British pada awal 2008; Bear Stearns diambil alih
oleh kerajaan; pemindahan milik Countrywide Financial kepada Bank of
America; Fortis, Merill Lynch, dan Freddie Marc and Fannie Mae.
Antara lain kesan paling buruk yang dirasai di Amerika Syarikat,
pengeluaran pembuatan jatuh sebanyak 10 peratus dari tahun sebelumnya.
Kadar kerugian dianggarkan berjumlah $1.2 trillion. Indeks Dow Jones
turut menurun dan berada di bawah 7000 mata sejak April 1997.
Sepanjang bulan Januari hingga Oktober 2008, pasaran saham Amerika
Syarikat dilaporkan telah mengalami pengurangan nilai saham sebanyak
$8 trillion, nilai asal pelaburan berjumlah $20 trillion berkurang kepada
$12 trillion.
Kejatuhan nilai dalam jumlah simpanan dan pelaburan serta nilai
aset untuk persaraan juga berlaku dengan cepat. Dalam tempoh dua hari
selepas kejatuhan Lehman Brothers, sejumlah $150  billion telah
dikeluarkan dari simpanan.
Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang bermula dengan krisis
kewangan ini, bank-bank dan institusi seperti syarikat-syarikat insurans
di Amerika Syarikat memerlukan jangka masa yang panjang untuk pulih.
Sebagai salah satu sektor utama yang menyumbang kepada ekonomi
negara, kejatuhan pasaran kewangan Amerika Syarikat ini telah
membawa kesan yang besar kepada ekonomi dan sosial setempat.
Tambahan pula, sistem ekonomi Amerika banyak bergantung pada
pasaran bebas dan sistem kapitalisme. Ini mungkin akan membawa
akibat yang lebih buruk pada ekonomi negara tersebut.
Pasaran Kewangan Malaysia
Secara umumnya, asas utama dalam sistem pasaran kewangan di
Malaysia didominasi oleh sektor perbankan. Sektor perbankan ini
memainkan peranan utama dan boleh  menjadi petunjuk dalam jatuh
bangun ekonomi negara Malaysia. Walau bagaimanapun, kerajaan masih
memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pasaran kewangan
Malaysia, berbanding dengan Amerika Syarikat yang lebih bergantung
pada mekanisme pasaran.
Berdasarkan kepada fakta dari APF Country Study, penggantungan
Malaysia kepada kadar pelaburan asing bagi pembiayaan pelaburan baru
adalah lebih kepada sumber pembiayaan dalaman. Ini secara tidak
langsung memberi kelebihan pada Malaysia kerana kurang terdedah
dengan kesan globalisasi pasaran kewangan dan kebergantungan pada
sumber pembiayaan asing.
Kita dapat melihat struktur penumpuan pelaburan dalam pasaran
kewangan di Malaysia bahwa sebahagian besar pelaburan adalah
melibatkan dana yang mendapat sokongan dan jaminan kerajaan seperti
simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF).

Krisis ekonomi yang pernah dihadapi oleh Malaysia pada tahun
1997 adalah disebabkan serangan spekulasi kepada pasaran kewangan
yang melibatkan pasaran matawang. Dalam usaha memulihkan pasaran
kewangan Malaysia sewaktu menghadapi krisis ekonomi 1997, kerajaan
memainkan peranan yang penting dalam memperketatkan  dasar
monetari dan dasar fiskal negara. Antara lain tindakan yang diambil
untuk meghadapi krisis tersebut, kerajaan telah mengambil langkah
seperti mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menghentikan
pelaksanaan projek mega seperti Projek Empangan Bakun di Sarawak.
Kerajaan Malaysia dilihat telah mengambil satu langkah bijak dengan
tidak bergantung kepada IMF untuk keluar daripada kemelut ekonomi
pada tahun 1997.
Kesan baik dari krisis ekonomi tersebut sedikit sebanyak
menyediakan Malaysia untuk lebih berhati-hati dalam menghadapi krisis
ekonomi global pada hari ini. Krisis ekonomi Amerika Syarikat yang
telah menular menjadi  masalah global kini tidak memberi kesan secara
lansung kepada pasaran kewangan Malaysia, tetapi dilihat akan memberi
kesan secara tidak langsung dari segi kemelesetan dalam ekonomi atau
menyumbang kepada kadar pertumbuhan yang lebih perlahan.

Ekonomi Mikro

Ekonomi mikro didefinasikan secara ringkas sebagai satu bidang kajian
untuk melihat bagaimana firma dan isi rumah membuat keputusan dan
bagaimana mereka berinteraksi dengan pasaran.
Petunjuk Ekonomi untuk Pengguna Isi Rumah/Firma
Petunjuk kepada keadaan ekonomi semasa dalam konteks ekonomi mikro
lebih merujuk kepada sesetengah aspek kelakuan manusia, contohnya
reaksi  individu dan firma terhadap perubahan harga produk. Antara lain
bidang kajian ini juga melihat sebab-sebab kepada permintaan sesuatu
barangan atau perkhidmatan dan contoh-contoh kelakuan pada satu-satu
masa berkait dengan permintaan untuk pasaran.
Peranan Pengguna Individu dan Kesan Terhadap Ekonomi
Dalam bidang ekonomi mikro kita dapat melihat keterkaitan yang rapat
antara kelakuan individu atau firma dengan permintaan terhadap sesuatu
barangan atau perkhidmatan.  Persekitaran ekonomi akan banyak
mempengaruhi pengguna. Dalam dunia global hari ini, pengguna bukan
sahaja merujuk kepada ekonomi setempat, malah turut menilai keadaan
ekonomi global untuk membuat sesuatu keputusan.
Krisis ekonomi yang sedang dihadapi oleh dunia Barat sedikit
sebanyak akan mempengaruhi cara  individu berbelanja. Para pengguna
akan mengurangkan perbelanjaan sebagai langkah berjaga-jaga
menghadapi kegawatan ekonomi.  Dalam situasi ekonomi seperti ini,
institusi kewangan akan cuba menawarkan produk pinjaman untuk
merangsang perbelanjaan. Jika ini berlaku secara berterusan, ekonomi
akan sukar untuk dipulihkan kerana perbelanjaan banyak bergantung
kepada hutang.
Peranan kerajaan adalah perlu untuk kembali menyuntik elemenelemen
yang akan membantu menstabilkan ekonomi dalam keadaan
krisis seperti ini.

Ekonomi Makro

Ekonomi makro pula merupakan satu bidang kajian yang lebih luas untuk
melihat  fenomena ekonomi termasuk inflasi, pengangguran dan
pertumbuhan ekonomi.

Petunjuk Ekonomi Makro

Analisa terhadap data ekonomi makro sesebuah negara dapat digunakan
untuk melihat pertumbuhan ekonomi semasa. Antara contoh data yang
boleh digunakan sebagai petunjuk dalam ekonomi makro ialah Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara, kadar ekport dan juga
kadar pengangguran.
Dalam penulisan ini, salah satu sumber untuk analisa data ialah dari
World Economic Outlook,  International Monetary Fund (IMF) yang
menunjukkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia sehingga tahun 2010
bagi Negara-negara Maju dan Negara-negara Membangun.
Daripada data ini dapat dilihat unjuran pertumbuhan ekonomi yang
lebih positif dijangkakan berlaku di negara-negara Asia dan Negaranegara
Dunia Ketiga berbanding dengan Negara-negara Maju. Data ini
juga mengunjurkan pertambahan dalam kadar import dan eksport bagi
Negara-negara Membangun berbanding Negara-negara Maju. Malah
jangkaan pertumbuhan positif yang agak besar dibuat bagi tahun 2010
dengan jumlah import 1.9 bagi Negara-negara Maju dan 5.8 bagi negara
dalam kategori membangun. Kadar eksport bagi Negara-negara Maju
dalam tahun 2010 dijangka berjumlah  2.1 berbanding 5.4 bagi
Negaranegara Membangun. Ini menunjukkan aktiviti ekonomi yang lebih pesat
dijangka berlaku di Negara-negara Membangun tersebut.


