13-15 mac 2012
Location :
1.Rumah Rehat Mara ,Equitorial Apartment, Brinchang
2. YZ Agro Farm , Taman Sedia
3. Tea Shop
Location :
1.Rumah Rehat Mara ,Equitorial Apartment, Brinchang
2. YZ Agro Farm , Taman Sedia
3. Tea Shop
Terletak di Taman Sedia, Tanah Rata. Terdapat 2 buah strawberry park di situ iaitu YZ dan Al-Mashoor. Mereka juga menyediakan homestay Muslim
Kiosk & cafe yg menjual bermacam produk strawberry & minuman
Muffin strawberry ni best rasanya..
Strawberry shake & strawberry jelly
Homestay muslim di depan taman ni
Ada berpuluh homestay kediaman Melayu@Muslim di Taman Sedia ini
Bandar Tanah Rata dalam cuaca mendung & hujan renyai-renyai
Segala jenis penginapan untuk bermacam kategori bajet & bilangan ahli keluarga disediakan ada di bandar ini
Gerai Melayu yang menjadi tarikan pengunjung
Apartment Arabella di puncak bukit pernah menjadi penginapan PHD bulan Disember tahun lepas
Anak sungai yang melalui taman bunga, sekolah dan stesen agro Mardi di Tanah Rata
Pemandangan indah & cuaca dingin yang menyegarkan di sini
Kanak-kanak memenuhi taman ini.Mungkin byk jenis permainan dlm cuaca dingin menjadi faktor tarikan utama
Hari ke-2 kami berpindah ke aparment mara di puncak bukit Kew Farm, Brinchang. Aparment ini diuruskan oleh Hotel Equitorial. Mara mempunyai 2 unit rumah rehat untuk kakitangan biasa. Kami hanya membayar rm 100 untuk 2 malam penginapan apartment moden dan mewah 2 bilik ini
Lantai parkir (kayu) mengurangkan kesejukan kaki apa memijaknya. Puncak bukit terletak apartment ini agak dingin kerana angin sejuk yang agak kuat
Terdapat balkoni yg agak luas untuk berehat-rehat sambil menikmati pemandangan Kew Farm
Selepas mengunjungi Pasar Malam, PHD singgah di pusat bandar lama Brinchang
Di sini terdapat banyak hotel sederhana & bajet serta restoren mamak & tomyam. Pasaraya bersaiz agak besar menjual barangan harga biasa juga terdapat di sini. Biasanya diusahakan oleh kaum India
Pemandangan di depan apartment
Apartment ini dibina di lereng2 bukit. Jadi jalannya juga agak curam. pada waktu siang agak sunyi kerana ramai yg keluar bersantai. Pada malamnya juga sunyi kerana ramai yg mengurungkan diri akibat cuaca sejuk
Strawberry park berdepan puncak bukit ini yg kurang daya tarikan
Pemandangan apartment Mara dari pasar tanaman di Kew Farm
Medan makan di tepi jalan utama Tanah Rata menjadi tarikan utama siang & malam untuk mendapatkan hidangan pada harga yg biasa
Hotel-hotel bajet di kawasan bandar baru Brinchang
Big Strawberry Park merupakan kunjungan utama kami di Brinchang..
Sayur dijual pada harga sangat murah menjadi tarikan
Kebun ini terletak di cerun bukit yan semakin bertambah ketinggiannya. Kelihatan bandar Brinchang jauh di bawah
SMK Brinchang juga mempunyai penginapan bajet
Hari ke-3 ,PHD dan anak-anak berjalan sekitar puncak bukit ini
Cuaca sangat sejuk dan angin bertiup kencang. Tangan agak kebas kerana kesejukan
Hotel Equitorial Brinchang
Di Puncak bukit Kew Farm ini juga terdapat Hotel Natasya.
Barisan kedai di kompleks penginapan mrwah ini
Ayam goreng berempah yang dibeli di pasar malam Brinchang & buah strawberry ( 3 bungkus rm 10 + hadiah sebungkus) menjadi pencuci mulut
Di bawah bukit ini terdapat pasar tanaman Kew Farm yang sangat popular sejak dulu lagi. Kini terdapat hotel betul-betul di simpang jalan pasar ini. Kenderaan dan manusia bersesak-sesak untuk ke sini. Pada waktu malam kawasan ini amat sunyi dan berbeza keadaannya
Antara iklan penginapan bajet & famili yg sempat dirakam ketika mengumpul air minuman di mesin air reversed osmosis
Perjalanan pulang pada hari ke-4 kami singgah di Tea Shop Cameron Bharat. Tea shop ini terletak 6 km dari Tanah Rata menuju ke pekan Ringlet di paras lebih bawah
Macam-macam pilihan air teh tetapi setelah singgah beberapa kali eloklah memesan air teh klasik kerana teh-teh berherba atau berempah sukar di terima oleh tekak kita
Setelah 3 setengah jam memandu PHD tiba di Mentakab. Berasa lega dapat merasai kepanasan semula. Seperti kata rakan PHD yang tinggal di Cameron Highlands iaitu" lama-lama tingga di tempat sejuk, kambing pun boleh kembung"..Apa taknya; lantai, kerusi, meja, makanan dll semua sangat sejuk bila di sentuh..he3
3 comments:
Tak penah jemu gi CH, hehe..
Tambah2 sy dok taiping..bila nk balik kampung kat bentong...mesti nak lalu CH kalo balik sana waktu siang..hihi..
CH memang menggamit perasaan..ketenangan dlm kedinginan. Kalau ada rezeki teringin nak memiliki sebuah apartment di sana
..jemput singgah di kiosk kami lagi jika bertandang di CH..jemput like page YZ AGRO FARM di fb berdekatan anda =p
-Admin-
Post a Comment