Kursus Pembangunan dan Pengurusan Laman Web CMS Joomla
Pada 15 dan 16 OKTOBER 2011
Jam 8:00 - 5:00 ptg
Bilik Komputer IT
ILPMERSING
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG !!!
Salam 1malaysia & Selamat Sejahtera
Silibus Kursus Web Joomla!, Malaysia Joomla!
Kursus Web Joomla! oleh Malaysia Joomla! ini di jalankan secara praktikal. Anda akan belajar secara terus melalui ruangan Administor anda. Oleh itu anda diminta membawa laptop sendiri. Wifi disediakan. Sekiranya anda belum memiliki website dan ingin mendapatkannya, kerjasama Malaysia Joomla! dan cikguiti.com memberikan anda tawaran istimewa kadar hosting mereka. Sile ke bahagian Webhosting untuk menempah domain dan hosting anda.
ABDUL RAHMAN BIN AHMAD,
Apa Yang Akan Anda Perolehi?
Bahagian pentadbiran (administrator) web Joomla! memiliki susun atur yang tersedia dan standard bagi semua CMS Joomla!. Tetapi adakah semuanya perlu anda sentuh? Jawabannya TIDAK! Ada bahagian-bahagian ini yang tidak penting yang tidak mempengaruhi web anda. JANGAN BUANG MASA DAN PENINGKAN KEPALA ANDA DENGAN BAHAGIAN TIDAK PENTING INI. Kursus web Joomla! yang dikendalikan oleh Malaysia Joomla! ini hanya akan menunjukkan kepada anda bahagian penting yang mempengaruhi website anda sahaja. Cara ini menjimatkan masa, di mana sekiranya anda ingin juga mengetahui apa kesan bahagian yang kami kategorikan tidak penting ini, anda boleh menghubungi kami selepas kursus secara online - Skype atau YM.
Kami juga menyusun topik berdasarkan apa yang perlu anda buat terlebih dahulu. Susunan ruang pentadbiran web Joomla! adalah mengikut kategori. Tetapi, ketika membina laman web atau website Joomla! anda, mengikut susunan kategori boleh melambatkan masa pembinaan. Oleh itu kami susun silibus Kursus Web Joomla! kami mengikut apa yang perlu anda buat terlebih dahulu, langkah demi langkah. Ini mambantu anda menyiapkan website anda pada masa sesingkat yang boleh, seterusnya membolehkan anda menghantarnya lebih awal ke search engine dan perniagaan internet anda bermula lebih awal dari orang lain!
SILIBUS Hari Pertama
Topik | Anda Akan... |
Pengenalan Kepada Laman Web & CMS | Memahami mengapa anda perlukan webhosting berbayar dan professional, bukannya web | blog percuma seperti blogspot, wordpress, dsbnya. Anda juga akan mengetahui kelebihan website berasaskan Joomla! berbanding CMS yang lain. |
Webhosting dan Pemasangan Joomla | Mengetahui mengapa kami syorkan cikguiti.com sebagai webhosting anda. Anda juga akan mengetahui mengapa kami syorkan Linux (Cpanel) untuk pentadbiran website anda. Sebaiknya selesai topik ini, anda akan mengetahui cara memasang Joomla! terus melalui Cpanel. |
Components, Module & Plugin Wajib Ada | Memahami apa itu components, Module dan Plugin? Di sini, anda akan memahaminya dan kami berikan senarai components, module dan plugin percuma Joomla! yang wajib anda install, sebelum anda mulakan membina website Joomla! anda. |
Format Website Berasaskan Joomla! | Memahami format atau bentuk asas sesebuah website berasaskan Joomla!. Di sini, anda akan mengetahui di manakah letaknya artikel, module, menu dan sebagainya. |
Fungsi 'Extension' | Mengetahui apa itu 'extension' dan bagaimana untuk mendapatkannya. Di sini anda akan kami ajarkan bagaimana untuk memasang (install) components, module dan plugin wajib ada dan tambahan (sekiranya perlu). Kami juga berikan senarai website yang memberikan template (theme atau rekabentuk) pasang siap Joomla! yang boleh di dapati secara percuma. Di sini juga anda akan membuat perkara pertama iaitu membuat konfigurasi template asas tersebut (sesetengah template tidak menyediakan kemudahan ini). |
Fungsi 'Menus' | Memahami fungsi menus dan bagaimana mengubahnya mengikut artikel | component yang akan anda siarkan dalam website anda. Kami juga tunjukkan bagaimana untuk membuat sub-menu, membina menu baru dan apa kelebihan setiap menu. |