Merujuk kepada  masalah yang bermula semasa pentadbiran Bush
dengan krisis gadaijanji subprima ini bagaikan satu wabak, telah merebak
ke sektor lain dalam ekonomi dan ke negara-negara lain di seluruh dunia.
Petunjuk-petunjuk faktor ekonomi seperti Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK), eksport, baki pinjaman dan peluang pekerjaan, kadar
penggunaan, inflasi dan  pasaran saham telah mula menunjukkan tandatanda
penurunan dan kesan negatif akibat  daripada krisis ini.
Antara negara yang telah meminta bantuan bagi medapatkan
kecairan jangka pendek daripada IMF ialah  Iceland, Pakistan, Hungary,
Serbia dan Ukraine. Negara-negara lain mungkin akan mengikuti jejak
langkah ini sekiranya keadaan negatif ekonomi ini akan berpanjangan.
Kesan negatif ini dapat diukur daripada pertumbuhan KDNK
beberapa negara yang mula tumbuh secara perlahan. KDNK Malaysia
dianggar berjumlah 3.5 peratus dalam tahun 2009 (2008 : 5%); Indonesia
pada 4.5% (2008 : 6%); Vietnam 6% (2008 : 6.8%); Singapura menurun
sebanyak 1.2% (2008 : 1.2%), AS menurun sebanyak 5.5% ; Arab Saudi
6% ( 2008 : 6.8%) ; India 5% (2008: 5.3%).
Kadar eksport negara-negara Asia terutamanya, yang selama ini
dikenali sebagai “  kilang dunia“ telah menurun akibat daripada krisis ini.
Kadar eksport Korea Selatan jatuh sebanyak 34 % dalam bulan Januari ;
Jepun 46% ; Taiwan 44% ; Filipina 40% ; Singapura 38%; Indonesia
20% ; Thailand 16%; Malaysia 15% ;  Vietnam 5% dan China merosot
sebanyak 18%. Dalam keadaan ini negara-negara Asia patut mula
memikirkan strategi baru untuk mengurangkan kebergantungan eksport
ke negara-negara Barat.
Kadar pengangguran termasuk di negara maju juga turut meningkat,
di AS kadar pengangguran telah meningkat kepada 7.6%, manakala di
India sebanyak 7.2%, dan di Jepun 4.1%.
Dasar Ekonomi Negara dan Kesan Terhadap Ekonomi
Dasar yang dijalankan dalam sesebuah negara banyak membentuk polisi
dalam menghadapi kemelut seperti yang dihadapi oleh dunia kini. Pada
asasnya terdapat tiga elemen yang boleh diubah dan dikawal untuk
mengatasi masalah dalam pasaran kewangan ini iaitu pengurusan
monetari, dasar fiskal dan instrumen kadar tukaran.
Bagi mengatasi masalah seperti yang dihadapi dalam krisis kini
dengan menggunakan polisi monetari sesebuah negara, bank pusat perlu
menurunkan kadar bunga dan merendahkan kadar rizab dan ini
membolehkan bank memberi pinjaman dengan lebih banyak dan
seterusnya meningkatkan perbelanjaan pengguna dan pelaburan untuk
membantu pertumbuhan ekonomi.
Dalam melaksanakan dasar fiskal pula, perbendaharaan sesebuah
negara boleh merendahkan kadar cukai dan menggalakkkan perbelanjaan
dalam masyarakat untuk mengimbangi bajet defisit yang disebabkan
perbelanjaan kerajaan.
Manakala menggunakan kadar tukaran sebagai satu alat untuk
memulihkan keadaan  krisis adalah dengan cara merendahkan kadar
pertukaran matawang asing, menjadikan persaingan eksport lebih
kompetitif dan dan meningkatkan penggunaan barangan keluaran
tempatan.

Kelembapan ekonomi akan membawa kepada kemelesetan tanpa
langkah-langkah segera yang  diambil oleh kerajaan sesebuah negara.
Untuk menggalakkkan pertumbuhan ekonomi kita perlu merangsang
kadar penggunaan, eksport pelaburan atau perbelanjaan kerajaan. Dalam
keadaan ekonomi sekarang hanya perbelanjaan kerajaan akan
menyumbang kepada pertumbuhan positif ekonomi.
Antara tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi
masalah ekonomi seperti yang berlaku kini adalah dengan menyediakan
pakej perangsang ekonomi. Baik Malaysia, mahu pun Amerika Syarikat,
kedua-dua negara telah mengumumkan pakej rangsangan masing-masing,
dengan tumpuan diberikan dalam penambaikan infrastruktur. Negaranegara lain
di seluruh dunia turut mengambil inisiatif yang sama untuk
merangsang ekonomi negara masing-masing. Jumlah jutaan dollar telah
diperuntukkan dan dibelanjakan untuk menyelamatkan institusi
kewangan utama.
Amerika Syarikat telah mengumumkan pakej rangsangan berjumlah
US$937 billion; UK US$29 billion; Jerman US$103 billion; China
US$586 billion; India US$4 billion; Jepun US$51 billion, Malaysia RM7
billion (dan pakej kedua berjumlah RM60 billion) ; Indonesia US$6.15
billion ; Singapura US$13.7 billion; Thailand US$3.28 billion; Saudi
Arabia US$400 billion.
Dana negara tersebut mungkin akan digunakan untuk membeli dan
menjamin kembali kestabilan bank-bank dan instutusi kewangan dengan
cara membeli pinjaman tidak berbayar (hutang lapuk), hutang korporat ,
saham, kertas komersil dan produk derivatif dan lain –lain aset kewangan
daripada bank dan institusi kewangan untuk menyelamatkan keadaan
tenat dalam sektor tersebut.
Walau bagaimanapun terdapat perdebatan bahawa tindakan
menjamin institusi-institusi kewangan adalah langkah yang kurang bijak,
kerana berlaku kebimbangan ini akan berbentuk penyelesaian sementara
dan masalah yang sama akan berulang di masa akan datang.
Memetik tulisan Hardev Kaur dalam New Straits Times bertarikh 12
Disember 2008, antara lain Presiden Barrack Obama mengumumkan
antara pakej rangsangan yang dirancang untuk membantu memulihkan
krisis ekonomi Amerika  termasuk menambah baik infrastruktur seperti
jalan raya, jambatan, sekolah dan perumahan awam. Perancangan itu
juga termasuk memodenkan hospital sedia ada dan memperbaiki sistem
perubatan untuk individu.

