Tahun 50-an disebuah pekan kecil dalam satu daerah negeri Johor, seorang lelaki bangkit dan gigih membuat persiapan mencari rezeki. Lelaki separuh usia ini selalu dipanggil dengan panggilan Pak Ali. Pak Ali mempunyai isteri dan seorang anak lelaki. Beliau juga sudah mempunyai beberapa orang cucu yang tinggal bersama dengan beliau. Begitulah sedikit latar belakang mengenai seorang insan yang bernama Pak Ali.
Setiap pagi Pak Ali akan bersiap untuk keluar berniaga. Apa yang diniagakan? Bubur kacang, itulah perniagaan Pak Ali. Dengan usia yang sudah memasuki usia emas, Pak Ali masih kuat mengayuh basikal untuk berniaga disekitar pekan. Sudah lama Pak Ali berniaga bubur kacang sehingga orang-orang tempatan sudah biasa dan mengenali beliau. Begitulah gigihnya Pak Ali menyara keluarga dengan berniaga cara sendiri.
Pulang dari berniaga, Pak Ali berehat di teratak kecilnya untuk menghilangkan penat. Kepenatan berniaga hilang sebentar apabila disambut dengan hilai tawa cucu-cucunya. Itulah permata hati Pak Ali yang ada dalam hidupnya hasil perkahwinan anak tunggal beliau. Apabila pulang berniaga, cucu-cucunya akan mengira hasil jualan bubur kacang. Kadang-kala dia memperolehi 2 ringgit satu hari, kadang-kadang 4 ringgit dan paling banyak pun 7 ringgit sehari.
Keesokkan paginya Pak Ali akan keluar lagi untuk mencari rezeki. Basikal beliau akan membawa satu kotak hijau dibelakangnya berisi bubur kacang. Basikal dikayuh disana-sini. Jika ada rezeki, pelanggan akan memanggil beliau dan membeli bubur kacang. Keenakkannya akan membuatkan pelanggan akan membeli lagi pada masa-masa akan datang. Sangat murni usaha yang dilakukan beliau memberi makanan dan kegembiraan kepada pelanggan.
Berkat usaha dari muda lagi berniaga, akhirnya membawa kepada hasil yang baik. Pak Ali dapat membeli sebidang tanah untuk dijadikan harta. Walaupun tidak seluas mana, dengan tanah tersebut beliau mendirikan rumah untuk isteri, anak dan cucu-cucu beliau berteduh. Siapa sangka dengan pendapat yang sedikit setiap hari dapat menjadi banyak. Memang betul pepatah melayu mengatakan, ”sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.
Setelah meninggal dunia, Pak Ali telah mewarisi tanah tersebut kepada anak dan cucu-cucunya. Sehingga kini, cucu cicit serta generasi yang lebih muda dapat tinggal ditanah pusaka yang bukannya milik orang lain. Seharusnya generasi baru dari keturunan Pak Ali harus bersyukur kerana berkat usaha beliau, mereka dapat hidup bahagia sekarang tanpa perlu menumpang. Semoga apa yang Pak Ali usahakan mendapat keberkatan dari Allah.
p/s – Pekan kecil yang dimaksudkan adalah Endau, Johor. Tanah yang dimaksudkan adalah di Lorong Satu, Endau Johor yang mana keluarga & penulis dirikan pejabat NahamPhoto sekarang. Pak Ali pula adalah moyang kepada penulis iaitu Ali bin Awang. Cerita ini diolah dari cerita-cerita cucu beliau iaitu bapa penulis sendiri dan juga bapa saudara yang lain. Semoga roh beliau dirahmati Allah. Al-Fatihah
Artikel dari www.harrisfadzilah.com

3 comments:
Jazakallahukhairunkathiran..Terima kasih tak terhingga atas posting sulung Saudara Harrisfadzillah yang penuh sejarah dan iktibar. Sangat menarik kerana terimbau kenangan seolah-olah benar-benar di depan mata. Moga saudara terus berkongsi maklumat & cerita agar warga Mersing & pemastautin dari luar menghargai pengorbanan & perjuangan warga yg terawal. Kalau ada sesiapa yg boleh bercerita kisah almarhum Tun Dr Ismal, TPM Malaysia yang pertama boleh juga share di sini. saya sangat berminat kerana Almarhum TDI seorang lagenda bangsa kita & dilahirkan di Mersing
Sama2...saya akan cuba berikan apa yg berguna untuk warga Mersing insya Allah...
Al Fatehah!
Post a Comment