Fungsi 'Content' | Mempelajari bagaimana untuk memasukkan article atau maklumat perniagaan internet anda. Anda akan mengetahui bagaimanakah untuk meletakkan artikel anda pada laman utama website anda. |
Fungsi 'Module Manager' dalam 'Extension' | Memahirkan diri menggunakan module manager untuk ruangan atas, tepi - kiri dan kanan, bawah dan footer serta bagaimana anda membuat konfigurasi ke atas fungsi-fungsi dalam module itu sendiri. Ini juga merangkumi pemasangan menu utama dan menu tambahan ke ruangan lain dalam website Joomla! anda. |
Kaitan Parameters (Components) dalam Menus dan Parameters (Advance) dalam Article Manager | Fahami bagaimana kedua perkara yang mempunyai tujuan yang sama ini berfungsi dan bagaimanakah ia berbeza dari segi perlaksanaannya. Ini perlu diketahui oleh anda dan bagaimana dua perkara ini membantu dalam SEO yang akan di terangkan pada hari ke dua. Bahagian ini juga perlu diketahui untuk menjimatkan masa sekiranya anda menukar template Joomla! anda. |
Penggunaan 'Banner' | Banner boleh digunakan untuk pelbagai cara dan tujuan. Ia boleh digunakan untuk tujuan penjualan ruang iklan, meletakkan kod dan sebagainya. Juga boleh di manipulasi untuk tujuan SEO yang akan diterangkan pada hari ke dua. |
Menggunakan Global Configuration dalam Site | Membuat setting dan konfigurasi terakhir dalam website Joomla! anda. Di sini, kami tidak akan menerangkan keseluruhan bahagian ini kerana ia tidak begitu penting. Tumpuan diberikan pada beberapa perkara yang mempengaruhi perjalanan sistem dan juga SEO. |
Lain-Lain Konfigurasi Dalam Joomla! | Mengetahui beberapa bahagian lain dalam Joomla! yang patut anda ketahui. Ia tidaklah begitu penting tetapi boleh anda gunakan untuk tujuan tertentu. |
Tools Bukan Joomla! Tetapi Penting Untuk Pembinaan Website | Mengetahui, memuat turun dan mengkonfigurasikan beberapa tools percuma yang bukan datang dari Joomla! tetapi ia amat berguna dalam pembinaan website Joomla! anda seperti cara terbaik membina banner (tanpa mengetahui photoshop), statistik terbaik, dsbgnya. |
HTML Asas Wajib Tahu | Mungkin HTML itu sukar, tetapi dalam hal ini, jangan pening kepala. Membina website Joomla! tidak memerlukan anda pakar dalam HTML. Kami berikan beberapa kod asas HTML yang wajib anda ketahui. Yang lain...lupakannya kerana ia tidak membantu. |
Penghantaran Website Ke Search Engine | Mengetahui bagaimana untuk menghantarnya ke search engine secara percuma. Kami berikan anda caranya dan apakah cara terbaik untuk menghantarkannya. |
Penutup | Mendapat ilmu cara terbaik dan cepat membina website Joomla! adalah matlamat kursus hari pertama ini. Di sini kita akan recap apa yang telah dipelajari pada hari pertama. |
SILIBUS Hari Ke Dua
Topik | Anda Akan... |
Pengenalan Kepada Ecommerce | Memahami apa itu ecommerce dan mengapa anda perlukan website ecommerce untuk perniagaan. |
Menerima Kad Kredit - Paypal, Penyedia Percuma | Mengetahui bagaimana anda menawarkan pembayaran melalui kad kredit | debit secara automatik. Khidmat ini adalah percuma. Ketahui mengapa anda perlu menerima pembayaran melalui kad kredit | debit ini. |
Pemasangan Component & Module Virtuemart Melalui Joomla! Administrator | Mengetahui bagaimana untuk memasang virtuemart dan module yang sedia ada. Di sini anda juga mengetahui module yang wajib ada untuk website perniagaan internet anda. |
Konfigurasi 'Categories' Dalam Bahagian 'Products' | Membuat setting yang pertama - memahami fungsi categories dan kenapa ia menjadi perkara pertama yang harus anda konfigurasikan. |
Konfigurasi 'Product Discount' Dalam Bahagian 'Products' | Kami tunjukkan bagaimana untuk meletakkan kadar diskaun dan apakah triknya dalam pemasaran. Ini juga membolehkan anda meletakkan kadar diskaun secara automatik. |