DINAR SEBAGAI MATA WANG MENGATASI KRISIS EKONOMI GLOBAL 2008


Sektor lain yang turut diberi perhatian ialah pembangunan sumber
manusia, pemberian bonus kepada individu untuk pembelian kereta baru
bagi membantu memulihkan kembali industri automobil, memulihkan
aset bermasalah dan menyelamatkan pemilik rumah dari kebankrupan.
Rasional tindakan ini adalah untuk menyediakan kecairan pada institusi
perbankan, menyediakan kembali peluang pekerjaan, menggalakkan
perbelanjaan boleh guna individu yang akan membantu menyumbang
pada ekonomi dan mengembalikan keyakinan dalam pasaran dan ke arah
menstabilkan kembali ekonomi negara.
Malaysia turut mengambil langkah awal  untuk menghadapi krisis
yang dijangka akan membawa kesan kelembapan ekonomi jangka
panjang ini. Antara tindakan kerajaan ialah memberi jaminan ke atas
deposit bank, menarik balik sebahagian peratusan 30 peratus ekuiti
Bumiputera bagi tawaran awam (IPO) dan menurunkan kos menjalankan
perniagaan dengan menyegerakan kelulusan lesen pengilangan.
Struktur pasaran kewangan yang tidak terdedah kepada sekuriti
hutang hasil daripada gadaijanji subprima dan kebanyakan aset bank dan
syarikat insurans dalam denominasi  ringgit merupakan satu kelebihan
untuk pasaran kewangan Malaysia. Di sini dapat dilihat peranan kerajaan
dan dasar ekonomi sedia ada sesebuah negara akan memberi kesan pada
kestabilan ekonomi itu sendiri.
Krisis ekonomi global ini menunjukan sensitiviti seluruh dunia yang
sangat cepat terhadap satu perubahan atau kejatuhan dalam pasaran
kewangan, memerlukan semua pihak berfikir dengan lebih mendalam
bagaimana masalah ini akan diatasi pada masa hadapan. Krisis ini juga
dilihat segabai membuka peluang untuk menilai sistem kewangan
kapitalis sedia ada dan membuka peluang baru kepada sistem kewangan
Islam khasnya.

Implikasi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi

Keberkesanan Pelaksanaan Pakej Rangsangan

Krisis ekonomi yang sedang dihadapi dunia hari ini bukan mudah untuk
dinilai dan apa langkah yang paling tepat perlu dilakukan untuk
mengatasinya masih menjadi persoalan. Akan tetapi sekurang-kurangnya
semua pihak tahu bagaimana dan di mana krisis ini bermula, ini mungkin
memudahkan kita mencari penyelesaian yang  bersifat penyelesaian
jangka panjang.HASSANUDDEEN A AZIZ
e 121 f
Pelbagai cadangan telah dikemukakan seperti menyediakan sumber
kemudahan pinjaman melalui institusi seperti IMF atau Bank Dunia.
Masalah yang telah menjadi masalah global ini memerlukan penyelesaian
yang melibat banyak pihak dan bukan kumpulan ekonomi tertentu sahaja
melibatkan 7, 8 atau 20 buah negara.
Sistem kewangan yang ada pada hari ini sebenarnya merupakan satu
penyelesaian berbentuk  tindakan sementara (ad-hoc) apabila sistem
kewangan lama dunia dimusnahkan oleh Presiden Nixon pada lewat
1970an. Apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya menunjukkan
kegagalan sistem yang telah berfungsi lebih dari empat dekad ini. Ini
sebetulnya merupakan peluang bagi orang Islam untuk menaikkan
kembali sistem ekonomi Islam yang pernah menerajui dunia satu masa
dahulu.
Banyak dari pengkaji ekonomi Islam sebenarnya menidakkan
kecekapan sistem pasaran kewangan dan pengurusan ekonomi Barat
yang berasaskan matawang fiat tanpa sokongan nilai matawang sebenar,
tetapi masih tidak mampu menyediakan platform sendiri untuk
mempunyai satu sistem ekonomi Islam.
Negara-negara Islam pada hakikatnya mempunyai kelebihan dan
kemampuan untuk mempunyai satu sistem kewangan dan pakatan
ekonomi sendiri kerana kekayaan sumber bumi yang dimiliki tetapi tidak
menggunakan kelebihan yang ada dengan sepatutnya. Dalam keadaan
dunia hari ini masih banyak Negara Islam yang sebilangan besar
rakyatnya berada dalam kemiskinan, dan kesan daripada krisis ini pasti
akan lebih dirasai.
Negara-negara Islam serantau seperti Malaysia, Indonesia dan
Negara-negara Asia Barat perlu bersatu untuk mengukuhkan ekonomi
dan seterusnya tanpa berlengah-lengah mengambil peluang daripada
kejatuhan sistem kewangan yang diperkenalkan oleh Barat ini dan
mengukuhkan peranan sistem ekonomi Islam itu sendiri.
Dalam keadaan sekarang, sistem kewangan Islam yang telah
diperkenalkan sebagai sistem alternatif terutamanya di Malaysia selama
ini, dilihat tidak turut diseret dalam situasi  yang makin meruncing ini.
Sistem kewangan dan ekonomi Islam yang bersandar kepada nilai aset
dan bukan atas keperluan permintaan dan penawaran semata-mata telah
membuktikan adanya ciri-ciri yang berbeza dalam sistem tersebut. Antara
lain sistem kewangan Islam itu sendiri menekankan nilai seperti lebih
bersifat transparen, rasional dan adil. Sistem ekonomi Islam juga tidak
menggunakan pendekatan kadar bunga bagi tujuan mendapat untung.


Sistem ini tidak membuka peluang kepada manipulasi pasaran dan sikap
tamak pengendali sistem itu sendiri.
Antara cabaran untuk merevolusikan pendekatan pasaran kewangan
ekonomi Islam ialah keperluan kepada pengamal profesional yang boleh
mengharmonikan perbankan dan kewangan Islam dengan sistem
konvensional. Ini perlu untuk menembusi pasaran kewangan kapitalis
sedia ada, dan membuka mata mereka tentang kebaikan jangka panjang
yang ada dalam sistem kewangan Islam. Masyarakat Islam juga perlu
lebih kreatif dalam memperkenalkan produk baru dengan ciri-ciri
berbeza dalam pasaran kewangan berbanding dengan produk sedia ada
dalam sistem kewangan konvensional.
Peluang yang ada ini perlu diambil dan disahut sebagai satu cabaran
untuk membuktikan sistem kewangan Islam adalah satu sistem yang
lebih baik, adil, tepat dan beretika.
Satu lagi isu yang mungkin timbul ialah jika bank-bank pusat mula
menawarkan produk pinjaman dengan kadar bunga sifar, bagaimana kita
akan membezakan pinjaman dengan kadar bunga sifar ini dengan produk
kewangan Islam yang tidak mengenakan bayaran bunga.  Perkara asas
akan menjadi penilaian untuk membezakan antara dua sistem yang
kelihatan seakan-akan sama ini. Dalam keadaan kadar bunga sifar,
ekonomi masih berasaskan kepada konsep hutang di mana masih berlaku
pemberian hutang secara meluas seperti yang sedang berlaku dalam
pasaran sekarang, tetapi sebaliknya jika sistem kewangan Islam tanpa
kadar bunga dilaksanakan, kadar keuntungan antara pihak-pihak yang
terlibat ditentukan oleh perkongsian untung rugi dan bukan atas kadar
bunga.
Umat Islam seluruh dunia sememangnya sangat memerlukan
khidmat kewangan Islam dan sumber kewangan yang bersifat halal dan
pasaran untuk produk ini adalah sangat meluas di mana umat Islam
sendiri berjumlah seramai 1.5 billion orang. Dengan adanya pasaran
kewangan Islam, ini juga dapat membantu umat Islam yang miskin yang
memerlukan sumber pembiayaan mendapatkan peluang pembiayaan
tanpa terus tertindas seperti dalam ekonomi kapitalis sekarang.
Situasi sekarang dilihat sebagai peluang terbaik untuk umat Islam
memulakan langkah ini di mana pihak “lawan” sedang menghadapi
kemelut dan kurangnya kepercayaan pengguna terhadap pasaran
kewangan sedia ada. Peluang juga dilihat sebagai lebih cerah sekiranya
pengenalan penggunaan kadar bunga sifar adalah tidak berjaya. Kita
dapat membuktikan secara tidak langsung perbezaan anatara sistem tanpa
kadar bunga dan sistem dengan kadar bunga sifar

Sesetengah pihak mempertikaikan Jepun dan beberapa bank yang
memperkenalkan kadar bunga sifar sebagai yang kelihatan sama seperti
sistem tanpa kadar bunga. Sekali lagi kita perlu kembali melihat kepada
akar umbi sistem itu sendiri di mana faktor penting yang membezakan
antara sistem bukan Islam dan kewangan Islam itu sendiri ialah tiada
pemberian hutang dalam Islam kecuali benar-benar untuk tujuan
membantu pihak yang terdesak dan memerlukan. Hutang bukan untuk
diniagakan dan perkongsian dan proses mencari untung dalam
perniagaan termasuk pasaran kewangan perlu melibat perkongsian
untung rugi dan bukan atas dasar riba atau untung yang diambil dari
kadar bunga.
Adakah benar polisi kadar bunga sifar akan mengurangkan
kecekapan dan keberkesanan agihan sumber kewangan?  Kejayaan
sistem kadar bunga sifar ini dapat dijamin sekiranya institusi yang
meminjam dapat menggunakan wang yang dipinjam dengan kadar bunga
sifar dan berjaya dipasarkan sebagai produk pinjaman kepada pengguna
individu atau firma. Akan tetapi dalam keadaan ekonomi semasa seperti
sekarang, pengguna sedia terbeban dengan hutang sedia ada dan tidak
bersedia untuk mendapatkan produk baru. Para peminjam yang tidak
berminat dengan hutang baru ini akan menyebabkan bank mempunyai
lebihan modal. Ini akan memberi impak buruk pada kehidupan
masyarakat sekiranya kelebihan mendapat pinjaman pada polisi kadar
bunga sifar tidak dapat dirasai oleh masyarakat dan menyebabkan
institusi kewangan menikmati wang lebihan secara percuma dan
mempunyai kekayaan terkumpul yang banyak dan rakyat  yang perlu
menanggung beban dan menderita.
Krisis dalam pasaran kewangan ini telah menular dan meninggalkan
kesan negatif terhadap kegiatan  ekonomi sebenar negara. Ketua-ketua
Negara Barat dan AS sendiri telah mengumumkan tindakan untuk
menyelamatkan institusi kewangan di negara masing-masing daripada
kehancuran. Sikap berat sebelahjelas ditunjukkan dalam institusi
kewangan dunia seperti IMF di mana polisi yang berbeza dikenakan pada
Negara Barat dan Negara Membangun atau Dunia Ketiga lain ketika
menghadapi krisis ekonomi pada 1997-98. Negara-negara terbabit
diminta menaikkan kadar bunga serta-merta. Ini menyebabkan peminjam
individu dan juga firma tidak dapat membyar balik pinjaman mereka dan
menyebabkan kemelesetan ekonomi. Sebaliknya apabila berlaku perkara
yang sama pada AS, badan kewangan dunia ini telah cuba memperbaiki
keadaan dengan memperkenalkan kadar bunga sifar. Sewaktu krisis 1997
negara Asia telah dinasihatkan oleh badan dunia itu untuk tidak member

bantuan kewangan kepada bank-bank yang menghadapi krisis atas alasan
menjatuhkan moral dan kesilapan yang sama akan diulangi. Banyak bank
di Indonesia telah ditutup kerana bank pusat dinasihatkan untuk tidak
menyelamatkan bank-bank tersebut. Ini jelas menunjukkan sikap berat
sebelah institusi besar seperti IMF dalam menangani masalah dalam
pasaran kewangan.
Dalam situasi sekarang kita sepatutnya dapat satu melihat
perhubungan yang jelas dalam pasaran kewangan antarabangsa.
Bagaimana AS yang sedang mengalami masalah hutang berjumlah
trillion Dollar AS dan mengalami kejatuhan dalam pasaran sahamnya
masih mampu mengekalkan permintaan dan pergantungan dunia pada
nilai matawang Dollar AS? Apabila kerajaan AS mengumumkan pakej
rangsangan berjumlah US$ 787 billion, kita juga harus memikirkan
bagaimana pakej ini akan dibiayai dan dari sumber mana AS akan
medapatkan peruntukan sebanyak itu? Negara China dan Jepun yang
merupakan dua buah negara yang  memegang bil kerajaan AS dalam
jumlah yang besar iaitu US$696.2 billion dan US$578.3 billion masingmasing,
telah diminta membantu menstabilkan keadaan krisis ekonomi
yang sedang dihadapi ini. China yang mempunyai lebihan dagangan
dilihat dapat merangsang  eksport ke AS dan membantu dalam
menstabilkan ekonomi AS. Dengan ini  AS akan dapat menambah jumlah
hutang dan keperluan sebenar kepada ekonomi akan ditanggung oleh
China.
Bajet fiskal AS pada tahun 2009 menunjukkan kadar defisit pada
jumlah US$1.2 trillion. Pada tahun 2008 jumlah defisit fiskalnya
berjumlah US$438 billion. Keadaan ekonomi yang lemah menarik
pelabur kepada produk seperti bon kerajaan yang kurang berisiko. AS
akan membiayai pakej rangsangannya yang berjumlah US$700 billion
dengan menggunakan hutang. Wang ini akan digunakan untuk
menyelamatkan beberapa institusi kewangan yang terlibat dalam krisis
seperti Fannie Mae, Freddie Mac dan AIG. Ramalan telah dibuat bahawa
jumlah hutang AS akan meningkat dari US$10.6 trillion kepada US$11.3
trillion. Bajet defisit dijangka akan meningkat sehingga US$900 billion
bagi tahun fiskal 2009. Sebahagian daripada hutang ini perlu di biayai
semula.