Konfigurasi 'List of Countries' Dalam 'Configuration' | Kami berikan cara membuat setting senarai negeri-negeri. Kami juga berikan kod negeri untuk membolehkan anda membuat konfigurasi kadar pos penghantaran anda berdasarkan poskod kawasan dan juga berat. Ini akan membolehkan kedai anda mengira kos penghantaran secara automatik dan tepat! |
Konfigurasi 'Shipping' - Kos Penghantaran | Kami ajarkan cara anda meletakkan kos penghantaran melalui kod negeri dan kadar berat. Ini berkait dengan perkara di atas. |
Konfigurasi 'Manufacturer' | Memahami apakah fungsi manufacturer dan bagaimana anda manipulasikan bahagian ini untuk membuat kategori jenama produk. |
Menyenaraikan Produk | Servis Melalui 'Proucts' > 'Add Product' | Mengetahui bagaimana memasukkan produk anda dan menjadikannya teratur, cantik serta semuanya dalam keadaan automatik. Di sini, pelbagai trik akan kami bongkarkan untuk tujuan SEO! |
Konfigurasi 'Payment Method' Dalam 'Store' | Membuat konfigurasi penerimaan pembayaran kad kredit | debit dari pembeli juga memasukkan maklumat untuk menerima pembayaran secara online transfer. |
Mengedit 'Store' | Kami tunjukkan bagaimana mengedit bahagian ini untuk mengubah matawang, meletakkan logo website Joomla! anda dan butir-butir perniagaan atau perkhidmatan yang akan keluar dalam Purchase Order secara automatik. |
Menyiapkan 'Configuration' | Menyiapkan konfigurasi asas website perniagaan internet anda. Beberapa butang yang perlu anda buang dan setting susunan produk yang anda tawarkan. |
Penyelenggaraan Pembelian Melalui 'Orders' | Mengetahui bagaimana bahagian ini berfungsi dan apa perlu anda buat sekiranya ada pembelian. |
Lain-Lain Konfigurasi Untuk Virtuemart | Ada beberapa konfigurasi lain yang mana ianya bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi perlu adan ketahui. |
Apa Itu Search Engine Optimization (SEO)? | Akan memahami bagaimana search engine itu berfungsi dan apakah itu Search Engine Optimisation. |
Menganalisis Keyword & Description | Kami tunjukkan rahsia besar ini yang mana tidak ramai mengetahuinya dan bagaimana website Pipsrider boleh berada di halaman hadapan search engine Google, Yahoo dan Bing. Bahagian ini tidak akan anda jumpai dalam aman-aman buku dan ebook. Pipsrider sendiri membongkar bahagian website yang penting untuk tujuan SEO! |
Trik Dalam Website Joomla! | Mengetahui bahawa dalam website Joomla! sendiri terdapatnya bahagian yang boleh anda manipulasi untuk SEO. Ketahui bagaimana Pipsrider menggunakannya untuk meningkatkan ranking search engine beliau. |
Trik Dalam Artikel | Pipsrider sendiri akan menujukkan bagaimana memanipulasi artikel dalam website Joomla! untuk dijadikan salah satu senjata SEO. |
Trik Dalam Gambar | Kami ajarkan bagaimana Pipsrider menggunakan gambar dan juga kemudahan dalam website Joomla! sendiri dimanipulasikan untuk tujuan SEO! |
Trik Dalam Font | Akan mengetahui trik dalam penggunaan font untuk SEO anda. |
Trik Dalam Video Youtube | Memahami kenapa Youtube itu boleh meningkatkan ranking anda. Kami berikan anda trik video yang perlu anda letakkan. |
Menawarkan Affiliate | Kami berikan idea bagaimana untuk menawarkan affiliate dan apa fungsinya dari segi pemasaran secra online. Modul affiliate adalah berbayar tetapi kosnya amat rendah. Kami berikan anda modul terbaik yang kami gunakan. |
Lain-Lain Cara Pemasaran | Akan mangetahui Dont's and Do's. Dalam buku perniagaan atau pemasaran internet, ada beberapa perkara yang dicadangkan anda lakukan, tetapi secara aktual, ia membazir masa anda! Kami tunjukkan cara pemasaran yang lebih efektif dan trik dalam iklan percuma, dsbnya. |
Penutup | Recap semua yang dipelajari pada hari pertama dan kedua. |
maklumat lanjut kursus -->http://www.latihan1malaysia.cikguiti.com
Yang Ikhlas,
Cikguiti [Penyelaras Kursus]
07-7921778 | 013-7778732
admin@cikguiti.com | www.cikguiti.com
Cikguiti [Penyelaras Kursus]
07-7921778 | 013-7778732
admin@cikguiti.com | www.cikguiti.com