Sumber Pembiayaan

Konsep yang digunakan dalam ekonomi semasa diseluruh dunia pada
masa ini adalah berasaskan mendapatkan sesuatu daripada sesuatu yang
tidak ada. Kapitlisme pada asasnya didasarkan atas ketamakan.
Kepercayaan pada sistem pasaran dan pihak yang terlibat dalam
menguruskan sistem tersebut telah membawa kepada adanya pasaran
kewangan pada hari ini.  Krisis yang berlaku pada hari ini berlaku apabila
ada pihak yang memanipulasi pasaran dan tidak amanah dalam
melaksanakan peranan mereka sebagai sebahagian daripada sistem
kewangan itu sendiri.
Jika dilihat secara teori tidak ada negara lain yang dapat membiayai
atau mendapatkan hutang baru dalam keadaan ekonomi seperti ini.
Perkara ini boleh dilakukan oleh Negara AS kerana banyak negara di
dunia dalam sistem sedia ada mengikat nilai dagangan dan menggunakan
Dollar AS sebagai matawang utama dalam pertukaran, perdagangan dan
pembiayaan di peringkat global. Apabila nilai Dollar menyusut, urusan
untuk mendapatkan sumber tenaga, makanan, bahan mentah dan servis
sukar untuk dilaksanakan. Mereka juga tidak dapat menyelesaikan hutang
luar.  Banyak Negara yang menyimpan rezab di bank pusat mereka
dalam nilaian Dollar AS yang besar jumlahnya. Jika nilai matawang
Dollar kehilangan nilainya, tidak dapat dibayangkan apa yang akan
berlaku kepada dunia. Ini dilihat sebagai memberi kelebihan kepada AS
di mana negara-negara lain di dunia akan membantu dengan tujuan untuk
menyelamatkan keperluan masing-masing dalam ekonomi dan dalam
masa yang sama memberi AS kelebihan di mana proses ini akan
membantu menstabilkan kembali ekonomi Negara tersebut.
Usaha menyelamatkan institusi kewangan di AS yang terlibat dalam
krisis ini jika dilihat dari segi moral akan membawa implikasi negatif
yang akan memberi kelebihan kepada golongan yang kaya dan golongan
yang miskin akan terus tertindas. Sekiranya institusi terbabit
diselamatkan dengan dengan cara “pembelian semula”, tiada jaminan
bahawa sikap tamak pihak-pihak tertentu tidak akan berulang di masa
akan datang.
Bank sebagai institusi yang sepatutnya beroperasi dengan tujuan
jangka panjang bagi memenuhi keperluan semua pihak yang terlibat
dalam pasaran kewangan dan sebagai salah satu agen penggerak ekonomi
sesebuah negara telah menyalahgunakan fungsiannya dan lebih
bermotifkan keuntungan untuk beberapa pihak-pihak sahaja. Bank telah
dilihat sebagai kehilangan integriti untuk  terus menjadi satu agen
penggerak ekonomi dan fungsi asalnya dalam pasaran kewangan,
sebaliknya telah menjadi titik mula runtuhnya keseluruhan sistem
ekonomi sesebuah negara.

Kita perlu mempertikaikan permintaan untuk menyelamatkan
syarikat-syarikat gergasi seperti General Motors dan Chrysler dengan
menggunakan wang pembayar cukai. Mengapa tidak dibiarkan syarikatsyarikat
ini mengalami kebankrupan dan melalui proses penstrukturan
semula sebagai cara yang sepatutnya berlaku? Pembelian semula seperti
ini secara moralnya tidak akan membantu, dan krisis yang sama boleh
berlaku di masa hadapan dan seterusnya menambah jurang agihan
pendapatan antara golongan kaya dan miskin dalam sesebuah negara.
Matawang Dollar AS yang dominan dalam pasaran antarabangsa
akan menyebabkan berlakunya pemindahan kekayaan yang lebih banyak
kepada institusi atau syarikat besar  yang diselamatkan melalui proses
pembelian semula oleh kerajaan AS. Di sini, kesan jangka panjang
daripada pembelian semula bukan sahaja akan membawa kepada
kemelesetan ekonomi yang lebih teruk, tetapi juga perbezaan jurang
pendapatan yang semakin nyata. Ini juga terkait dengan sikap banyak
pihak yang suka menyalahgunakan keperluan hutang. Apabila
kemudahan hutang yang disediakan kerajaan dengan tujuan untuk
membantu memulihkan ekonomi digunakan oleh pihak tertentu untuk
menyematkan keperluan masing-masing, keadaan dan struktur ekonomi
akan menjadi lebih kacau-bilau.
Apa yang sebenarnya kita perlukan adalah satu sistem kewangan
yang berteraskan matawang sebenar yang bersandarkan nilai aset, yang
boleh menjamin kestabilan dan keadilan. Matawang perlu disandarkan
pada sejumlah aset yang mempunyi nilai standard yang boleh diukur
seperti nilai emas. Antara komoditi yang boleh dicadangkan bagi tujuan
sandaran nilai matawang ialah seperti emas, perak, minyak dan bijirin.
Dalam pandangan lain, sistem Bretton Woods II yang pernah
dicadangkan akan membawa lebih banyak faedah dan keadilan kepada
sistem kewangan dunia. Dunia kini amat memerlukan satu sistem
monetari tanpa manipulasi dan spekulasi. Menurut George Bernard Shaw
(1856-1950), “Kita mempunyai pilihan antara kestabilan semulajadi nilai
emas, dan kejujuran dan kepandaian anggota kerajaan. Dan dengan rasa
hormat pada anggota kerajaan ini, saya menasihatkan kamu, setelah
sistem kapitalis berakhir, undilah untuk emas.”
Memperkenalkan sistem matawang sebenar merupakan penyelesaian
jangka panjang untuk mengatasi berulangnya krisis ekonomi global ini.
Negara-negara Teluk yang sedang merangka pelan untuk menggunakan
satu matawang seperti Negara-negara Eropah mungkin akan
memperluaskan penggunaan matawang ini ke seluruh Negara-negara
Islam. Matawang Khaleej Dinar akan menjadi matawang pilihan
antarabangsa sekiranya ia dibuat dengan nilai sandaran kepada unit
minyak, sebagai contoh 40 dinar bersamaan satu tong minyak. Nilai
sandaran seperti ini akan menjadi jaminan kepada kestabilan matawang
dunia.
Memetik tulisan James Robertson dalam bukunya “ Transforming
Economic Life : A Millenial Challenge” memperkatakan tentang
ekonomi global dan krisis kewangan  dan kemungkinan seluruh dunia
akan kehilangan pekerjaan dan berada dalam situasi ekonomi yang pegun.
“Pada hari ini matawang dan sistem kewangan adalah bersifat tidak adil, memusnahkan
secara ekologi dan menyebabkan ketidakcekapan sistem ekonomi. Keperluan matawang
untuk terus tumbuh perlu untuk memacu pengeluaran (dan penggunaan), berlaku lebih
daripada keperluannya.   Ini telah menyebabkan pembalikan usaha ekonomi melalui
penghasilan matawang atas matawang, dan menyalahi keperluan menyediakan barangan
dan perkhidmatan sebenar.”
Akibat daripada ini, seluruh istem kewangan dunia semasa sedang
mengalami kejatuhan yang sangat cepat. Keadaan ini sepatutnya menjadi
pemangkin bagi kita untuk berusaha keras mencari jalan penyelesaian
terbaik untuk jangka panjang bagi memulihkan ekonomi dan pasaran
kewangan. Ini juga merupakan masa terbaik bagi umat Islam untuk
mengambil alih peranan sebagai pengguna tegar dan bertindak sebagai
penggerak ekonomi. Situasi ini telah menunjukkan kehilangan dominasi
matawang Dollar dan penguasaan ekonomi dunia oleh Negara Amerika
Syarikat.
Seperti yang dibincangkan di atas terlalu bergantung kepada satu
matawang sahaja akan menyebabkan nilai matawang tersebut menjadi
tinggi akibat manipulasi, dan akan lebih mendedahkan sesebuah negara
kepada eksploitasi di peringkat perdagangan antarabangsa.    Menyimpan
rezab negara dalam matawang Dollar AS akan memberi kelebihan
kepada AS semata-mata, di mana seperti yang kita tahu AS banyak
bergantung kepada pinjaman wang daripada negara lain. Dinar sendiri
adalah lebih stabil berbanding matawang Dollar AS, kerana mempunyai
sandaran nilai, sebaliknya matawang AS hanya bergantung pada peranan
permintaan dan penawaran dalam pasaran. Apa yang menyebabkan
matawang Dollar AS mempunyai nilai yang besar dalam pasaran adalah
kerana kepercayaan pengguna pada matawang itu sendiri. Walau pun
pada hakikatnya matawang Dollar AS sebenarnya amat mudah terdedah
pada manipulasi dan bersifat tidak stabil, dan boleh terdedah pada inflasi
serta risiko kadar dan nilai yang turun naik.
Pilihan untuk kembali menggunakan dinar (matawang emas) dan
dirham (matawang perak)dalam dagangan anatarabangsa kini dilihat
sebagai satu keperluan dan perlu dipercepatkan pelaksanaannya. Ini juga
diharap dapat menjadi penyelesaian alternatif kepada masalah kewangan
global hari ini, yang mana punca utamanya dalah disebabkan matawang
tidak mempunyai sandaran nilai dan mudah dimanipulasi.

Kesimpulan

Punca utama yang menyebabkan berlakunya krisis ekonomi global pada
hari ini adalah penggunaan mekanisme hutang yang berlebihan dan
pemberian pinjaman yang tidak perlu. Ekonomi menjadi tidak stabil
kerana pemberian hutang tanpa kawalan ini. Krisis kredit kewangan ini
menjadi bibit kepada kejatuhan sektor lain dalam ekonomi seperti
perumahan dan pasaran saham, seterusnya melumpuhkan sistem ekonomi
negara.
Penulisan in menyimpulkan adanya keperluan untuk mempunyai
satu sistem yang melindungi ekonomi setempat dan meminimakan kesan
ekonomi global terhadap ekonomi setempat dan cabaran-cabarannya.
Masalah ekonomi global pada hari ini juga adalah berpunca daripada
pengurusan maklumat dan risiko dalam pasaran kewangan yang perlu
diurus dengan lebih cekap oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak. Tambahan pula dalam  dunia hari ini di mana proses
globalisasi berlaku dan mempercepatkan kesan krisis kewangan setempat
kepada masalah global.
Pendidikan asas kepada pengguna individu tentang akibat
menggunakan produk dalam pasaran kewangan juga perlu diberikan.
Pengguna juga perlu mempunyai pengetahuan tentang sistem ekonomi
sedia ada dan lebih peka kepada sistem ekonomi lain yang ada
terutamanya sistem ekonomi Islam.
Sistem kewangan Islam yang lebih adil dan telus sepatutnya
mempunyai kelebihan untuk menembusi pasaran dalam  keadaan ini,
tetapi yang menjadi persoalan ialah, kemampuan secara politik untuk
mempengaruhi penggunaannya di peringkat anatarabangsa yang selama
ini dikuasai oleh kuasa ekonomi Barat dan sistem kewangan mereka.
Negara-negara Islam sendiri patut mengambil langkah untuk bersatu
dan menubuhkan kesatuan ekonomi sendiri dan mengurangkan
kebergantungan pada sistem Barat seteleh menyaksikan apa yang telah
berlaku dalam dunia kewangan hari ini.
Pada dasarnya, Negara-negara Islam bukan hanya perlu bersatu
dalam menjalankan kegiatan ekonomi tetapi juga dalam usaha
mengukuhkan persaudaraan bagi mengelakkan diri daripada terus HASSANUDDEEN A AZIZ
e 129 f
dimanipulasi oleh pihak Barat termasuklah dalam menggunakan sistem
ekonomi yang diperkenalkan oleh mereka. Krisis ekonomi global ini
patut membuka mata negara-negara Islam untuk mengorak langkah baru
dalam kesatuan baik dari segi persaudaraan atau kegiatan ekonomi.
Dicadangkan juga beberapa faktor yang perlu diambil perhatian
dalam ekonomi Malaysia untuk menghadapi krisis ekonomi ini. Antara
cadangan yang ingin diutarakan dalam konteks umum dan secara lebih
luas sebagai strategi untuk menghadapi krisis ekonomi global ini adalah
seperti berikut:
1. Mengurangkan kebergantungan kepada sistem pasaran kewangan
sedia ada dan melihat krisis ini sebagai peluang untuk
memperkenalkan sistem kewangan Islam melalui pengembangan
penubuhan bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang
berlandaskan syariat. Pasaran kewangan Islam dilihat semakin
mendapat walaupun dalam masyarakat Eropah sendiri.
2. Mewujudkan  lebih banyak kerjasama ekonomi serantau seperti
kerjasama ekonomi Negara-negara Asia Tenggara dan
mengurangkan kebergantungan kepada ekonomi secara global.
3. Menyediakan penggerak untuk kemajuan ekonomi setempat dan
tidak bergantung kepada badan-badan kewangan antarabangsa
seperti Bank Dunia dan IMF.
4. Pengurusan sumber dana untuk keperluan asas rakyat sesebuah
negara seperti perumahan perlu diuruskan oleh institusi tidak
bermotifkan keuntungan perniagaan. Sebuah agensi seperti KWSP
mungkin boleh ditubuhkan untuk menguruskan dana bagi tujuan
perumahan. Pembangunan ekonomi masih boleh berlaku kerana
aktiviti pembangunan masih boleh dilakukan seperti biasa.
5. Menubuhkan lebih banyak sumber pasaran kewangan bersifat
ekonomi setempat bagi menjana modal dan berbentuk
keusahawanan. Penubuhan koperasi bagi satu masyarakat setempat
akan mengurangkan kebergantungan pada institusi kewangan
semata-mata bagi mendapatkan modal seperti dengan model yang
dilaksanakan di WIR Bank of Switzerland.
6. Peluang ini dilihat sebagai satu ruang untuk memperkenalkan
kembali konsep zakat dan peranan baitulmal yang lebih aktif dalam
masyarakat Islam khususnya yang boleh meluaskan peranan sebagai
penyedia dana secara proaktif, dan bukan hanya bertindak
membantu golongan yang memerlukan dengan bantuan bersifat
sementara dan pasif .

No comments:

Labels

09' (2) 10th anniversary (1) 13 Mei (1) 2012 (1) 4 strategi kejayaan (1) adab (1) Adiputra (1) aduan pengguna (2) advanced learning (1) AFTL (2) agama (31) Akhir zaman (25) alat menambah tinggi (1) alumni (7) amal jariah (2) amalan 5 S' (1) amali sembelihan (1) amerika bangkrap (1) Anak Mersing (6) anak pintar (1) Ancaman Singapore (3) Ancient Astronauts (2) angkasawan negara (1) Anjakan Paradigma (3) ansara (2) anti-islam (3) Anugerah (2) apple (4) Aqiqah 2009 (1) Ar Rahnu (1) artis (1) asal-usul (9) Asas Tenaga dan Fokus (4) asrama (1) Atartuk (1) aura minda (2) ayam penyet (1) bahaya (1) balik kampung (6) bandar Mersing (9) banjir (5) banjir 2011 (1) banjir 2012 (2) banjir temerloh 2011 (2) batch 2010 (1) bencana (5) bengkel (1) ber (1) berbuka puasa (2) berita (16) berita bersara (3) berita Mersing (181) bersara (3) Bersih 2.0. politik (5) Bersih 3.0 (1) bina laman web (21) bio text (2) Bisi jual manok tuai (1) bisnes mersing (14) blog mybio A+ (1) blogger (2) boikot Dap (1) boikot Israel (2) Borang Kemasukan ke MRSM (4) brainstorming (1) buah pukul mersing (6) buat banner (8) buat web (2) budak hilang (1) Budaya Ilmu lemah (2) buddha (1) buggati (1) bukti cinta kpd nabi muhd (4) Buku (4) Buku Teks (1) butik mersing (1) BWP/ LDP/PRS/BPPSP 09' (5) Cafe Bengawan Solo (1) Cafe Buluh Wangi (2) cahaya (1) cakra (1) cameron highland (1) Cameron Highlands (17) cara berfikir (14) carnival (1) celik IT (23) cendol Talib (1) ceramah insuran (2) CERN (3) cerun masjid runtuh (1) cetusan minda (42) Chakra Healing (2) chicken chop (1) China (2) cikgu kahwin 2010 (4) cikgu kahwin 2012 (3) cikguiti.com. (1) cinta universal (1) Colour vibration teraphy (2) Cool Blog Mersing (1) Cornell system (1) cuti 2010 (6) cuti 2011 (36) cuti 2012 (21) cuti orang Mersing (35) cuti-cuti mersing (66) cvt (3) daging kalimah (1) dajjal (3) darul aitam (1) demo anti-ppsmi (2) Derma Gaza Kagum (1) derma maahad tahfiz mersing (3) DiGi WWWOW (1) dinar (5) doa pengasih (1) e-cover (1) ebook (4) ebook cover (2) ecover (1) education (1) EFT (2) Einstein (3) ekonomi (11) elit (1) emas (8) Endau (2) English camp (2) EQ (1) Esplanade Temerloh (4) ESQ (1) ex-BP82' (6) ex-homeroom (8) ex-student (17) ex-student kahwin (5) ex-teacher (10) Exam (3) exora (1) facebook (6) fatwa merokok (2) filem (1) filosofi (1) fitnah (2) fizik kuantum (1) formula ajaib (3) Forum (1) Foto guru 2009 (2) foto guru 2010 (1) foto raya 2010 (1) freemason (1) future mersing (3) future phenomewnon (1) gadget (6) gajet (3) gathering (2) gempa bumi (1) Golden Sisters Enterprise (1) Google Translate (2) Graduasi 2008 (1) graduasi 2010 (2) graduasi 2011 (1) Group Anak Mersing (1) gulai patin tempoyak (5) Gunug Qaf (1) Gunung Arong (1) guru baru (2) guru dan staf berpindah (2) guruku (3) H1N1 (2) H1N1 di MRSM Mersing (1) HAARP (1) Hadiah Nobel (1) Haffa Izzah (4) haji (1) halal (1) handphone (1) Hang Tuah (2) Hari Akademik (2) Hari Akademik 2009 (1) hari akhirat (1) hari anugerah (2) Hari Anugerah 09' (1) Hari Anugerah 2012 (1) hari bumi (2) hari bumi 2010 (1) Hari bumi 2012 (1) Hari Graduasi 2009 (1) Hari guru (4) Hari Guru 09' (1) Hari Guru 2012 (1) hari guru sejagat (1) Hari Inovasi 2011 (1) hari keluarga (3) hari keluarga 2008 (1) hari Keluarga 2009 (1) Hari Keluarga 2012 (1) Hari Koperasi 09' (1) hari Koperasi 2010 (1) hari kualiti 09 (1) hari malaysia (1) Hari Pendaftaran (1) Hari Pendaftaran 2009 (1) hari Q (1) hari raya 09 (2) Hari Raya 2012 (2) HEP (1) hi tech (34) hi-tech (34) hiburan (1) high alert (3) higher order thinking (76) higher self (59) Homeroom (9) Homestay (1) hospital mersing (1) Hotel Seri Malaysia (2) hujung dunia (2) hujung tahun (1) humour (11) humuor (1) hypnosis (1) IGCSE (1) ikan patin (14) ikan tilapia (2) ikhlas (1) iktibar (153) Ilmu vs Pemahaman vs Pegangan (1) ILP (6) imej (2) Indigo (1) Info (20) infrared (1) iPad (1) iran (1) islam (22) Israk dan mikraj (1) isteri (2) IT (6) Jadual Bas Mersing (1) Jadual YPM (1) Jakim (2) Jalan baru (4) Jambori Pengakap 2011 (4) jamuan 2011 (1) jamuan akhir tahun (2) Jamuan Anugerah Pengetua (5) Jamuan Anugerah Pengetua 2011 (2) Jamuan Anugerah Pengetua 2012 (1) Jamuan jabatan sains (2) jamuan raya (1) Jamuan SPM 2008 (1) JB catering (1) jejak kejayaan (6) jenaka (4) jenayah (1) jeti mersing (1) jodoh (1) Johor Darul Takzim (1) Jurufoto Kahwin Mersing (2) Jurufoto Perkahwinan (2) kad raya (2) KAGUM (2) karier (1) karnival (2) Karnival tg Leman (1) kawin awal (2) keajaiban (8) kebenaran (2) Kedai 1 Malaysia Mersing (1) kedai di Mersing (2) kedai makan Pak Usop (2) kehidupan (3) kejayaan 2011 (1) kejayaan pelajar (1) kejohanan olahraga 2010 (3) kek Mersing (5) Kekejaman Jepun (1) kelab (2) kelab futsal (1) Kelab Khidmat Masyarakat (1) keluarga (1) kem cuti kimia 2009 (2) kem juara spm (1) kem latihan (1) kemahiran belajar (2) kemalangan (1) kemarau (2) Kemasukan ke MRSM (4) kEMASUKAN KE MRSM 2013 (1) Kemasukan ke MRSM 2015 (1) kematian (6) kemelesetan ekonomi (3) kemiskinan (1) kempen pelancongan Mersing (1) kemudahan (1) keputusan SPM 2009 (2) keracunan makanan (1) kereta (4) kerja lapangan (1) kerjaya (2) keropok (1) Kesihatan (18) ketuanan Melayu (21) keturah (1) KFC baru Mersing (2) khazanah melayu (3) kiamat (7) Kisah cikgu (5) kisah malam pertama (1) Knight of Templer (1) koleksi soalan (1) komputer (2) Komuniti Mersing (1) kos hidup (1) kreatif (4) kuantum (3) kucing's articles (2) kuda mersing (1) kursus (5) Kursus Online database (1) lagenda (7) lagu (1) lailatul qadr (3) Laman Pendidik Mersing (1) laporan (2) laporan maktab (2) latihan dalam kumpulan 2011 (1) law of attraction (1) lawak (1) Lawatan Benchmarking MRSM Alor Gajah (1) Lebuh raya Sg Koyan-Ringlet (1) Legoland JB (1) lemak babi (2) LOA (1) logo (2) luarbiasa (1) Maahad Tahfiz Al Amin (1) madu (1) mahdi (1) main-main minda (5) majalah odyssey (1) Majlis Anugerah (2) Majlis Anugerah 2010 (1) Majlis perpisahan (5) Majlis Restu 09' (1) makan di JB (1) makan di mersing (42) makan di Temerloh (14) makan-makan (35) makananan western (3) makkah masa depan.berita mersing (2) maksiat (2) malam di Mersing (1) MARA KL (1) martial art (3) masa depan Mersing (4) masakan tempoyak (3) Masalah Guru (1) Mat Rempit Merompak (1) Mat Salai (2) mat samurai (1) matawang (2) mati (6) maulidurrasul 2011 (1) meditasi (2) melaka (7) melancong ke Mersing (8) melayu (14) Melayu Merdeka (1) Melayu..Bani Israel yg hilang? (8) Melayu..Bani Israel yg hilang?part3 (1) Melayu..Bani Israel yg hilang?part4 (2) menginap di Mersing (3) mentakab (1) merentas desa 2011 (1) mersing (2) Mersing Laguna (11) Mersing River Front (2) Mersing waterfront (2) mersing. Air Papan (1) Mersing's hotel (6) Mersix (1) Mesyuarat Agung Muafakat 2010 (1) Mesyuarat guru 2008 (1) mi (1) mi bandung (1) Mighty 2009 (1) MIGHTY 2012 (1) Mighty Minds Competition 09' (1) mimpi jumpa Rasulullah saw (1) minda (23) minda separa sedar (5) Minggu Aktiviti (5) Minggu Aktiviti sem2 (1) minyak (4) minyak naik (8) misteri (32) mitos (41) mnasir (1) monsun (6) moral (2) motivasi (9) movies (2) mrsm baru (3) MRSM Mersing (2) MRSM Ulul Albab (2) muhasabah (2) murtad (3) muslim in America (1) NahamPhoto (4) Nasi Kerabu (1) nasi lemak (1) Nasib Melayu (4) negara Islam (4) nostalgia (10) novel online (2) Novel Terbaru (1) obama (1) olimpiad KAS1 (1) online biz (5) p.ramlee (1) pacal votan (1) PAKAR (1) pakar patah (1) pakej pengantin (1) panduan beli kereta (2) Panduan HRMIS (2) Panduan HRMIS 2011 (1) panduan peraturan (4) pantai (2) Pantai Air Papan (1) pantai Mersing (5) Pantai Sri Lalang (1) Pantai Tg Genting (1) pantun (1) Pasar Jumaat Mersing (1) Pasar Karavan (1) pasar lelong (1) pasar malam Brinchang (1) pasar malam Mentakab (1) pasaraya TF Temerloh (4) PBSM (2) pejuang (3) pelaburan (2) pelaburan emas (4) peluang belajar (1) Pemasaran (1) pembedahan batin1 (2) Pemimpin amanah Allah (1) Pencen (1) Pendaftaran PRA (1) pendaftaran taekwondo (5) pendidikan (2) pengajaran (1) pengetua bersara (2) penggodam (1) pengguna (2) pengumuman (7) pengunjung (1) penjajahan minda (1) penjimat minyak (1) penterjemahan (1) penyakit jantung (2) peperiksaan pra percubaan SPM 2011 (4) perang salib (1) perbandingan harga (1) perguruan (1) peristiwa menarik (4) Perjuangan Komunis cuba dihidupkan semula..part 3 (1) Perjuangan Komunis ingin dihidupkan semula di Malaysia (3) perkahwinan guru (4) Perkhemahan (1) Perniagaan (2) perpustakaan (1) persilatan (1) pertahanan (1) Pertandingan (1) Pertandingan Kawad 09' (1) PESADA 2009 (1) Pesta Super 09.. (4) Pesta Layang-layang Air Papan (1) Pesta Type III (4) peta minda (1) petua (5) petua exam (1) petua kejayaan (1) petus (1) photoshop (16) piagam anugerah (1) Piala Dunia 2014 (1) Pilihan Raya BWP (1) Pilihan Raya Kecil (2) Pilihan Raya Umum ke-13 (2) pizza mersing (1) pluralisme (1) PMR 2010 (1) PMR 2011 (3) poligami (1) politik (15) popular (1) Pot Luck (1) PPD Mersing (1) PPSMI (3) produk kesihatan (1) produk laut (3) profile.sejarah (9) Program Bumi Hijau (2) program studi (2) pru 13 (2) pseudoscience (3) puasa (12) punca bala (2) punca tulang patah (1) Pusat Dagangan Mersing (10) pusat tuisyen Mersing (4) Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari (1) Pusat Tuisyen Zamrud (1) puting beliung Mersing (1) qilla's articles (18) R R Mersing (1) rahsia air (3) Rahsia Pintar (2) rahsia solat (5) rahsia umur panjang (6) ramadhan (6) ramadhan 2012 (1) ramalan (8) Rat Race n Rat Trap (1) Rawang Burger Bakar Mersing (1) rawatan alternatif (9) raya 2011 (1) raya open house 2009 (1) re-union ex-bp82' (3) rekod dunia (2) relativiti (1) remaja (1) resipi (1) resort tioman (1) restoran lot 85 (1) result 2010 (2) retro (2) reunion (4) reunion MRSM BP 86' (3) Roket Indonesia (1) rokok (1) roti john (1) ruang iklan percuma (3) Ruby's Kitchen (1) rugi (1) rumah (2) rumah tangga (2) rumahtangga (1) sabun Kasthuri (1) safebox (1) Sains Al Quran (3) Sains Islam (20) sajak (7) sajak hujung dunia (1) sajak Iqbal (5) salasilah (3) Sambutan 10 tahun MRSM Mersing (1) sate teluk iskandar (4) Saudi Yahudi ? (1) science fair 2009 (2) science fair 2010 (1) Science on Wheel 2011 (1) science text (2) sciencefair 2011 (1) secret recipe (1) sedih (1) SEFT (2) Sejarah (44) sejarah mersing (6) sejrah (2) selebriti (1) selesema babi (1) selsema babi (1) Seminar Biologi (3) Seminar Biologi 2012 (1) Seminar Biology (1) seminar biology 2011 (1) Seminar Biology dan Chemistry 2013 (1) seminar biology SPM 2009 (1) seminar Biology spm 2010 (1) Seminar Biology SPM 2011 (4) Seminar di Tg Pengelih (1) seminar pecutan kognitif sains (1) seminar PMR (1) Seminar YPM (1) seni peperiksaan (1) seri malaysia mersing (2) servis kereta (1) shopping raya (1) Singapura-pura (2) Sir Iqbal (3) Siri Bercakap Dengan Jin (2) SK Sri Mersing (1) skema pmr 2011 (1) skor bio A+ (3) SKT (1) SKT 2011 (1) Smart Learning (3) smartphone (3) spiritual (33) SPM (6) SPM 2010 (1) spm 2011 (6) SPM terbaik 2008 (1) Staf baru (2) staf kahwin 2010 (2) staf kawin 2011 (1) staf wedding (6) star mall mentakab (2) Starex (1) statistik (3) steve jobs (1) stevia (1) study biology (2) sukan 2012 (2) Sukan maktab (3) sumbangan hari graduasi (1) supermind (5) syair islam (4) syiar (1) syiar Islam (71) tablet pc (4) tabung Somalia (1) taekwondo mersing (15) taekwondo mersing grading (6) Takutkah hantu? (5) Takziah (12) Tanah Rata (1) tanda-tanda akhir zaman (4) Tanjung Genting (1) Tanjung Leman (1) Taska Cilik (1) tauladan (1) TBS (1) teknik belajar (3) telefon bimbit (2) teluk cempedak (1) tenaga hayat (3) teori (2) terapi Cinta (2) terapi mimpi (2) test drive (2) The Law of Attraction (1) Theory (1) Tim Pengetua ko-Q (1) tips internet (2) tips jaga kereta (1) tiramisu mersing (1) Titanic (1) Tracer Study (1) tragedi (1) Tragedi pemikiran Melayu (4) travelog haji (1) tsunami (1) Tuisyen YPM (1) Tun M (6) Tunas Saintis 09' (1) Tunas Saintis 2011 (1) ufo (2) Ujian Amali 2009 (1) ujian UKKM (1) ulamak (2) umat Islam (5) ungku aziz (2) universiti terbaik (3) UPSR 2011 (1) USS Singapore (1) Ustaz Lah (1) ustaz penipu (1) utusan online (1) Wadi Al-Amin (1) waliyullah (5) wanita (2) wanita Korea (1) Warung Bakso (1) Wi Max (1) Wilayah Iskandar (1) Worm Hole (1) yahudi (5) yakjuj makjuj (1) yearly planner 2010 (1) yearly planner 2012 (1) ZPE (2)

Pencegah Penyakit Terhandal

Pencegah Penyakit Terhandal
Klik utk order online

Komuniti Mersing

Blog Pilihan